Wednesday, October 19, 2005

FAVOURITE

SEPANJANG Ramadhan ni memang banyak pasar ramadhan yang menjual beraneka juadah untuk berbuka puasa, since dah ada kemudahan tu..ayip bagi kelonggaran untuk aku tidak memasak sepanjang bulan puasa (agaknya sebab aku masak tak sedap kut compare dengan apa yang dia tengok kat pasar tu huhuhu).

Makanan apa yang aku paling suka?..setakat ni murtabak daging adalah juara carta makanan berbuka dan bersahur hehehehe boleh gitu?..memang aku sejak dulu gemar makan murtabak, pas tu taknak yang ayam nak yang daging je hehehe..memilih la pulak kan. aku rasa murtabak yang paling best yang aku pernah rasa ialah mertabak Pak Din yang dijual di bandar KB, lokasi dia senang je, tepi satu restoran cina dekat dengan stesen bas tu, tak tau apa yang buat dia sedap, tapi kalau tanya orang yang beli, memang sedap la..murtabak dia lembut tapi yang paling best ialah kuah pencecah tu..aku tak suka makan murtabak dengan kuah kari atau dal yang biasa (tapi kalau no choice kena la jugak cicah kuah tu kan), kuah pencecah yang aku maksudkan tu ialah air bawang yang kaler pink tu..setakat ni, aku dah pergi merata tempat tak dapat nak challenge lagi kuah bawang dia tu, rasa sungguh ngam, maksud aku tak kurang apa pun..sebabnya kalau yang kat KL ni, bila aku try je kuah bawang tu..aku dah tau apa yang kurang cam kurang cuka la, kurang itu la, ini la..gerenti punya tak sama dengan air bawang murtabak pak din...hmmm kalau bulan puasa, gerai murtabak pak din akan start meniaga dari jam 2.30pm..masa tu dah start dah orang beratur, walhal pak din ada bukak 2 gerai yang tak jauh from each other..sorang akan beli sampai 10 keping, so kalau lambat alamat dapat kuah bawang je la..itu pun kalau ada yang bersisa hehehe.

satu lagi murtabak pilihan aku ialah murtabak giant yang tebal yang dorang panggil murtabak king, rasanya dorang panggil tu sebab murtabak tu memang extra besar dan tebal dan semestinya la best, aku tahu 2 tempat yang kita boleh beli itu murtabak, ni pun kalau tak silap la, satu aku cari dekat ngan sekolah cina chung hwa tu, dekat ngan shell station, satu lagi dekat kampung tingkat (tak sure ejaan sebab orang kelate sebut lain hehehe), yang ni kakak aku yang tahu exact location sebab aku tak pernah pergi lagi kat sini, tapi dua-dua memang sedap dan dorang pun dah komersilkan murtabak dorang sebab boleh didapati di KL ni, tapi as I said earlier....air bawang tu cam kena la buat sendiri sebab memang tak tertanding ngan air bawang murtabak pak din.

ni yang last pilihan aku, aku cakap last sebab jauh sangat nak gi makan hehehe..tu pun first time aku cuba and memang sedap, kat mana?..kat singapore hehehe, nama restoran kalau tak silap restoran zam-zam, kat depan masjid sultan kat area arab street. ha kalau korang nak beli kain kat arab street tu jangan lupa singgah makan murtabak kat ini restoran, memang sedap, boleh order nak size besar atau kecil, akan dihidangkan dengan kuah dal dan timun yang diletak sos cili..hehehe..aku tak prefer langsung timun ngan cili tu tapi ada orang boleh makan dengan selambanya muahahahaha....aku bagitau kak Tie, dia cakap restoran tu memang dah lama terkenal ngan murtabaknya, siap mention masa dia kerja ngan MAS dulu dia selalu singgah makan sana kalau kena overnight singapore (Kak Tie dah berzaman tak kerja, so resotran ni memang kira dah lama beroperasi la)

so murtabak menjadi pilihan aku, apa pula pilihan yang lain? :-)


p.s - semalam aku tenguk muzik @ ria, artis undangan mawi, kemain lagi aku tenguk waiem kat seat depan tu..ala-ala kontrol ayu gitu ekekekeke..pas tu ayip baru beli majalah hai yang gambar depan mawi jugak, belek kat dalam, terpampang gambar bad ngan akma masa akma's gathering..amboi..macho sekali...tak lama tu kebetulan dapat sms dari bad..hehehe..cam tahu je aku tengah tengok gambar tu :-)

3 comments:

alia said...

aku skerr aper erk?? aku rasa selalu beli kuih akok kots..ekekek

heheheh maks pun tengok gaks iteww waiem.. sunyum2..ekekekek

Orgkampung said...

bat..ekekeke...aku suka gak kueh akok ittew..tapi taknak yang manis, tak reti makan mende manis2 tau hehehe

nikiffie..murtabak best kan..hehehe..tu la, selalu gak pesan orang beli murtabak king ni, pas tu makan sikit-sikit takut habis hehehehe

shoeque said...

alamak.. best pulak bila baca pasal murtabak pak din nih..
teringat kat arwah tok wan, dulu2 favourite dia nih...