Friday, October 17, 2008

KESEMPATAN YANG DI BERI...

HARI raya yang lalu memang sangat meletihkan tapi keletihan yang setahun sekali dilalui so aku abaikan dan bagi aku seminggu yang sangat seronok mempertemukan semua saudara mara yang lama tak jumpa…conclusion aku, raya memang seronok.

Selepas raya, aku ada mission yang lagi penting..cuba untuk membiasakan diri pada keadaan yang paling tertekan atau sekurang-kurangnya yang paling maksima tahap kesabaran yang aku boleh hadapi….tapi rasanya setelah ahad minggu lepas, aku rasa aku sangat lemah pada tahap mental, seperti aku dapat rasa yang tidak dapat menggapai matlamat yang telah sekian lama aku pendam, walaupun pada hakikatnya fizikal memerlukan lebih banyak lagi pendedahan, tapi mental rupanya lagi teruk sehinggakan aku rasa aku perlukan setiap kata-kata semangat dan dorongan daripada semua huhu…nhk memang tak jemu-jemu jadi coach aku, sehingga rasa tidak adil pula, dia yang tak terlibat dalam misi ni pun sibuk dok tolong aku dan paling semangat, aku pulak yang ntah apa telah dilanda wabak tak yakin muahaha….harapnya hujung minggu ni, akan nampak sikit perubahan…

Semalam pagi, bila aku ingat apa yang terjadi, mungkin tidak ada lagi update yang ini, mungkin aku tidak sempat langsung nak cerita kisah hari raya aku, atau memang aku langsung tidak dapat penuhi misi yang di atas..semuanya kerana gara-gara sikap sesetengah orang…kecuaian mereka memang mengundang padah sehingga nyaris aku menjadi statistik antara mereka yang terkorban akibat dilanggar…ceritanya begini…pagi semalam, aku ada diskusi kat INTAN, bukit kiara..sebab tempat tu dekat ngan rumah, so aku dengan relax keluar rumah jam 8.45 walaupun diskusi pukul 9.00 pagi. Aku sampai tepat dalam 10 minit kemudian, kebetulan tempat yang dicari mudah pula, aku cari parking dan terus keluar dari kereta untuk ke bangunan yang hanya terletak diseberang jalan yang sangat lengang dalam kawasan INTAN yang seperti kampus di universiti waktu cuti…lengang dan jalan yang besar…aku jalan selangkah 2 langkah, mata terpandang satu gen2 merah datang dari arah kanan aku, aku berhenti dan tunggu kereta tu lalu sebelum aku sambung lintas jalan tu….tapi apa yang berlaku sangat mengejut dan langsung aku tak duga…dengan lajunya kereta tu terus menuju ke arah aku yang terpaku kat situ, aku memang terkejut sangat tak tahu nak buat apa…yang aku tahu, seinci lagi sebelum kereta tu langgar aku, tetiba kereta tu break mengejut….rupanya budak yang bawak kereta tu bukan nya nak tengok jalan masa bawak kereta tu tapi duk sibuk pandang kat kawan dia yang duk kat tepi jalan sampai memang dia tak nampak aku ….aku tengok muka dia pucat lesi, tau pulak terkejut..yang aku ni memang dah menggigil dah, tapi control la kan, sambil aku bagi ‘nasihat’ kat dia masa tu jugak….panjang gak la ‘syarahan’ aku sebab aku cuba nak bertenang sebenarnya, aku rasa kalau orang yang tak kuat semangat mungkin dah lama pengsan…orang-orang yang nampak kejadian tu pun terkejut sebab memang dorang pun tak sangka dan memang dah sah-sah budak tu yang salah….dalam fikiran aku macam-macam yang aku fikir…segala ‘what if’ bermain dan berlegar…what if..budak tu tak nampak aku, what if kereta tak sempat break, what if itu, what if ini…dan aku pun berfikir-fikir, kenapa aku masih lagi diberi peluang?..apa yang masih belum aku lakukan sehingga aku deserved a second chance like this?...sehingga aku menulis update ini, aku masih lagi tak percaya dan masih lagi mencari jawaban…..Selamat berhujung minggu semua dan semoga gembira menziarahi rakan di rumah terbuka…

No comments: