Monday, October 24, 2005

MACAM-MACAM.....PART 2

JUMAAT...jam 6.30pm..ye masa tu dah dekat lagi setengah jam nak berbuka...lazimnya dalam bulan ramadhan ni, pekerja yang beragama islam akan dibenarkan oleh bos untuk balik seawal jam 4.30pm atau 5.00pm..tapi masa tu dah jam 6.30 petang ye..diulangi 6.30, aku kat mana?...gggggrrrrrrr...aku masih lagi kat opis..ha..tu la yang aku nak citer ni, ini semua gara-gara bila aku dapat call dari ayip masa dekat jam 5.00 tu, dia cakap dia lambat sikit ambik aku pasal dia masih lagi kat JPJ. (bulan puasa aku ada driver..hehehe)..imagine ye..diwaktu selangor cuti, dan jalan yang dah memang jem kat depan ofis aku ni...tetiba hari tu lah dia nak gi JPJ....semata-mata nak gi register motobike dia...isshhhhhh..geramnya rasa..aku tau la dia dah tak sabar-sabar lagi nak layan korner dengan moto dia tu..maklum la selepas lebih kurang tiga bulan dok memendam perasaan..moto pun baru sampai..apa lagi la kan...

so hari tu for the first time untuk ramadhan tahun 1426, aku berbuka dalam kereta, geram memang geram, tapi sabar je la kan..sebab bulan puasa, tak leh nak geram lelebih hehehe...

Sabtu pagi, bila aku nak bangun sahur, tengok ada 1 sms kat phone, aku tengok bila sms ni dihantar...jam 3 pagi rupanya..sapa lak yang hantar pepagi tu?..laaaa waiem ke..dia bagitau aku, sampul raya mawi dah siap, suh aku datang ambik kat klcc petang tu..wah....aku respek betul ngan waiem ni, aku rasa mawifc mesti bangga punyai ajk yang macam waiem ni..betul betul komited dan dedicated sekali buat kerja..apa-apa saja pasal mawi, waiem lah orang yang pertama akan war-warkan pada aku dan geng yang lainnya..cayalah waiem....

so petang tu..aku angkut semua orang pergi klcc, cadangannya nak beli baju kurung untuk ammanda dan baju melayu untuk izzad ngan emmir, dan biasala, nak jumpa waiem sekali...tapi hampeh betul, kat sana..takde pun baju tradisional yang selalu budak-budak ni pakai dipagi raya yang menarik perhatian aku untuk membeli..hmmmm terpaksa la cari kat tempat lain, aku terus jumpa waiem bila dia dah sampai, tak sempat nak borak panjang sebab budak-budak dah restless..masa tu pun punya la ramai orang kat klcc ni, izzad pun dah letih..so dalam jam 5 lebih, aku terus ke pasar ramadhan untuk membeli juadah berbuka..mission aku tak tercapai lagi nih...jenuh gak nak cari baju untuk dorang..tu la..masa awal-awal tak nak beli, pas tu kan dah penat nak mencari ni hehehe

Lepas berbuka, seperti biasa ayip akan lepak kat luar, sambil layan rokok dia akan relax ngan arowana favourite..tapi petang tu tetiba aku dengar dia bising-bising sambil berlari ambik handphone dia, nak telefon jiran ahli mesyuarat tingkap (jiran aku ni..semua minat dan bela ikan tu...tu la geng lepak ayip hehehe)..rupa-rupanya dia cakap, ikan dia dah nak mati...aku tenguk ikan tu dah melengkung kat dalam akuarium tu..jap tu dorang sampai...abang mat cakap ikan tu mungkin dah terkejut kat something, so instantly dia melompat dan terkena palang yang kat dalam akuarium tu...aku tenguk leher ikan tu dah lembik meaning that cam dah patah la...tak pasal-pasal lak ada upacara pengebumian kat rumah aku malam tu...biasa la jenuh gak nak melayan ayip yang memang tengah sedih...mana tak sedih dia dah bela ikan tu since 2003 dan sekarang dah panjang 2 kaki..warna chili red tu pun dah bersinar dan cantik...aku senang je...aku bagi perumpamaan yang lebih kurang cenggini la..."you dah happy dapat motor baru, so tuhan nak bagi balance dan adil...dia bagi la you sedih sikit"...hehehehe okke tak aku cakap camtu :-)

Ahad pagi...orang dari agency datang, bawakkan maid baru..leganya rasa sebab at least aku dah ada maid untuk raya ni, maid lama aku dah tamat tempoh dan akan balik jumaat ni, ingatkan aku mesti akan kelam kabut masa raya ni sebab takde maid..tup tup...hari ni maid baru sampai..malah yang bestnya sebelum maid lama aku balik lagi..so aku pun cakap la kat maid lama aku tu, suh trained maid baru ni, buat kerja-kerja rumah..hehehe...aku tenguk bukan main lagi maid lama aku bagi instruction..mengalahkan supervisor kat kilang pulak hehehe..gelak je aku lihat telatah 2 orang maid tu..aku lak sekali sekala aku datang tengok dorang buat kerja..pas tu bagi komen la..pas ke tak pas..hehehe

5 comments:

alia said...

heheh sabau jerler weii.. kang opis boy aku gi amik iteww sampol occcay..

Anonymous said...

maid baru kene tau pas tak pas ke? kalau tak pas, bn ke S46 ? hehe

CKin said...

huhuhu... cerita pasal Arowana ni.. abah aku dulu bela 4 ekor, 2 ekor silver, satu green satu lagi red.. tak tau lah nama sebab aku tengok kaler dia jer... sekor silver tu kira senior lah antara yg 4 tu sebab kite bela dia start dia panjand 3 inci jer... sampai lah dah besau panjang lebih kurang 2 kaki tu ar... aku suka silver senior tu sebab dia suka mengendap aku... hehehe...

Sekali somehow arawana yang merah tu demam kot.. akuarium dia kitorang letak atas akuarium yang green tu.. so bila yg merah mati, it seems mcm bejangkit pi yang kat hijau tu.. dia pun demam.. pastu silver yg lagi satu tu, waktu tu masih budak lagi ala-ala panjang 1 kaki, akuarium dia sebelah yang hijau... lepas yang hijau mati, yang silver tu lak mcm demam...

Haaa... rasa ko.. hilang 3 dalam masa 2 minggu... bagai nak gila kitorang pi jauhkan akuarium silver kesayangan (aku namakan dia Wana.. ahaks!!). Dahlah akuarium dia tu besar giler.. maklumlah, kesayangan... tapi mcm ada telepati lak atau dia rasa adik-adik dia dah takde... dia pun demam.. lama gak dia demam, aku lalu depan tempat dia pun dia dah takde mood nak mengendap aku.. uhuk! Lebih kurang 2 minggu demam.. terus innalillah... sedih giloss!!! Lepas kejadian 4 hilang dalam sebulan tu, abah dah tak mau bela apa-apa binatang lagi....

Sorry.. terpanjang sket... huhuhu..

Orgkampung said...

bat...sowy tak bagitau..dah terima ittew kiriman..ko lak..dapat tak?

nart..errr..aku kan 46 hehehehe

ckin...kesiannya...aku tau cemana perasaan ko ngan family...yang ni pun tak terlayan..lagi la...sekarang duk tengok akuarium kosong je hehehe, tapi rasanya tak lama lagi ada pengganti tu..hehehe

alia said...

dah dpt dah .. tima kacih la..