Friday, February 03, 2006

MASA DAN MASALAH...

HMMM....lama aku tak berciter panjang sejak aku busy semenjak dua menjak ni kan..so ni aku nak citer sikit..mungkin ini entry terpanjang aku la sapa tau..tak pernah aku nak buat entry panjang-panjang ni kan...

aku start bz bila mana aku kena pegi utara, tak lama..tapi proses nak siapkan dokumen tu yang buat penat, sampai kat sana..konon siap aku bawak kamera la..sebab ingatkan nak ambik gambar menara alor setar ke kan..tengok-tengok menara lak yang tunggu aku tak muncul-muncul sebabnya aku penat sangat petang tu sampai je terus tertidur, pas tu malam plak dah start discussion..hampehnya pulak tu next day dah terus kena gi sintuk yang perjalan memakan masa dalam 1 jam, sampai ke sudah satu gambar pun aku tak ambik hehehe..bukan tu je, pekan rabu yang sepelaung tu pun aku tak jejak pasalnya aku lupa langsung, aku memang dah lama tak datang sini, last masa aku study kat perlis dulu, masa tu mana ada lagi hotel penginapan aku nih so bila kawan aku sms kirim beli dodol kat pekan rabu, dalam hati aku cakap mana ada pekan rabu dihari ahad nih, heran aku..aku tepon dia dan dia cakap “laaaa….awat la bengap sangat hang nih” (dia orang penang) hmmm…so aku missed pekan rabu sebab nak pegi cemana dah malam and the next day sehari suntuk kat sintuk sebelum last flight aku balik kl

Keje..keje jugak kan tapi kalau dah jalan-jalan tu tak sah la kan kalau tak try makanan kan hehehe…so on the way masa nak gi sintuk tu kitorang ada ternampak satu gerai jual cendul, nama gerai tu jo cendul pulut, wahhhh..kawan aku yang dulunya study kat situ pun bukak citer la, katanya dulu jo cendul ni meniaga pakai basikal roda tiga je, tapi sekarang nih dah canggih, dah ada kedai besar dan dah jual macam-macam makanan temasuk la sate dan cucur udang, punya la best cucur udang dia sampai aku tak perasan aku dah abiskan 2 pinggan hehehe

Weekend selepas tu kompeni aku suh keje pulak..hampeh betul, bulan januari je boleh kata tiap-tiap weekend aku kena kacau…what a good start this year ehh..so jumaat tu kitorang yang selected tu (konon cam ala-ala yang bagus je la kan huhuhu) checked in la kat Marriott putrajaya, malam tu jugak dah ada presentation. Tapi yang buat haru dan kelam kabut bila plan A aku tak capai misi (hehehe…aku pun ada misi gak) citer dia cam ni, hari ahad pagi ayip kena gi china sampai la hari rabu dan aku pulak ahad petang baru abis kat putrajaya tu so takde sapa kat rumah nak tengokkan budak-budak, ye la bibik ada, tapi takkan lak nak tinggalkan dorang ngan bibik je kan..silap-silap bila aku balik umah, bibik kemana budak-budak semua hilang..ish ngeri bila aku pikirkan, so plan A aku ialah mintak ma datang tengokkan budak-budak, ma pun cakap ok je la..tup-tup hari sabtu yang sepatutnya ma datang..tetiba kak nor sms aku cakap ma masuk hospital pulak..huh!!!!!!!!..terperanjat la aku sebab masa aku borak ngan ma cam ok je, rupanya sebelum ma nak datang kl, dia gi hospital dulu check up (ma ada diabetes), then dr takleh nak baca sugar level dia sebab tinggi sangat..dr pun terpaksa la tahan ma kat hospital sebab nak monitor keadaan ma tu kan…abis la kantoi plan A aku..last last..no choice, terpaksa la ayip ambik mak dia dari bp untuk jaga budak-budak tu, aku pulak terpaksa la ponteng meeting sabtu malam tu semata-mata nak tengok mak dia dan nak nak tengok keadaan kat umah ok ke tidak..so pepagi esoknya tu ayip terus ke klia dan aku sambung la balik kat putrajaya..hati pun senang sikit sebab dah ada orang tengokkan rumah, sebelum nih tak pernah la aku ngan ayip serentak takde kat umah, selalunya kalau dia outstation aku mesti ada dan sebaliknya, tapi nak buat cemana this time dua-dua serentak takde..problem jugak ekk

Tengahari kat putrajaya hari ahad tu aku dapat sms dari kak aidid, ingatkan misi untuk hari tu, huh..misi apa tu?..hehehe misi bowling kodok la..aku memang la tak layak main boling sebab terror sangat kan so jadi penyokong pun jadik la, lagipun tujuan utama aku nak ambik t-shirt kodok yang aku dah oder lama dulu…so dari putrajaya aku bergegas ke ampang point walaupun keadaan aku masa tu tengah tak larat sebab demam..sebenarnya sejak aku balik dari alor setar lagi aku dah demam ditambah dengan keje non-stop so aku tak stay lelama sangat pun, dapat tengok dorang buat balingan 1 2 je pas tu terus aku blah..kak aidid bagitau nart diwar-warkan sebagai pemboling (ada ke perkataan nih) terbaik..wahhhh..terrornya..kalau cam ni next time ada game boling aku nak satu team la ngan nart hehehe

Wei..citer aku tak abis lagi tau, kata nak aku buat entry terpanjang..ha ni nak pecahkan rekod entry terpanjang la ni hehehe…so balik dari putrajaya hari ahad, hari isninnya pulak aku dah kena outstation lagi, kali ni ke kuala terengganu (kt), sebab tu la aku terpaksa cari orang nak tengokkan budak-budak, sebab ayip pun belum balik lagi sampai rabu dan aku pulak ke kt sampai khamis..

Ermmm..aku bab-bab keje malas la nak citer sebab boring la kan so aku nak citer pasal makanan jugak hehehe…aku rasa la kan, berat badan aku dah bertambah 2 kilo, mana taknya asyik makan aje, pernah masa aku kat kt tu, belum pun tengahari aku dah makan nasi 3 kali, breakfast kat hotel aku makan nasi minyak, pas tu sampai kat tempat keje,dorang hidang pulak nasi lemak lauk ikan tongkol atau aye yang sememangnya sedap sehingga menjilat sudu, pas tu makan tengahari nasi beriani, mau tak 3 kali nasi tu pun belum masuk dinner lagi tu hehehe….tu tak temasuk nasi dagang yang aku makan tak kira la dari kampong ladang ke atau yang mana..semua aku rasa cam sedap je..kueh mueh jangan cakap la kan, tepung pelita la, jalamas la, roti cicah kari la, bubur kacang la, satar la, kropok lekor la..pas tu pulak tak cukup dengan tu, dorang bawak la pegi makan seafood yang goreng ngan tepung kat tepi laut belakang airport, tempat femes dorang bagitau…adoiiii bak kata sepanjang 4 hari kat aku sana, keje sama banyak ngan makan takpun aku rasa makan lagi banyak kut..tapi yang tak bestnya semua makanan tu aku suka..abih cemana tak terasa bertambah berat hehehe…

Kalau datang ke kt, tak sah la kan kalau tak gi ke kedai payang atau pasar payang kan..kat sana segala macam batik, songket, kraftangan dan hasil anyaman boleh didapati..tapi yang specialnya bila aku ternampak sorang makcik ni jual telur penyu. Sebelum nih walaupun aku pernah jumpa orang jual telur penyu even kat sabah, tak pernah rasa teringin nak try, tapi ntah cemana hari tu aku teruja nak try hehehe

Mokcik “maghi gak adek wei.ghaso telo penyu nih”
Aku “beghapo gak mokcik ghege telo nih?”
Mokcik “hok maghi dari ghedang tuh ghege setir 3 ghiya, hok sabboh pung ade gok, setir ghege 2 ghiya setengoh..sedak kalu ghebuh ngang gharhang jah”

Hehehe..tu lah lebih kurang perbualan aku dengan mokcik tu, panjang lagi sebenarnya tapi tak reti aku nak tulis dah…errrr aku pun beli la telur dan dah try pun rebus ngan garam..rasa dia? Errrr boleh la tahan, yang egg yolk tu rasa cam telur masin pun ada..kira boleh la..kawan aku yang sama-sama beli ngan aku tu memang suka makan, disebabkan dia la aku rasa tercabar nak cuba gak huhuhu..

Khamis, hari last aku kat sana..tengahari tu dapat call dari kak aidid (sebelum tu waiem dah sms aku dulu) ajak tengok buli balik..alamak wrong timing la, cemana aku nak join dorang sebab masa tu aku baru jejak kl je..tak hilang penat woi….tapi yang bestnya, masa aku kat kt demam aku yang lambat nak baik tu boleh sembuh..mungkin kena angin laut yang nyaman atau mungkin sebab aku makan banyak sangat kut, tu yang buat demam aku kebah dengan sendirinya..ntahla..

Pengembaraan (chewah..cam bagus je, dah suruh aku buat entry panjang kan..ha ni nak pecah rekod la nih hehehe) tak berakhir disitu…lepas satu hari aku kat opis jumaat tu, sabtu tahun baru china tu aku balik pulak ke kampong aku..yayyyyy…bestnya lepas penat bekerja..kira cam reward la dapat balik umah sendiri..biasa la kan kat mesia nih kalau ada cuti panjang sket mula la jalan jam kan..pulak tu..jalan biasa yang dilalui ditutup pulak…panik jap sebab tak tahu nak lalu jalan mana..last-last kitorang dapat satu jalan alternatif yang akhirnya terus tembus ke laluan baru kuala lipis..kira untung gak sebab takyah lalu pekan bentong ngan raub..

Kiranya aku balik kampong ni pun sebab pertamanya nak jenguk ma (nasib baik ma dah keluar hospital)..dan atuk aku juga kebetulan sakit, sebelum tu dah masuk icu..sampai pernah masa aku tengah sibuk outstation sana sini aku berdoa supaya tuhan jangan matikan dulu atuk aku selagi aku tak jenguk dia..sampai cam tu sekali….sebenarnya disebabkan kesibukan aku, hanya aku dan leen je yang belum balik ziarah atuk..terukkan aku…so bila aku balik tu terus je aku jenguk atuk, leen pun balik so sempat la kitorang pegi, nasib baik atuk masih lagi kenal aku..pas tu yan pulak ada buat kenduri aqiqah umar, satu hari suntuk kitorang jadik penyambut tetamu melayan saudara mara dan orang kampong (cam nama aku pulak hehehe), sebab tu la aku nak mintak maaf kat OO sebab tak dapat datang rumah OO untuk majlis kahwin adik dia…bukan apa, tapi aku pun takleh tinggalkan rumah hari tu sebab kenduri pun habis bila dah lepas maghrib..sorry ye OO 

Selalunya kalau balik kampong aku ada tempat wajib yang mesti pegi dan makanan yang mesti makan hehehe…kali ni aku tak lepaskan peluang makan nasi kerabu ngan solok lada, juga makan sup gear box kat pcb disamping seafood yang digoreng dengan tepung (lagi sekali makan nih..tak abis-abis hehehe), pas tu rantau panjang ngan pengkalan kubur mesti ada dalam list lawatan…

Kali ni, ayip ajak balik kl melalui terengganu, aku ok je sebab dah lama tak lalu jalan nih seingat aku 10 tahun dulu kut..baru dia tahu yang jarak dari rumah aku ke jeti pulau perhentian tu tak sampai pun sejam..pas tu cakap aku apsal tak bagitau, sebab dia memang dah lama nak pegi situ..kitorang sampai ke kt, kat situ berhenti makan kat batu buruk, sambil aku sibuk bagitau kat budak-budak tempat aku outstation..at least dorang dapat la tengok sendiri aku ke kt tu kemana.errr aku singgah lagi ke pasar payang hehehe tapi takde beli telur penyu tau huhuhu..perjalanan hari tu berhenti dicherating bila kitorang ambik keputusan nak bermalam disitu..aku pun dah tak larat dah nak singgah kuala kemaman makan satar sedap..penat betul rasanya..

Next day, lepas breakfast terus bertolak ke kl..sambil tu dapat sms dari kak aidid…ada projek lagi hehehe..projek apa tu?..apa lagi tenguk wayang memoirs of geisha…sampai je kl, petang tu aku terus ke summit jumpa kak aidid ngan waiem..errrr nanti la aku citer dalam next entry ya best ke tak citer nih…lepas abis wayang tu rasa lapar la pulakkan so kitorang lepak kat laksa shack sampai dekat ngan kul 10 malam sebelum balik umah..aku yang memang kepenatan terus je carik bantal..tido la beb..huh..panjangnya aku rasa entry aku nih..korang jangan boring baca dah la ye..bukan apa..kiranya aku balas dendam sebab dah lama tak dapat nak aktifkan blog aku..lepas ni sepatutnya bulan februari ni aku ada 2 projek yang memang aku tak suka..so aku cari jalan cemana aku tak perlu nak buat keje tu, nasib baik misi aku berjaya..hehehe..korang takyah tau la cemana aku buat, yang pentingnya aku dapat escape diri sendiri dari terbabit dengan projek tu..so jangkaan aku yang awal bulan aku akan bizi, jadi kurang la sket walaupun banyak lagi keje lain yang perlu dilaksanakan…hmmm…dapat la aku luangkan masa tengok teater puteri gunung ledang dan aktiviti lain (macam la dalam sibuk tu aku tak de aktiviti pun kan hehehe)….

3 comments:

alia said...

amboi2.. aku pun penats ler baca sebab banyak sangat sextivitynyer..hiks.. paperpun semoga ur ma n atok cepat sembuhh..termasuk ler engko tu jaga kesihatan..

aidid said...

hahahaha. kak aidid tu takde keja ke, asyik ajak pi sana sini. hihi

Orgkampung said...

hehehe..bat..ha ambik tuh...entry panjang sampai tak larat nak baca..tu belum masuk aktiviti lagi tuh...tapi apsal aku larat je jalankan semua benda tu hehehe

hahahahaha...ha ah la kan...kak aidid tu kan memang takde keje punya..(tunggu kak aidid ajak lagi hehehe)