Tuesday, June 21, 2005


ayip..kat sepang track

ALHAMDULLILAH.......tu saja yang aku boleh cakap..memang tuhan masih panjangkan umur ayip lagi...kalau tak, tak tahu la nak cakap apa lagi.

Hari ahad pagi tuh..aku dok sibuk melayan izzad, dia ada sport day kat bukit rahman putra club house, aku dah bagitau ayip, ajak dia ikut sekali..tapi ayip kata dia nak ride ke genting via ulu yam ngan kengkawan dia (lebih kurang dalam 30 motor semuanya)..pas tu aku cakap la..kesian kat izzad, dia mesti nak papa dia ada sama, maklum la..kitorang tak pernah lagi miss any events yang libatkan aktiviti anak-anak..so bila ayip degil jugak kata nak pergi..aku diam je lah..tapi aku dah tarik muka 14 la kan...merajuk la konon..si izzad ok je sebenarnya hehehe

so...pagi ahad tu aku pun pergi kat club house and ayip gi ngan member-member dia..dalam pukul 9.30am cam tu aku dapat call dari dia..bila angkat..senyap je...'aphal lak dia nih..dah call tak nak cakap lak tuh' ish ish ish...sat lagi dalam kul 10.30am tuh ayip call aku lagi bagitau dia accident kat ulu yam, suruh aku ambik kat sana..apa lagi...terkejut gak aku..bagitau kat kawan aku suruh dia tengokkan izzad ngan ammanda..tolong bawak dorang balik sumer..pas tuh aku cakap kat budak-budak..mama nak pergi ambik papa eksiden...nasib baik dorang cool je..lepas cakap ngan member aku.. terus la aku pergi kesana

dalam perjalanan, ayip call kata ambulan dah angkat dorang sumer ke hospital selayang..ok, so aku pun pergi tunggu la kat spital..sampai je ambulan belum tiba lagi..suspen gak aku..teruk ke..tapi dari aku dengar suara dia ..macam ok. ambulan sampai, aku tengok kat dalam tu ada 3 orang termasuk ayip (ambulan ada 2 buah)..yang teruk kat dalam stretcher..dia ngan sorang kawan tu cedera ringan saja..syukur pada tuhan (aku cakap dalam hati..takde tunjuk muka kesian kat dia hehehe)

doktor cek dan buat x-ray...semua ok cuma kaki terseliuh sikit, jalan pun berdengkot-dengkot la..kawan-kawan dia..yang terlibat ada 5 orang, yang teruk 2 orang..sorang still coma, pendarahan dalam otak..dah ditukarkan ke GH, sorang lagi tulang belakang dislocated dan colar bone patah, couple lagi sorang (both husband and wife doktor) cedera ringan..luka sikit je kat kaki..

ayip cerita..sampai kat satu selekoh, after turun bukit (kat Batu Dam), satu biker (yang still coma) tuh nak overtake kereta kat depan tapi tak sempat sebab ada kereta datang, so dah laju langgar je lah keta wira tuh (orang keta wira ok, kereta depan hancus, cermin depan pecah)..apa lagi kat belakang bikers ramai sumer tengah pecut terus la hentam..ayip citer masa dia kat belakang tu dia dah nampak motor terbang berpusing pusing nakhentam dia, so bila motor tu jatuh kat depan tak sempat nak elak dia pun langgar la..dia lak melayang and terjatuh kat tengah jalan (mujo tak de keta kat jalan..kalau tak..) lepas tu motor belakang nak elak dia kat tengah jalan, hentam lak motor dia..kalau tengok motor ayip orang sumer ingat dia dah kena teruk..mana taknya, sit belakang hilang (hancur), handle depan patah, ekzos dia satu dah kedepan..eiiii ngeri bila aku tengok..

aku berdoa kawan-kawan dia yang masih cedera tu agar cepat sembuh, pada ayip aku dah cakap...selalu-selalu lah dengar cakap aku (selalu kalau dia tak dengar cakap aku, mesti ada something bad happened to him, itupun secara kebetulan), kita tak tau qada' dan qadar tuhan..bila-bila kalau kita berhati-hati pun still kadang-kadang berlaku kat kita jugak..and nasib baik setiap kali bila ayip nak ride, memang part safety dia jaga sungguh (full suit mesti kena pakai plus full face helmet yang good quality, riding boot and glove)..pas tuh sepanjang ride (tak kira bebila), dia selalu baca ama ul' husna..

sekarang nih aku jadik nurse...hehehe..orang sakit nih manja dia terlebih skit tau...mengada-ngada :-)

2 comments:

alia said...

shian nyer engko..dan hubby
takperler semoga semuanya selamat kay...

Orgkampung said...

Thanks bat..sekarang kaki still bengkak tapi biasa la..degil nak pergi kerje..akuuuuu jugak yang kena jadi driver hehehe