Monday, November 03, 2008

MENUJU PUNCAK - LIMITED EDITION 3


pemandangan sekitar ketinggian 3000meter

SEAWAL jam 2 pagi sudah perlu bangun untuk bersiap…janji dengan Andy si guide tuh mau bertolak jam 2.30…so dengan rasa cam tido-tido ayam, letih naik ke laban rata tak hilang lagi…dah kena mendaki lagi…nak salahkan sapa tu? Sapa suh cari nahas sendiri? Takde penyakit cari penyakit…ni la namanya kan so sendiri mau ingat la…nak bebel pun dah salah sendiri kan hahaha…sedap-sedap tido kat aircon pegi cari aircon semula jadi..best panjat gunung ngan kabel car, pegi cari yang naik ngan kudrat sendiri kan..so takyah la nak cerita kesengsaraan huhu..tu diah..

Naik terus ke gunting lagadan….gate dimana perjalan ke puncak bermula…seawal jam 3.00 pagi, sudah ramai yang berkumpul…kitorang tumpang jek berdoa ngan satu grup dari mana ntah…sebab gelap tak nampak sapa dorang nih…waktu nih semua orang kena pakai headlight, kalau tak, tak nampak jalan la nanti…hujan tetap turun renyai…dalam hati berharap supaya hujan akan berhenti…aku pakai sweater dan windbreaker, glove 2 lapis, snow cap dan headlight, seluar pun 2 lapis, stokin 2 lapis dan apa lagi kalau tak kasut adidas kampong rege rm5.50 hehe..si Pierre selamba jek ngan long john n short pants…tak sejuk ke mamat French nih ek…gerutu aku, walaupun tak jelas sebab gelap, tapi aku still nampak bayang-bayang melidi kaki dia tuh…sib baik kurus jek haha…

Perjalanan adalah sukar kat sini, dalam keadaan suhu yang amat sejuk, dah la hujan turun, angin pulak tak mo kalah tetap nak bertiup kencang…bermula dari gunting lagadan lagi tahap ketinggian tu curamnya 90 darjah..bayangkan la..aku lihat pergerakan perlahan sebab kat sini kita seperti beratur dalam satu barisan panjang…masing-masing mengikut gerak di hadapan, bila aku pandang ke bawah aku lihat jalur cahaya dari headlights bersusun menandakan dibawah aku mereka yang mendaki masih ramai dibelakang…dari gunting lagadan yang terletak di km6, hanya ada satu pondok hentian iaitu pondok sayat-sayat sebagai check point sebelum kita mendaki terus low’s peak….di sayat-sayat juga nama dan no pendaki akan didaftarkan sebaik kita naik atau selepas kita turun…sayat-sayat terletak di km7. trail di sini memang 100 peratus berbatuan, kalau curam, memang disediakan tali untuk buat berpaut, kalau tak pegang..chances nak jatuh kebawah adalah dalam kebarangkalian yang sangat tinggi, since aku gayat, rasa bersyukur gak sebab mendaki dalam kesamaran…

Angin yang terlampau kencang aku rasa macam nak melayang, nasib baik cengkaman adidas kampongkan selamat aku, si bat ngan vaart aku dah tak nampak…ooooppppsss ya aku lupa nak citer, si lara dah awal-awal lagi surrender takmo join naik sampai puncak..katanya memang niat dia nak sampai laban rata je..tak tahu nak pujuk cemana dah minah tuh hehehe…pinjam jek la barang-barang dia…kira ada gak la barang lara naik sampai puncak hahaha, so dia la yang buat kan kitorang cereal untuk alas perut sebelum keluar..sekarang aku hanya ditemani si Pierre, nasib baik ada mamat nih, baik lak tu..siap tunggu aku kalau aku dah mengah…dah la air aku pun kat vaart so nak tak nak terpaksa jek mintak air Pierre..sempat lak tu dia bawak pisang lagi 2 3 ketul dia letak lam poket seluar pendek dia tuh hahaha…kaki dan tangan aku dah mula kebas tak rasa apa pun…stokin ngan kasut dah basah lencun sebab banyak termasuk lopak air dan trail pun dah penuh ngan air sebab hujan lebat, dah la aku pakai snowcap jek so muka dah mula rasa kebas sampai nak bercakap pun dah kebas..aku jerit kat Pierre nak air pun dia tak dengar…geram betul huhu…sekali lepas berteduh kat satu batu besar terserempak ngan bat n vaart, lepas tuh hilang balik…sampai kat sayat-sayat….aku tunggu bat ngan vaart, at the same time, dah mula lapar giler..masa tu rasanya dah lebih sejam mendaki…dari sayat-sayat ada lagi 1.5km untuk sampai low’s peak, bila kat situ takleh nak berhenti lama-lama sebab terlampau sejuk…so jalan je la yang boleh memanaskan badan…sebab tu la aku keep on going, bukannya aku nak sampai cepat tapi sebab aku tak tahan sejuk hahaha…dalam hati aku dah sedih sebab kalau cuaca cenggini memang mimpi la nak tengok matahari naik ke hapa….

