Saturday, January 17, 2009

ADA LAGI...

KALAU aku buat statement aku suka tahun ganjil cemana? uiks..pehal tu? ye la beberapa tahun kebelakang ni aku baru perasan, bila tahun ganjil like this year muncul, akan ada peristiwa yang berlaku...pulak tu aku dapat tahu memang macam di rancang bila tahun genap je, memang hampeh la...takyah la aku buat apa-apa pun, memang takkan jadi apa-apa, tapi bila tahun ganjil jek...hmmm

Errrr.....apa yang aku bebelkan nih ek, sebenarnya bagi aku, mana-mana tahun pun sepatutnya kena sama je tau, mana boleh nak ganjil genap macam tu, mana boleh nak beza-bezakan....tension la kalau macam tu...not fair

Awal tahun hari tu, lepas segala keperitan aku bertungkus-lumus kat ofis, baru la sekarang ni aku boleh bernafas lega, sebab segala yang aku kerjakan bulan lepas sedikit sebanyak aku dah nampak hasilnya....bermula dengan keputusan mereka untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemuka, maka sekarang adalah masa untuk aku tunjukkan bahawa apa yang dirancang akan membuahkan hasil....kerja keras sahaja yang diperlukan waktu ini supaya tiada halangan yang tidak dijangka dan yang tidak diambil kira sewaktu perancangan berlaku....mintak dijauhkan

Dalam masa kesibukan yang melanda, aku seakan terleka dengan cerita sekeliling....kawan aku yang telah selamat melahirkan cahayamata....tahniah sempoii, kawan aku yang setia menjaga suami yang kurang sihat.....sabar ye mamabat semoga paps cepat sembuh...yang best sekali cerita ni aku dapat tahu, rupanya orang kat bursa tu sedang berbadan dua....tak sangka sungguh aku, memang berita mengejutkan, nasib baik aku ada spy yang cekap hahaha...tahniah kak iffa, bila tarikh yang ditunggu tu? jaga diri baik-baik ye, mereka-mereka yang dah lama aku tak jumpa...apa khabar sekarang ye? oooo ada gak yang wish new year kat aku, then baru aku teringat rupanya dah setahun tak jumpa..so terus je discuss nak lunch sama, nanti ye aku sms bila free, rasanya next week cam ok jek hehe...

Since aku dah kembali normal ni, rasanya boleh la aku update blog ni, takde la aku nak biarkan lama tak menjengok, mana la tahu nanti takut plak blog ni merajuk ngan aku sampai tak bagi ingat password cemana nak update? hehe....salam hari minggu untuk semua...

No comments: