Wednesday, February 22, 2006

DEKAT DI HATI...



“Setapak melangkah meninggalkanmu……dua langkah kasihku akan setia padamu….”

CERITA ini punya banyak kenangan pada aku…pertama kali aku bersua rupa, bertegur sapa dengan teman-teman alam maya bila aku bersama-sama mereka buat pertama kalinya menonton filem ini..pertama kali berkenal tuan puteri dari brunei, bertemu sultan, berjumpa lawyer dan semua peminat fanatik siri reality tv…citer apa tu?..takyah citer la kan sebab ini bukan untuk entri citer tu hehehehe….dari situ persahabatan terus kekal sampai ke hari ini malah menjadi akrab….jadinya sudah tentu cerita ini terasa begitu dekat dengan aku…so bila ada berita yang ianya akan dipentaskan di istana budaya dalam bentuk teater muzikal…aku menyimpan hasrat..mesti tengok jugak teater nih huhuhu…sentimental la pulak

So, semalam, kebetulan aku dapat tiket free…walaupun aku dah janji nak pegi ngan teman-teman yang lain esok, tapi takkan nak lepaskan peluang kan…makanya…jam 8.15 semalam, terpacak la aku kat depan istana budaya..menjadi pemerhati kepada mereka yang bersama menonton malam tu, ada menteri, ada vip, eh eh ada mawi gak ke..hehehehe..apsal selalu sangat aku bertembung ngan budak botak ni ehhh..

Overall..pgl tidak mengecewakan…komen daripada aku yang tak berapa arif sangat dalam industri ini memang datang dari apa yang aku lihat dan dengar je la kan…bagi aku baik pembawa watak utama mahupun pembantu, mereka beri komitmen yang seratus peratus jitu untuk jayakan teater ni, mungkin kalau diawal pembukaan teater ni, mereka masih dikawal perasaan gementar ke apa ke, tapi aku rasa bila dah tiap-tiap malam untuk keberapa malamnya..aku rasa mereka semua dah ‘masuk’ dengan watak masing-masing…Stephen tidak mengecewakan sebagai tuah, bila dia nyanyi best sangat, mungkin kalau kurang pun bagi aku dari segi penghayatan watak especially sewaktu terpaksa berpisah dengan tuan puteri..emosi kat situ kurang menyerlah berbanding dengan tuan puteri gunung ledang yang komitmennya memang over 100 peratus…aku respek tiara, walaupun dia tahu nyanyiannya tak sehebat siti nurhaliza, tapi she can sing..dan semalam she proved that she can sing well..takde la pitching ke laut bagai..dan penghayatan..memang superb..so kalau dia rasa dia nak bersara ke apa ke lepas nih aku rasa dia tak nyesal dah sebab dia dah buat yang terbaekkkkk (eh cam penah ku dengar, tapi dimana ya…hahahaha)

A. c. mizal ngan sultan melaka memang takyah dipertikai lagi la kan..walaupun aku kureng sket ngan a.c tu tapi aku rasa budak ni cam ada talent dia sendiri, tengok je la lakonan dia dalam citer-citer afdlin yang baru ditayangkan..kiranya a.c memang tengah laku sekarang nih hehehe..afdlin aman ramli lak..lepas nih kalau dia jadik pengkritik af, apa yang dia cakap tu, kalau tak elok ..tak elok la…tok sah la nak cari alasan lagi sebab dia memang tahu apa yang dia cakap..kalau tak takkan la dia boleh buat ngan perfect sekali…menari dan menyanyi..dan menjiwai watak….

So sesapa yang nak pegi tengok teater ni…enjoy the show sebab korang takkan nyesal, sesapa yang awal-awal lagi cakap tak minat nak tengok tu, aku rasa sedikit kerugian la sebab bagi aku at least kita support la apa yang cuba di buat yang aku rasa boleh diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa..mana la tahu kan kalau-kalau tetiba pgl dipentaskan di pentas yang lebih berprestige diluar Negara?..tidakkah itu satu kebanggaan?..itu pendapat aku sahaja…


Aku juga tak lupa beli soundtrack dari pementasan pgl ni, lagu-lagu memang aku boleh layan la…kalau korang nak beli, dorang ada jual sewaktu pementasan berlangsung, rege rm18.00 sahaja…errrr…lepas nih ada orang tu cakap nak tengok lantai t. pinkie lak bulan 5 kot hehehehe..so geng…..free kan satu hari korang, jom kita gi reramai....ok :-)

No comments: