Sunday, August 16, 2009

TERLEBIH PERAMAH...

BEBERAPA hari yang lepas aku kena pegi bangi, sebagai salah satu badan yang sponsor anugerah cemerlang untuk pelajar, aku kena jadi wakil...pegi je la dah orang suh pegi kan...so sampai equatorial elok-elok jek event baru nak start...mujo aku terus dapat parking, tu pun patut terima kasih kat adik jaga parking tuh sebab masa dia nampak kereta aku je, terus dia bagi satu tempat parking yang bukan parking sebenarnya tapi buleh la muat kereta aku yang comel ittew hehehe...trimas dik, ahkak bagi senyuman manja gittew hahaha

Terus menuju ke ballroom, mesti register nama dulu, masa aku confirmkan list invitees tuh tetiba ada plak yang menyapa....errrrr rupa-rupanya dia nih abang kepada kawan aku yang satu sekolah dan sekampung ngan aku, aku dah lama tak jumpa ngan abang dia nih lepas abang dia dapat sekolah asrama masa form one, so imejin la berapa kurun tuh hahaha...aku dapat meja vip...so aku suh jek abang Z nih teman aku duk semeja...padan muka sapa suh tegur aku kan hehehe...rupanya dia masih kenal aku lagi bila dia nampak list nama tu and memang dia tunggu aku pun sebab nak sahkan betul tak nama tuh memang nama aku....ish ish ish, sangat berazam abang Z nih....wahhhh dah jadi orang besar rupanya, sudah ada dr. dan berpangkat profesor, apatah lagi menjadi dekan untuk sebuah fakulti kejuruteraan...cukup hebat (teringat aku masa dia sekolah dulu...sangat nerd ini orang, ngan pompuan tak penah bercakap tapi arini kemain lagi rancak borak melebihi aku huhuhu...biar jek la

Yang membuatkan lagi menarik kisah aku pada petang itu ialah bila orang yang duduk kat sebelah aku lagi ialah another sponsor dari public listed company....bagus gak company nih, dia nih managing director kepada salah satu subsidiari company berhad ni, orang german plak tuh...aku pikir mat salleh nih saja la nak buat small talk ngan aku agaknya, so dia bercerita la yang dia baru saja touched down dari surabaya...ada meeting di sana, siap bagitau and sambil tunjuk baju batik yang dia pakai tu, dia baru jek tukar kat hotel tu si driver yang bawakkan...hehehe aku buat-buat gelak kecil la, cam terhibur la ngan citer dia tu, padahal aku memang letih dah nak buat-buat peramah nih selepas aku dah buat peramah ngan abang z tadi huhuhu...

Tapi rupanya bukan small talk tu jek...daripada kul 3 aku datang sampai la kul 5 aku nak balik tuh, kiri kanan aku duk sibuk nak borak ngan aku sampai aku rasa cam aduhhhh letihnya nak layan dorang nih...apsal terlebih friendly nih...kalau abang z tu aku boleh faham la sebab mungkin dia dah lama tak jumpa aku lagipun dia kawan kak tie dulu so memang la banyak soklan-soklan cam penyiasat dia duk tanya aku kan..nak tak nak kena la cakap nanti dia bagitau kat mak dia yang aku nih sombong plak abis karang mak dia bagitau kat ma plak abis la aku kan huhu..tapi yang mat salleh seblah lagi satu aku nih pun sama naik nak berciter gak...mintak call card aku, so tanya pasal keje aku dan yang paling best tuh siap sempat tanya aku kalau bila aku free boleh tak dia nak ajak aku kuar lunch? huh? lunch ka? terus aku tingat semua geng and masa aku cakap kat dia tu aku teringat kawan-kawan yang lain yang aku buleh ajak bersama tuk lunch hahaha...ada berani ke mat salleh german tuh ek?

Friday, August 14, 2009

MAAF...

