Thursday, August 30, 2007

50 TAHUN...

SAPA-SAPA yang lahir esok, genap la 50 tahun usia sama dengan negara merdeka kan....hehehe...pe kaitan aku citer bab umur orang dengan kemerdekaan nih...

Sebenarnya aku nak citer yang 50 tahun tu hanya la angka...tak tua mana pun lagi..tu la yang selalu orang akan cakap kalau masa dorang sambut besday...esp artis-artiskan....so kalau kita refer kat manusia..kita cakap tak tua mana lagi....silap-silap belum cukup matang...so apa la sangat kalau mesia ni yang baru 50 tahun hidup sendiri...

Nak kata dah mencapai negara maju....belum bertaraf itu lagi rasanya, kalau tak masakan tandas-tandas awam antara yang paling kotor di dunia, cuba banding dengan jepun, takpun dengan singapore je dah cukup...negara maju ke kita? tu takat banding kebersihan....

Selalu kita war-war, nak capai tahap developed country atau negara maju....tapi apa aja yang kita lakukan ke arah itu? cukup ke kalau kita banyakkan infrastuktur, tarik lebih sikit pelabur asing, make sure ekonomi, kedudukan pelaburan dan kewangan kukuh dan stabil...semua yang lebih bersifat 'luaran'...hanya semata-mata nak kejar taraf negara maju...tapi cukup ke apa yang telah dilakukan kepada 'dalaman' kita?

Ye la....orang akan selalu cakap, jangan tanya apa yang negara telah lakukan kepada kita, tapi tanya diri sendiri apa yang telah kita lakukan untuk negara...statement tu ok je, tapi sebenarnya segala apa yang kita lakukan untuk negara mestilah bermula daripada apa yang telah kita lakukan untuk diri sendiri bukan?...nak majukan diri, mestilah ada tahap kesedaran diri yang tinggi, semangat juang yang tinggi untuk majukan diri, kreativiti yang tinggi dan segala apa lagi yang boleh memotivasikan diri, tapi cukup ke kalau hanya kita yang syok sendiri?...orang sekeliling mesti mainkan peranan, masyarakat mesti menyokong, kerajaan juga harus membantu...dari segi menyediakan segala kemudahan untuk memudahkan kita mencapai segala apa kita senaraikan tadi kan? kemudahan tidak hanya bermaksud kemudahan fizikal, spiritual pun penting...yang aku perati...spiritual dikalangan mereka yang lahir selepas merdeka tidak setanding dengan mereka yang hidup di zaman susah (termasuk la diri aku sendiri ni hehe)...daya saing kurang atau kita yang bersikap tak nak bersaing?, sikap sambil lewa dan lepas tangan, sikap cepat berpuas hati dan sikap tunggu dan lihat, sikap tidak apa....dan berapa banyak lagi kelemahan sikap dan attitude kaum kita...kenapa jadi macam tu ye?...adakah sebab masa lepas merdeka tu, kerajaan terlampau manjakan sangat bangsa melayu?, segala apa jenis kemudahan disediakan subsidi tanpa perlu mereka berusaha mendapatkan segala kemudahan tu?...nak salahkan kemerdekaan ke?..bagi aku, ni bagi aku ye...kerajaan harus bersungguh-sungguh terapkan balik segala nilai-nilai spiritual, semangat dan attitude yang betul kepada generasi yang akan datang, macamana nak buat tu?....aku rasa banyak cara, kerajaan kan ramai orang yag cerdik pandai, kat level 4 bangunan perdana menteri tak boleh fikir menda ni ke? jatidiri setiap orang bangsa malaysia perlu diterapkan dengan mendalam pada setiap individu tak kira bangsa...kalau sekarang ni ada plkn..buat la betul-betul ikut plan, jangan pulak pihak yang sepatutnya menjalankan amanah tu sibuk pulak nak kembungkan kocek sendiri, akhirnya plkn tak berapa nak mencapai objektif sebenar, sebab apa.....orang yag diamanahkan untuk uruskan tu pun takde sikap jatidiri, macamana nak ajar generasi muda menghayati jatidiri...

Semalam, aku hadiri satu merdeka lecture...diberikan oleh seseorang yang berprolifik tinggi dalam bidangnya iaitu 'integrity', pernah bertugas merata pelusuk dunia, memang seorang yang penting dalam kerajaan dan negara...kata beliau dalam lecture nya...pernah ada seorang foreigner, bila ditanya kalau diberi peluang untuk kembangkan perniagaan, kat mana rasanya tempat yang sesuai untuk dia....jawab foreigner tu, kat mana-mana saja boleh asalkan bukan malaysia....terkedu..sebab apa?...corruption, rasuah, kroni....bukan ke normal kat sini? memang dah terkenal, asean countries, memang dah jadi budaya semua tu, imejin....budaya...sapa nak jawab tu...sikap, amalan, jatidiri...sangat tidak menebal dalam hati dan jiwa orang malaysia sebab tu la semua tu jadi amalan....yang mengamalnya bukan yang bodoh atau tak berpelajaran, tapi semua yang ada degree dan berkelayakan universiti oversea yang tersohor..

Katanya lagi...sifat tidak telus dalam membuat setiap pekerjaanlah punca hadir segala ancaman...dan memang sifat kita tak suka ambik tahu, lagipun kalau dah diberi amaran, setiap perbuatan adalan di bawah kuasa akta rahsia....sapa yang berani nak bersuara...silap-silap kena pergi kemunting....so biar kan je la....kan dah jadi norma dalam kehidupan kita?...susah nak hakis apa yang telah sebati dengan diri kan..hanya diri kita saja yang boleh ubah sikap kita kan...bukan orang lain mahupun kerajaan...

So sempena 50 tahun merdeka, aku hanya harapkan negara akan lebih aman, takde la kejadian jenayah yang sekarang ni macam mainan harian..semoga kita masih dapat hidup dalam kemakmuran walau untuk 50 tahun lagi....

No comments: