Thursday, September 15, 2011

WHATEVA

LUCU.. dengan perangai manusia...selalunya suka nak komen sesuatu yang diri sendiri tak tahu hujung pangkal, asal usul. Tak kenal tidak bermakna boleh berkata sesuka hati..tapi itulah yang paling disukai. Tidak terlintaskah bahawa apa yang dikomen itu sebenarnya mencermin keperibadian sendiri? komen ikut sedap hati, ikut hati mati bro..ikut badan binasa. Tak perlu la tunjuk kekurangan diri, tak perlu tonjol kejengkelan hati, cetek pemikiran dan rendah tahap mentaliti... cermin diri, hiasi peribadi