Wednesday, March 09, 2005

SEPET DARI PENGHAYATANKU

Aku rasa ramai dah yang buat review filem ni..kawan-kawan aku pun boleh kata semuanya dah bercerita dalam blog memasing..hari tu pun aku cerita pasal gathering yang aku pergi untuk tenguk cerita ni...tapi rasa tak lengkap kalau aku tak cerita sikit filem ni mengikut dari penghayatan aku yang memang buta seni..tak pernah ada pengetahuan dalam filem sebab tu aku tak nak review filem ni macam orang filem atau orang seni review..biar aku ikut cara aku menghayati filem tu pada malam tu...

Memang SEPET filem melayu yang segar...antara filem melayu yang berjaya membuatkan aku ni pergi menonton di panggung kalau tak kerana kawan-kawan..memang Yasmin seorang yang berani dalam pendekatannya untuk filem SEPET ni, orang kata memang itulah Yasmin..dekat dengan realiti...

Ok..memang cerita tu sangat bagus..tapi kenapa aku macam rasa ada yang tak berapa kena dengan beberapa adegan...ok lah mungkin nanti orang kata watak tidak dikembangkan sebab budget constraint..kalau tak pun nanti cerita meleret..tak jugak..bagi aku bukan jalan ceritanya...ok bagi aku untuk Yasmin buat pengakhiran cerita tu..takpe..biar orang berfikir dan tertanya-tanya sikit..bukan macam cerita yang selalunya happy ending je....yang aku nak cerita kat sini adalah aku tak puas hati dengan beberapa scene yang aku rasa kalau takde tak akan mencacatkan SEPET itu sendiri..contohnya...pasal apa bila kat rumah mesti berkemban..aku ni budak kampung..tapi pasal apa aku tak pernah tenguk orang berkemban kat kampung..pakai kain batik, kain pelekat ya..tapi bukan berkemban..pas tu adegan yang kat atas tangga tu lagi aku menyampah..pasal apa orang gaji sekali nak berkemban pas tu ngan bapak Orked pun macam tu gak..tau kan bapak Orked tu cikgu pencen...ada ke cikgu pencen akan buat macam tu depan orang gaji????..pelik nya aku rasa...mungkin orang akan kata ada...tapi aku tak pernah nampak..tu la dia....satu lagi culture orang kita ni mesti nak ambik tahu apa-apa kejadian yang berlaku kan..macam hari tu aku lalu nak pergi kerja, ada kebakaran tepi jalan, aku tenguk semua orang perlahankan kenderaan, yang naik motor terus berhenti, bukan nak menolong pun tapi NAK AMBIK TAHU..sebab tu aku rasa bila kejadian tembak-menmbak malam tu mana boleh orang buat derkkk saja...bukan macam budaya orang kita hatta mana-mana kaum sekali pun....tapi tu lah...buat filem ni memang subjektif....terima lah hakikat...

3 comments:

alia said...

aku sokong sumer tu...
cuma kelainannya... mungkin bukan berkisar tentang perpisahan sbab agama kan...

Orgkampung said...

ya Bat...aku pun sokong ko nya komen...memang itu la yang aku tak puas hati..sebab tu aku nak tengok lagi cerita YAsmin yang lain2...nanti orang kata aku bias lak kan...apa kata kalau ada crite dia keluar..kita date sesama lak..heheheee

alia said...

bole2 xder hal... sbab tula..