2005...
adalah kenangan
adalah pengalaman
adalah penyiksaan
adalah kenangan...
bilamana aku mengingatkan
setiap peristiwa yang hadir
sedih, lucu, geram, pilu, syahdu, bahagia
bercampur baur
sepertimana perasaan aku kini...
adalah pengalaman...
bilamana segala yang terjadi
mengajar aku tentang seribu perkara
dalam hidup ini tidak semestinya
selalu cerah dan terang
kadangkala ada mendung dan hujan
sepertimana hati aku kini...
adalah penyiksaan...
bilamana segala yang aku rasai dan alami
tiada pengakhirannya
tidak ketahui penghujungnya
apakah akhirannya ada duka?
apakah hujungnya ada ceria?
kutinggalkan 2005
dengan bermacam persoalan
yang tiada jawaban
jawaban yang tiada padaku
perlukah aku MENCARI jawaban
pada setiap persoalan?
perlukah ADA jawaban
pada setiap persoalan?
pentingkah jawaban?
selesaikah setiap persoalan
dengan jawaban?
lambaian 2006 menggamit
seakan mahu kugenggam 2005
tidak mahu aku lepaskan
kenangan, pengalaman dan penyiksaan
bersamaku menjadi pengajaran
untuk kutempohi 2006
selamat datang 2006...
9 comments:
wah.. siap berfalsampah gitu tuh..
paperpun.. nice meeting ur.. n semoga 2006 menjanjikan kebahagiaan..
*yay.. esok coti*
hehehehe...bukan apa bat..dah lama aku tak jiwangan nih...slamat tahun baru juga..slamat bercuti
pandai plak berpuisi yer.
orgy jom kita jumpa2an esok. pre thn barunya gath.
jom arr
Cehh aku ingat lagu Peterpan yang baru tadi... puas aku carik kat kedai cd.
kak aidid....jommmmmm tak kisah punyer..sms je ye ekekekeke
sumbinggggg....selamat taon baru mbing...wendu lak aku kat ko nih..sori ya..peterpan nya lagu baru nanti aku upload later..tak pun lepas konsert ke hehehe
selamat tahun baru 2006...moga azam 2005 dah tercapai...jgn lupe pojek gubra kita feb 2006..hehe
selamat tahun baru org kampung.Tahun 2006 ni tak nak azam jadik org bandar plak ker? :D
Selamat Tahun baru 2006....
Moga2 tahun nih bertambah ceria dan gumbira...walaupun harga barang semakin naik...sebab harga minyak tak turun2 eehhehehee...
p/s moga2 tahun nih dapat lagi ke indon....dah book tiket free air asia ari tuh ehehhehee
fuyoooo.
mek !
gotu goni go to school
Post a Comment