Monday, October 10, 2005

HIDANGAN MASAKAN JAWA?

lAST weekend aku balik BP...tu pun dah last minute baru ayip sibuk cakap nak balik..hampeh sebab aku terpaksa dan-dan tu jugak berkemas mana-mana yang patut...yang tak larat nak kemas baju budak-budak la..tak pe la kan, sabar je la di bulan puasa ni hehehe

bertolak dari KL dah dekat jam 3pm..banyak la pulak kenderaan menuju selatan apatah lagi masa tu hujan renyai...sampai BP jam dah 6 lebih..kakak ngan mak ayip dah cakap akan bawak kitorang makan kat satu tempat special..tak tau la apa yang special nya..ni first time aku ke sana..so meh sini aku citer apa yang bezanya...

kitorang sampai ke restoran yang diberi nama Restoran Nyaiee, restoran ini terletak di kawasan deret kedai di tepi jalan yang menuju ke pekan Parit Raja..kat depan dah nampak asap orang tengah bakar ikan dan kerang, masuk je ke dalam restoran, hiasan dalaman agak menarik, kita diberi pilihan samada untuk duduk bersila kerana disediakan ruang seperti serambi untuk makan sambil bersila atau pun cam biasa..duk kat kerusi la bagi yang tak reti nak bersimpuh tu kan hehehe..dorang dah tempah ruang serambi so nak tak nak..kena duk bersimpuh cam anak dara la aku hahaha...tapinya hampeh pasal si emmir susah betul nak kawal...seronok lain macam, mama nak concentrate makan pun fail hehehe

yang membezakan restoran ni dengan yang lain adalah aku rasa sajian yang disediakan..boleh kata 90% semuanya masakan jawa hehehe...hmmm yang aku boleh bagi contoh nama makanan tu ada urap atau keluban (betul ke ni hehehe)..ni macam ulam la tapi rasa dia len macam sikit..boleh tahan la sedapnya bagi sapa yang suka makan ulam, pas tu ada pecel (ejaan tak tau betul ke tak) yang ni pulak, ayam bakar pas tu diletak dalam kuah yang ada daun kencur ke something..cam tu la aku rasa dorang citer kat aku hehehe..pas tu ada few masakan lagi yang aku dah tak ingat nama...yang aku tau ada sup cendawan campur daging, pas tu biasa la ikan dan ayam bakar..dan yang paling best kerang bakar berempah..wah dah lama tak makan kerang bakar..rasa cam nikmat semacam je bila pekena yang tu (masa tulis ni aku dah tak larat nak imejin betapa sedapnya hehehe)

lupa lak nak cakap..nak jadi cerita, owner kedai tu pulak kenal ngan ayip, rupa-rupanya junior ayip masa kat sekolah..hmm okke la tu kan, dah kampung dia, sah-sah budak-budak tu sekolah sama..kenal la kan..tapi overall, memang tasty la masakan yang dihidang, manisan pencuci mulut seperti bubur kacang pun best (selalunya, orang jawa akan letak halia ngan bawang putih dalam bubur kacang, tapi kali ni tak..okke la tu sebab kalau dorang letak, gerenti aku tak leh makan hehehe).

bulan puasa ni memang seronok kan kalau dapat cuba macam-macam masakan, apatah lagi kedai, restoran dan gerai jual bermacam jenis makanan tumbuh macam cendawan selepas hujan, so masa ni la aku ambik peluang nak cuba semua makanan...hmmm masak dibulan puasa?...errr boleh tak postpone lepas raya muahahahahaha...

6 comments:

alia said...

ayoyo.. bestnyer dpt makan makanan mcmtuh.. tapi mcm masakan org jawa jer kots iteww sumer cam kat restoran ayam solo..huhu.. sumer idangan dlam bakul alas daun pisang

Orgkampung said...

ellooo bat..yang aku crite tu pun masakan jawa la tu hehehe..aparrraa, aku kalau makan sekali boleh la..kalau selalu..sendiri mau ingat la :-)

alia said...

ekekkeke sabo jeler orgy..

yelah.. pahe.. lidah kelate..

Anonymous said...

nak tanya sikit, BP ni exit mana? Pagoh?

kedai ni exact locationnya kat mana?

Parit Jawa tu senang ikut dari Muar kan?

Orgkampung said...

artco...exact location tak ingat sangat la..tapi parit raja ni senang exit dia dari ayer itam la...pas tu ko kena la tenguk sign board ke parit raja..lepas pekan parit raja..cari jalan menghala ke batu pahat, kedai sebelah kanan, paling ujung..best tau..cuba la cari ye hehehe

shoeque said...

ore kelate sedap berbuka denge budu... ko guano...