Friday, August 14, 2009

MAAF...

KITA memang pandai merancang, selalu merancang....seronok sangat merancang...kalau bukan kita yang merancang pun, bila kita diberitahu akan sesatu rancangan, kita mudah teruja dan memberi janji akan bersama-sama dalam rancangan. Tapi kalau dah pada waktu yang ditetapkan untuk rancangan itu kita ada musibah atau halangan yang diluar kawalan, cemana? Adakah kita akan dipersalahkan? Adakah kita akan dilabel tidak menepati janji? Adakah kita akan di cop seorang yang tidak boleh dibuat kawan lagi? Cemana tu?...aku citer semua ni sebab semalam, aku dah janji dengan member yang dah sangat lama tak berjumpa untuk bersama-sama berkumpul dan buat aktiviti seperti yang selalu dilakukan suatu masa dulu...tapi, seperti biasa, macam dah kena sumpah kut, semalam tu jugak la aku tak boleh nak jumpa....

Rancangannya untuk ambik hafday, aku dah apply..tapi bos aku takde sejak 2 minggu lepas, mengerjakan umrah katanya. Takpe la, dah bos takde aku hantar je borang cuti, approve tak approve lain citer. Bos hanya masuk ofis hari selasa, aku takde peluang nak jumpa bos aritu sebab aku terpaksa menghadirkan diri pada satu diskusi, luar pejabat. Semalam hari rabu...sebelum aku sampai ofis, nama aku bos dah panggil...so sampai jek terus PA dia suh aku standby...so dari jam 10pagi aku masuk bilik bos sampai la sepatutnya masa makan tengahari aku jam 12.30 sehingga berakhir masa makan aku 1.30 aku masih lagi kat dalam bilik bos...last-last bos cakap dia lapar (yang kitorang nih tak lapar ke? Aku menahan perut dari bunyi ntah berapa kali aku tatau huhu) sebab aku dengkikan dia yang tak lepas-lepaskan aku, aku suh dia tapaukan aku juga muahaha...alang-alang dah kena kan baik aku kenakan sekali....antara jam 12 tuh banyak la plak panggilan dan mesej yang aku terima dari kawan yang merancang untuk berhuha bersama-sama....mesej-mesej dorang makan katne, nak pegi mana satgi...aku pandang dengan muka sedih...call yang masuk aku jawab gak depan-depan bos, biar dia tahu yang aku pun ada kehidupan lain huhuhu (but as usual aku takut gak, takut kena marah ngan bos hahaha). Bila makanan dah sampai dan makan-makan, jam pun dah tunjuk hampir 3.00 petang. Nak tak nak, aku sambung je la keje aku yang tak siap lagi, kalau dah jadi camtu korang ingat aku ada hati lagi ke nak pegi berhuha...dengan keje yang tak siap, pastu ada hati nak pegi cakap ngan bos nak balik, mau ada yang terus aku tulis surat benti 24 jam kan....

So kengkawan sekelian sesapa yang ada terbaca ini coretan, aku memang harus minta maaf denga u all, aku sangat segan sebab ada jek alasan, kalau aku cakap korang nanti ingat aku mengada-ada kan alasan, padahal aku tak tau ler cemana lagi nak citer kejadian yang menimpa aku semalam, aku harap lepas nih korang jangan la serik nak ajak aku lagi, bukan aku tak sudi, bukan aku berkira...malah memang aku ternanti-nanti hari yang semalam sebab kita dah lama tak jumpa, tapi apakan daya aku, hanya mampu merancang, tiada siapa yang dapat halang takdir kalau itu lah yang ditakdirkan terjadi...

Terima kasih kawan-kawan seandainya memahami situasi...faham la bahawa ada perkara yang tidak mampu untuk aku tewaskan kerana bukan kehendak aku untuk semua itu terjadi dan ada perkara yang tidak akan aku sangka akan terjadi seperti la kejadian semalam...

p.s - aku plan nak post semalam tapi terpaksa post arini huhuhu...halangan lagih ;D

No comments: