Monday, January 22, 2007

CERITA BANJIR...

FIRST time selepas banjir melanda selatan…aku balik… bukan sebab sengaja takmo balik sebelum ni, tapi rasa cam weekend aku asyik ada menda je nak buat kat sini atau kat mana-mana hehehehe…

Sepanjang perjalanan ke selatan, hujan renyai di beberapa kawasan..bila dah masuk sempadan johor..kawasan yang paling teruk terjejas….aku lihat kiri kanan highway macam laut atau tasik…semua pokok berendam dalam air, ada rumah-rumah pun cam jadik rumah terapung la pulak….memang teruk rupanya keadaan…

Terpaksa lalu jalan alternatif sebab jalan yang biasa aku lalui tidak boleh sama sekali dilalui…jalan dah tenggelam dalam 1.4m camtu…jalan alternatif pun ada kat satu kawasan tu, kenderaan bergerak perlahan sebab air deras merentangi jalan…masa ni aku teringat masa aku kecik dulu, nak balik raya ke pantai timur…tapi tersekat sebab jalan tutup kerana banjir…kitorang pun stranded berjam-jam…so aku tau la cemana perasaan dorang yang stranded ni apatah lagi dorang ni macam baru pertama kali mengalami…

Kelihatan di kiri kanan sepanjang perjalanan menuju destinasi..lautan air dimana-mana….aku lihat ramai budak-budak yang sibuk ngan pelampung dok main air hehehe….dulu-dulu aku pun camtu gak..tak peduli la air tu bersih ke kotor ke…tibai jek..janji dapat main air…seronok aku tengok dorang…dah macam sunway lagoon pulak jadiknya kat tempat tu…..sampai tempat dituju….rumah masih lagi macam pulau ditengah lautan…tak dapat nak buat apa-apa….orang kampong semua masih lagi kat tempat pemindahan kat sekolah-sekolah sekitar….jumpa jiran-jiran biasa….aku tanya keadaan kat penempatan sementara….macam-macam cerita aku dengar….kalau dah lebih dari 1000 kepala…memang la kecoh kan….nasib baik la bekalan makanan yang dihantar tak pernah putus..tapi biasa la…ada gak la yang berebut-rebut barang asasi lain..(ada satu citer tu…pad pun dorang berebut hehehehe…kesian kan)..timbul la citer orang ni malas buat kerja…orang ni buat hal sendiri…tapi bila time makan atau bila bantuan sampai…dia la yang memula sekali menyibuk…..

Tu hal-hal yang biasa kalau dah ramai dan tak semua satu kepala kan…imejin kalau aku juga terpaksa berada di sana…tak sanggup rasanya…dorang apatah lagi….fikiran runsing mengenangkan keadaah rumah…harta benda yang ditinggalkan….kalau seseorang tu fikiran tak betul, memang akan mudah terjadi perkara-perkara yang selalu tak diingini seperti nak cari gaduh dan sebagainya kan…..masa aku sampai petang tu…dorang cakap bekalan api dah lama ditutup sementara….dorang dah berapa lama bergelap kat sekolah tu..baru la hari tu generator dibawa….nyamuk tak yah citer la….seronok betul nyamuk pesta minum darah hehehe…kesian betul....tapi apa aku boleh buat…sedangkan kerajaan pun payah nak tangani…ini kan lagi aku..

Sekolah pun dah lebih seminggu ditutup…budak-budak memang la seronok, tapi cemana nak cover masa yang hilang…sempat ke dorang ni habiskan silibus sebelum upsr, pmr dan spm?...sebak dan sesak kalau aku pikir….sebab tu aku tengok kat pusat pemindahan tu…wajah-wajah berkerut dan sayu…tak berani aku nak tanya lebih-lebih….aku pun ada gak tanya dorang….cemana ngan bantuan yang kerajaan nak kasi seperti bantuan untuk anak sekolah….aku dengar setiap keluarga mangsa banjir juga akan mendapat bantuan kewangan lain….so far dorang kata tak dapat apa-apa pun…belum dapat lagi…ada sorang tu siap cakap ngan aku….bodoh je la kalau nak mengharap bantuan tu akan dapat…sebab dia kata ntah bila baru dapat, tu pun kalau dapat….aku tanya dorang dah daftar nama?...semua dah buat seperti yang dikehendaki….terfikir gak….susahnya nak dapatkan apa-apa yang diuar-uarkan oleh kerajaan…kalau aku tak alami peristiwa bersama dorang ni, tentu aku ingat semua dah setel….semua dah dapat apa yang dijanjikan oleh kerajaan….apa yang patut dilakukan?...PBT memang patut ambik berat dan mainkan peranan yang telus dalam hal ni….jangan pulak ada orang tengah yang dapat habuan besar daripada permasalahan ini sedangkan rakyat menderita tambah tertekan….

Aku tinggalkan mereka petang tu dengan hati yang sarat dengan simpati…berharap semoga mereka akan sabar dan tabah menghadapi hari mendatang…..semoga nasib mereka akan lebih baik….

Aku balik ke kl dalam hujan lebat semalam bersama perasaan simpati yang tidak bertepi sepertimana banjir yang masih belum surut…

No comments: