Wednesday, January 11, 2006

ILMU IKHLAS...

SEMALAM...aku sampai masjid bila imam dah nak start sembahyang raya dah...apa lagi marathon naik tangga masjid yang tinggi kat atas bukit tu hehehe..kawan aku siap sempat lagi sms, katanya 'cepat sket la woi, orang tv3 dah mai dah ni'... amboi..sempat lagi kawan aku tu dok tengok orang tv3 buat coverage kat masjid nih, yang aku ni dok ingatkan masjid nak start sembahyang jam 8.30, rupanya imam start jam 8.00...pas tu rasa cam kejap je dia baca khutbah raya tu, sebelum jam 9.00 semua dah settle...rupa-rupanya baru aku tahu, dorang nak cepat sebab nak jalankan korban dan tahun ni ada peningkatan dalam jumlah korban dimasjid tempat aku ni, tak silap kak tie cakap dalam 16 ekor lembu...

Lepas sembahyang raya, aku gi breakfast rumah kak tie, dia buat simple dish je, kuzi ayam cicah dengan roti..best tau..lepak kat sana sampai dah dekat nak jam 11.00, lagipun lepas tu memang aku nak konvoi ngan kak tie pergi rumah kak nor lak, makan tengahari nasi beriani hehehehe...semalam kira rumah aku closed house ye, lagipun ayip, ammanda ngan izzad balik BP, tinggal la aku ngan emmir je ngan bibik, so nak masak pun jadi malas :-)

Lepak kat rumah kak nor, berborak dan bergossip sampai la dah jam 2.30..ayip call, dia cakap dah sampai kl dah..uiks terkejut aku sebabnya dia balik malam sebelumnya jam 9.00 pas tu dari bp sure jam 12.00 tengahari, apsal cepat sangat balik..so aku ngan kaktie pun beransur la nak balik...sampai umah dah dekat 3.30..mata dah ngantuk, maklum la banyak sangat makan ditambah dengan pulut panggang dan ketupat yang kak nor masak, mata dah kuyu dah nak lelap, tapi aku ni jenis malas nak tido siang, so on tv, nak tengok rancangan apa yang ada...ada satu movie kat tv3 ni, macam best je so aku pun tengok je la..lagipun baru start, kira boleh layan la

Kiamat sudah dekat...tajuk filem dari seberang ni memang best..tak sia-sia aku tengok, cerita yang simple...mudah faham tapi pengertian yang cuba ditonjolkan dalam cerita ini begitu mendalam...semuanya berkisar tentang islam dan ajarannya...Fandy, seorang anak muda yang lahir di amerika dan minat dengan muzik rock ini langsung jahil tentang agama islam yang bila ditanya apakah agamanya, sampai perlu melihat IC nya dulu sebelum nak make sure adakah beliau seorang islam, hanya kerana dia terpandang Sarah, anak pak haji..dari seorang yang tidak tahu langsung bersembahyang apatah lagi mengenal al-quran beliau langsung berjaya memenuhi syarat yang dikenakan pak haji sekiranya ingin bernikah dengan sarah..

ketiga-tiga syarat telah dipenuhi, maka pak haji menetapkan syarat terakhir..apakah syaratnya?...perlu mencari ilmu ikhlas...ilmu ikhlas?...apakah iklas itu perlu dipelajari?..puas fandy mencari dan bertanya..tapi tidak ketemu apakah ilmu ikhlas itu..pernah bertanya pada yang alim..jawabnya..untuk mengukur keikhlasan sangat susah, hanya Dia sahaja yang tahu...hampir putus asa, fandy berjumpa pak haji...diberitahu pada pak haji..sekiranya beliau gagal mencari..fandy rela agar sarah diberikan sahaja kepada farid, penuntut di mesir yang juga inginkan sarah...tapi sebelum fandy pergi, beliau mengucapkan syukur kepada pak haji kerana dialah, fandy dan keluarganya yang jahil bisa belajar mengenal dan mendalami islam..pak haji terharu kerana akhirnya keikhlasan yang dicari selama ini oleh fandy telah dengan sendirinya terbit dari hatinya....ikhlas untuk belajar bukan kerana semata-mata ingin memiliki sarah, tapi kerana ingin belajar tentang islam...

Cerita ini memang sangat simple dan santai tapi message yang cuba diterapkan sangat besar..tak perlu heavy drama hanya kerana nak wujudkan kesedaran..so aku memang tabik kepada mereka yang telah membuat filem ini kerana aku rasa berjaya dalam menyampaikan apa yang cuba disampaikan kepada penonton, setidak-tidaknya aku lah kan...

7 comments:

alia said...

amboi2.. engko siap tinggal ngan Emir ajor.. hiks.. err aku tak kemana pung.. setakat balik MIL house ajor.. dah tu balik umah..hiks

Orgkampung said...

wei bat...aku suh ko komen pasa lciter tu takpun ambik moral of the story dia tau hehehehe

alia said...

ahaks.. mek tak tengok yeww citer tuh.. abih camno??? tak per tunggu diernyer ulangan bleh giteww

aidid said...

akak tgk citer tu. ada baca review kat blog wai em pastu tetiba nampak iklan citer tu. Setgh jam pertama tak sempat tgk psl on the way to umah sis in law.
Memang bagus citer tu. Simple tapi berkesan. Kelakar gak. Imejin klu kita tgk citer tu kt wayang sure gelak abis ek.
Hero pun sedap mata memandang. haha.
Sampai Sarah pun jatuh center. Suka part yg Sarah tulis surat kat Fandi suruh cepat belajar ilmu ikhlas.
Suka ending dia jugak. Akak pun pening mula2 apanya yg dia suruh carik ilmu ikhlas tu.
Rasa nk tgk citer tu lagi skali.

Orgkampung said...

yay..ada geng gak..ha ah la kak aidid, apsal takde tayangan dia kat sini kan, kalau kita tengok sesama mau pecah itu panggung lagi hehehe...rasa cam nak tengok sekali lagi..kak aidid sarah tulis 'mohon dengan sangat'..hehehehe romantik yewwww..btw, kitakan tak masuk list 30 orang yang dapat pass tu la..so melepas la ini malam..akak dapat ke?

aidid said...

akak pun tak dpt dik non.

Takpe lah, pi len kali. Bilalah akak nk pi tgk baik punya cilok ni.

Nx wik ada lagi tak?

Orgkampung said...

hehehehe..tak sure la ada lagi ke tak sebab next week dah masuk citer buli balik tu..abih camno kan..ala..kita pi tengok buli balik je la..ok hehehehe