KITA memang pandai merancang, selalu merancang....seronok sangat merancang...kalau bukan kita yang merancang pun, bila kita diberitahu akan sesatu rancangan, kita mudah teruja dan memberi janji akan bersama-sama dalam rancangan. Tapi kalau dah pada waktu yang ditetapkan untuk rancangan itu kita ada musibah atau halangan yang diluar kawalan, cemana? Adakah kita akan dipersalahkan? Adakah kita akan dilabel tidak menepati janji? Adakah kita akan di cop seorang yang tidak boleh dibuat kawan lagi? Cemana tu?...aku citer semua ni sebab semalam, aku dah janji dengan member yang dah sangat lama tak berjumpa untuk bersama-sama berkumpul dan buat aktiviti seperti yang selalu dilakukan suatu masa dulu...tapi, seperti biasa, macam dah kena sumpah kut, semalam tu jugak la aku tak boleh nak jumpa....

Rancangannya untuk ambik hafday, aku dah apply..tapi bos aku takde sejak 2 minggu lepas, mengerjakan umrah katanya. Takpe la, dah bos takde aku hantar je borang cuti, approve tak approve lain citer. Bos hanya masuk ofis hari selasa, aku takde peluang nak jumpa bos aritu sebab aku terpaksa menghadirkan diri pada satu diskusi, luar pejabat. Semalam hari rabu...sebelum aku sampai ofis, nama aku bos dah panggil...so sampai jek terus PA dia suh aku standby...so dari jam 10pagi aku masuk bilik bos sampai la sepatutnya masa makan tengahari aku jam 12.30 sehingga berakhir masa makan aku 1.30 aku masih lagi kat dalam bilik bos...last-last bos cakap dia lapar (yang kitorang nih tak lapar ke? Aku menahan perut dari bunyi ntah berapa kali aku tatau huhu) sebab aku dengkikan dia yang tak lepas-lepaskan aku, aku suh dia tapaukan aku juga muahaha...alang-alang dah kena kan baik aku kenakan sekali....antara jam 12 tuh banyak la plak panggilan dan mesej yang aku terima dari kawan yang merancang untuk berhuha bersama-sama....mesej-mesej dorang makan katne, nak pegi mana satgi...aku pandang dengan muka sedih...call yang masuk aku jawab gak depan-depan bos, biar dia tahu yang aku pun ada kehidupan lain huhuhu (but as usual aku takut gak, takut kena marah ngan bos hahaha). Bila makanan dah sampai dan makan-makan, jam pun dah tunjuk hampir 3.00 petang. Nak tak nak, aku sambung je la keje aku yang tak siap lagi, kalau dah jadi camtu korang ingat aku ada hati lagi ke nak pegi berhuha...dengan keje yang tak siap, pastu ada hati nak pegi cakap ngan bos nak balik, mau ada yang terus aku tulis surat benti 24 jam kan....

So kengkawan sekelian sesapa yang ada terbaca ini coretan, aku memang harus minta maaf denga u all, aku sangat segan sebab ada jek alasan, kalau aku cakap korang nanti ingat aku mengada-ada kan alasan, padahal aku tak tau ler cemana lagi nak citer kejadian yang menimpa aku semalam, aku harap lepas nih korang jangan la serik nak ajak aku lagi, bukan aku tak sudi, bukan aku berkira...malah memang aku ternanti-nanti hari yang semalam sebab kita dah lama tak jumpa, tapi apakan daya aku, hanya mampu merancang, tiada siapa yang dapat halang takdir kalau itu lah yang ditakdirkan terjadi...

Terima kasih kawan-kawan seandainya memahami situasi...faham la bahawa ada perkara yang tidak mampu untuk aku tewaskan kerana bukan kehendak aku untuk semua itu terjadi dan ada perkara yang tidak akan aku sangka akan terjadi seperti la kejadian semalam...

p.s - aku plan nak post semalam tapi terpaksa post arini huhuhu...halangan lagih ;D

Wednesday, August 05, 2009

DATANG...

AUGUST datang lagi....sungguh banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan ini, kelahiran, kematian, first date...semua meninggalkan kenangan yang sarat...dan aku...mahu melankolik pada setiap kenangan itu...