Aku tak tahu cemana aku leh keep on jalan..kat setengah tempat aku seret jek kaki aku, jalan pun satu dua tapak, tapi aku tak berhenti sebab angin terlalu kencang sampai memang aku nak melayang….tinggal lagi 50m nak naik tu lagi giler sebab kena panjat bongkah batu yang besar-besar…aku check jam..pukul 6 pagi aku sampai tepat kat atas tuh..tapi…alamak…sapa nak ambik gambar aku? Cemana nak ambik kalau kamera aku dah suh vaart yang pegang dan aku tak nampak bayang dorang lagik huhuhu….aku nampak si andy, dia pulak kata vaart ngan bat tak naik…aargghh..nampaknya takde la gambar aku kat puncak kalau cenggini…dalam duk bersedih-sedih tuh…aku dengar ada orang panggil nama aku….aku pandang bawah aku nampak vaart..yayyyyy….cepat-cepat aku suh dia naik sebab nak ambik kamera hahaha….lepas tu dia plak cakap si bat takmo naik…uiks…takkan tinggal lagi 50-100m nak give up? Rugi la kan…kejap tu aku nampak kelibat bat..yayyyyy…si bat dengan lajunya terus sertai kitorang…dia cakap..masa dia tunggu bila buat keputusan takmo naik tu..dia menggigil sejuk so sebab tu yang dia jalan jugak sampai ke atas tuh hahahaha….memang semua tu dah ditentukan agaknya…kalau bukan cuaca yang mendorong, dah tentu kitorang tak sampai atas gamaknya..akhirnya dapat gak la ambik gambar kat puncak walau pun cuaca tak berapa bagus..pemandangan pun agak berkabus..tapi aku puas hati sebab walaupun cuaca buruk tapi kita still dapat teruskan pendakian..at certain time, kalau cuaca teruk cenggitu, dari sayat-sayat lagi dah tak boleh sambung sampai atas..so bersyukur lah…stay tak lama kat atas kitorang terus bergerak turun…perjalanan lebih mudah except kat certain tempat yang bertali tu kena pegang tali dan turun secara membelakang..kalau tak mau aku tak turun sebab gayat kan…si bat ada la sekali 2 tergelincir sebab kasut licin terkena lak batu yang memang dah basah dan berair…nasib baik tak cedera teruk Cuma lebam sikit, tu yang aku bersyukur sebab pakai kasut adidas kampong..

Kalau naik dari gunting lagadan ke summit 3 jam, waktu turun pulak 2 jam je dah tiba ke laban rata…masa tu tak terkira lapar..terus serbu buffet dia, lara pun dah tunggu kat situ, apa lagi hentam saja makanan kat situ…aku rasa cam kurus giler time tu, rasa nak sumbat semua makanan kalau masa tu masuk perlawanan makan hotdog pun gerenti menang hahaha…bila dah relax sket tu, teringat yang baju kering untuk turun ke timpohon dah habis dipakai…memula tu tak bawak banyak baju sebab ingat kalau cuaca kering sempat la keringkan baju yang dipakai semalam…rupanya memang nak jadi cerita hujan tak teduh pun…nasib baik la ada jual t-shirt kat laban rata resthouse tu, walaupun rege rm48 tetap jua dibeli aku , bat ngan lara daripada nak pakai balik baju basah huhu…tak sanggup rasanya…so lepas dah melepak kat sejam…terpaksa la bergegas balik ke waras hut untuk packing dan bersiap untuk perjalanan turuh kekaki gunung…back to timpohon gate…turun jek ke waras hut, aku terus bagi idea masak air n mandi air panas…so dapat la mandi sket sorang walapun tak sempurna huhu..lepas dah 2 hari tak mandi tu kan…rasa segar dapar rasa air suam…start turun dari waras hut jam 10.30 pagi dan tiba ke timpohon gate….ni timing aku la yang paling last dan lembab sekali sampai hahaha….4 jam selepas itu…si vaart orang pertama sampai…rasanya lam kul 1 lebih, lepas tu bat plak…wahhhh dorang nih terer menurun rupanya ek hahaha….diikuti pula ngan ratu laban rata iaitu lara hahaha…lepas 10 minit tuh baru la aku muncul berdengkot-dengkot…sebenarnya…masa turun tu bila dekar 2 hut yang terakhir nak sampai, kaki aku dah sakit giler, kuku kaki yang mencengkam yang buat aku sakit, so aku beratkan imbangan pada lutut kiri, akhirnya lutut kiri pun dah nak jam…nasib baik sempat sampai…dan nasib baik gak andy setia temankan aku, memang pun mana-mana guide akan tunggu peserta terakhir hahaha….

Dah sampai timpohon tu, baru la fikiran boleh digest rupanya aku dah sahut cabaran kinabalu huhu..sapa cakap aku lembik, sapa cakap aku lemah dan sapa cakap aku tak leh panjat kinabalu…aku dah buktikan walaupun sengsara tapi hati tetap puas sebab rupanya aku masih lagi ada keupayaan…rose n nhk pun sambut kitorang cam pahlawan gitu haha…terus sambung makan kat seroja, nabalu park tu sebelum perjalanan diteruskan ke KK, kat sana dah tersedia penginapan yang telah di booking sebelum keesokan harinya kami akan sertai pula 1 day trip ke sg. Padas untuk river rafting muahaha…giler hapa, lepas panjat gunung berafting pulak huhuhu….nantikan cerita seterusnya

No comments: