Monday, January 09, 2006

AIDIL ADHA...

DI KAMPUNG, hari raya ni disambut meriah sekali, sebab apa..aku rasa, sebab boleh dikatakan semua rumah ada buat open house atau sebenarnya kenduri la, sebab dorang semua ada join korban, kalau tak sekor lembu at least mesti ambik satu bahagian, tu yang tak termasuk korban kambing, selalunya ini untuk dibuat aqiqah la. jadinya kat kampung kalau raya haji meriah dengan jemputan makan-makan..tak kira la, makan tengahari atau malam, berlarutan sampai hari raya ketiga atau keempat. Sebab tu la agaknya orang mesti selalu cerita kalau raya korban di pantai timur mesti meriah.

Sebenarnya dorang kat sana lain dengan yang di bandar especially kl ni, kalau kat sini, korban biasa dilakukan di masjid dan hasil korban terus diberi kepada yang berhak. orang yang niat korban tu dah bagi pihak masjid settle kan, dorang tak tahu pun pada siapa diberi janji niat dan perlaksanaan korban tu tertunai. Tapi kalau kat belah pantai timur, aku ambik contoh kat kampung aku la kan sebab aku pernah experienced benda ni, jadi boleh la citer, biasanya selepas sembahyang raya, korban akan dijalankan kat kawasan rumah, dan mereka yang ambik bahagian dalam korban tu bersama-sama dengan tukang sembelih akan bergotong royong melaksanakan upacara korban tersebut. semua akan dibahagikan sama rata dan kebanyakkan dorang yang terlibat korban ni akan buat kenduri doa selamat kat rumah selepas upacara korban selesai, tak kira la kenduri doa selamat ke, kenduri arwah ke, kenduri sempena aqiqah ke..janji kenduri. satu kampung atau at least satu qariah akan dijemput untuk memeriahkan majlis, jadinya sebab tu la sambutan hari raya aidil adha begitu meriah sekali, akan terlihat la kunjung mengunjung antara sesama islam yang berpakaian serba baru. Aktiviti korban yang dijalankan bersama pun dapat mengeratkan lagi perpaduan jiran tetangga, sahabat handai dan rakan taulan.

Aku berharap agar suasana ini akan sentiasa dipupuk seiring dengan masa, mana la tau nanti kalau tidak dijaga, generasi seterusnya tidak dapat merasa seperti mana yang aku rasai dulu dan sekarang, sedangkan di kl ni pun dah tak banyak suasana yang macam tu..kalau tak diteruskan, tak mustahil satu hari nanti, ibadat korban dan suasana tu tak dapat dirasai lagi.

Kepada kawan-kawan, Selamat menyambut hari raya Aidil Adha, marilah kita berdoa kepada jemaah haji di sana agar dapat menyempurnakan ibadat mereka tanpa menghadapi rintangan. kepada para jemaah yang terkorban dalam kejadian baru-baru ini, sedekahkan lah al-fatihah buat mereka, semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman...buat keluarga mereka, diharapkan redha dengan pemergian...sesungguhnya itu adalah sebahagian daripada ujian Nya...

2 comments:

Anonymous said...

Salam Hari Raya Haji to all and selamat bercuti esok...

Time kecik2 macam thriiiiill je pi masjid time Adha prayers bile tgk lembu2 kene ikat kat pokok kat compound masjid...Kapale dah dok imagine, kalo lah lembu ni terlepas n ngamuk ke, mau semue jemaah kelam kabut lari n dan2 je masuk topic cite Buletin TV3 Hehehe!

Orgkampung said...

hehehehe Selamat hari raya aidil adha juga wink :-)