Thursday, November 16, 2006

SO FAST?????



MEMANG pernah dengar nama grup ni sebelum ni, even pernah baca dalam paper…tapi sampai aku sendiri beli dan dengar lagu-lagu dari album ke dua dorang nih baru aku tahu dan tetiba rasa lega sangat hehehehehe….ada gak grup malaysia yang lagu-lagu dorang nih sedap…serius….

Korang tau kan cemana fanatiknya aku ngan lagu-lagu dari grup seberang kan (in fact sekarang nih tengah duk berkira-kira ni cd mana aku nak beli nanti hehehe)..tapi yang buat aku lega lepas aku dengar lagu-lagu grup ni…..takde la lagu-lagu Malaysia ni mendayu-dayu yang tak tentu pasal meleret-leret…meliuk liuk irama…tak kuasa nya nak dengar….pulak tu, takde la lirik pun ntah hapa-hapa….

Sebetulnya grup yang menamakan diri mereka ini SOFAZ…telah membuktikan bahawa kita juga boleh melahirkan lagu-lagu yang best, berirama segar dan tidak jemu untuk didengar….bila aku first time dengar lagu-lagu dorang….terus dapat aku rasa….seperti aku mendengar atau mendapat sentuhan peterpan, radja, ungu dan kumpulan indo yang lain…sungguh..lagu-lagu dalam album kedua dorang nih memang langsung tak mengecewakan…sepertinya mendengar lagu dari seberang sampai masa aku mula-mula dengar tu ingatkan aku tersalah beli album grup dari sana lagi hehehe

Daripada 12 lagu yang ada, boleh aku katakan kesemua lagu-lagu best…tak tahu aku nak bagitau preference aku sebab rasanya cam semua best….antara yang jadi pilihan aku…janjiku, raja kasih yang hilang (selalu keluar dalam radio), salahku, cinta, rasaku, salah siapa, dan pasti, …lagu janjiku (track 1) yang jugak merupakan judul kepada album ini siap ada episode 2 (track 12) yang bezanya ada pada baris terakhir…..best lah hehehe….ada satu lagu track ke tiga, kenanganku adalah lagu arrangement semula dari lagu penyanyi asal jefrydin….agaknya dorang ni minat ngan penyanyi 60’ an ni so sebab tu la ada tribute untuk beliau…..

Overall, kalau korang minat peterpan, ungu, samsons, radja, dewa….tak salah kalau beli cd sofaz ni sebab memang berbaloi…aku tinggalkan korang dengan 2 lirik lagu dari sofaz ini…

CINTA

Noktah menjadi garis
Garis menjadi rajah
Rajah menjadi gambar….cintaku

Benih menjadi putik
Puitk menjadi pohon
Pohon menjadi dahan….rinduku

Huruf menjadi peri
Peri menjadi ayat
Ayat menjadi makna…dambaku

Sinar menjadi hayat
Hayat menjadi jiwa
Jiwa menjadi diri…mimpiku

Cintaku….rinduku
Dambaku…mimpiku


DAN PASTI

Kan ku katakan segala terjadi
Dan membuat kau terus mengerti
Kan ku tinggalkan segalanya kini
Tuk membuat kau terus fahami

Dan pasti kau mengerti tawa ini
Dan pasti kau fahami rasa ini

Kan ku katakan segala terindah
Tuk membuat kau terus berubah
Kan ku lukiskan segala kau kata
Dan ku tuliskan segala kau rasa

Dan pasti kau mengeti tawa ini
Dan pasti kau fahami rasa ini
Dan pasti kau mengerti jiwa ini
Dan pasti kau fahami hati ini


~ Berdiam tidak bererti melupakan ~

Tuesday, November 07, 2006

BIAR KAN...

BANYAK sangat keje nak buat
banyak menda yang nak dibereskan
banyak hal yang nak dipikirkan
banyak kejadian yang nak dicerita
banyak hati dan perasaan yang nak kena jaga

last-last baik aku diam diri je…..
berdiam itu lebih baik…

Friday, November 03, 2006

KEMBALI...

BALIK dari cuti raya, hari isnin tu terus sibuk dengan program ofis sampai la semalam…dah la penat raya tak hilang lagi, terpaksa pulak berkejar ke sana sini dalam 3 hari….kalau badan dah letih, bagi aku fikiran pun cam tak betul..maksudnya berfikir pun dah tak betul dah, aku rasakan kalau masa tu orang mintak ngan aku apa-apa pun, jawaban aku ia kan je..bagi je apa yang dorang nak hehehe…lagi satu, kalau aku terlampau letih..aku ada bad habit iaitu aku suka kalau ada orang manjakan aku muahahahaha..

Hari raya yang lalu, macam biasa….terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dan menempuh jam yang lama….tapi letih menghadapi semua tu hilang bila aku nampak wajah-wajah yang aku rindu untuk jumpa dan cium tangan mereka..itulah nikmat hari raya bagi aku…..dan seperti biasa jalan-jalan ke rumah saudara mara, banyak pulak jemputan kenduri..pegi je la sebab dah lama tak berjumpa…tapi sebenarnya aku paling seronok kalau balik kampong dapat berkumpul bersama adik beradik…kalau selalunya tak pernah cukup, tapi di hari raya semua wajib balik….so masa ni lah kitorang akan berborak dan bercerita perihal masing-masing…

Dah habis cuti raya..sibuk la pulak nak pegi open house kan….weekend nih dah berderet-deret list open house…aku tak tahu nak pegi yang mana sebab all over kl….selalunya kalau camtu..end up aku tak pegi semua muahahaha…

Selamat kembali kepada semua, selamat menyambung tugasan yang bertangguh sebab masa bulan puasa malas nak keje (tu aku la tuh hehehe)…selamat berpuasa sunat syawal….yang dah abis, selamat beraya lagi..yang baru nak start…teruskan usaha..bagi aku…aku akan buat seperti apa yang aku baca dalam paper minggu lepas…teringat kata-kata seseorang tentang ini….persamaan dan kebenarannya…