Tuesday, February 07, 2006

MEMOIRS OF A GEISHA DAN SEARCH



AKU dah baca…dan aku dah tengok pun filem ni (sampai aje dari kuantan hari rabu tu, terus aku ke summit nak tengok citer ni dengan kak aidid ngan waiem, penat memang penat tapi berbaloi hehehe) beza?..memang tak sama, penghayatan dan detail dari pembacaan memang tak boleh nak digarapkan semua untuk sebuah filem yang berdurasi kurang dari 2 jam setengah, since aku memang prepare nak tengok citer ni, aku baca dulu bukunya dan bila menonton, terasa dapat hayati setiap scene yang ditunjukkan. aku rasa yang aku dapat selami perasaan chiyo yang kala di usia 9 tahun telah dijual oleh bapanya melalui orang perantara, mr. tanaka kepada sebuah rumah geisha di Kyoto, bagaimana di usia sebegitu muda sudah telah banyak kepayahan yang dilalui sehingga dia terjumpa dengan seseorang yang dipanggil ‘chairman’ dan disaat itu apa yang dilakukan hanyalah kerana ingin mendekati chairman….

Mungkin boleh disimpulkan cinta pandang pertama kepada seseorang yang tidak dikenali, berjumpa secara tidak sengaja, tapi kerana kebaikan yang ditunjukkan memungkinkan perasaan cinta itu. Walaupun kehidupan selalunya tidak seperti yang diharapkan, seperti juga chiyo yang bertukar nama kepada sayuri apabila dijadikan ‘adik’ kepada mameha…walaupun selalu dapat berjumpa chairman di majlis-majlis yang memerlukan khdimat geisha tapi perasaan harus dipendamkan demi kepentingan kehidupan yang dicatur dan diatur…

Sehinggalah selepas 10 tahun penantian…10 tahun yang menyaksikan berbagai peristiwa berlaku, peperangan yang merubah kehidupan..tetapi perasaan tidak akan mungkin dapat diubah walau apa cara sekalipun untuk menafikan…begitu juga sayuri dan chairman yang akhirnya bersatu dalam penantian yang tidak berpenghujung….



Memoirs of a geisha adalah cerita kehidupan seorang geisha dan perasaan seorang sepertinya untuk bercinta dan mencintai..bila membaca cerita ini, baru aku tahu peranan seorang geisha sebenarnya dan yang penting merubah pendapat aku tentang itu…..naskah yang menarik dengan garapan filem yang juga menarik, tiada apa yang istimewa atau menonjol tentang filem ini, tetapi bagi aku ia mengasyikkan…saranan pada yang ingin menonton…perlu lebih bersikap romantik hehehe..dan sesiapa yang sudah menonton mungkin bersetuju dengan aku….

Konsert search datang lagi, kumpulan yang sudah 25 tahun berada dipersada hiburan Malaysia dan memperjuangkan muzik rock buat kesekian kalinya mengadakan konsert mininya di life centre, sabtu 4 februari lepas. Aku tak melepaskan peluang ini, so pada hari yang dijanjikan, aku, waiem dan sempoii dengan bodyguard kitorang sekali hehehe…kira macam hard core fan rock la nih hehehe dah terpacak kat life centre lebih kurang jam 4 petang.. actuallynya aku lambat sket, mana taknya banyak betul halnya seblum aku dapat ambik dorang kat klcc…masa tu dah jam 3.45..gabra jugak sebab tiket tak beli, mana la tahu kan tetiba sampai kat sana, tiket sold out pulak, harusla pulakkan kitorang buat konsert sendiri hehehe…tapi nasib baik..sampai je terus dapat beli tiket..

Pintu channel dance club dibuka jam 4.30 petang tapi konsert hanya start jam 5.30 petang, amy mohon maaf atas kelewatan..jawapan standard biasala kan masalah teknikal, tapi rasanya mat-mat dan minah-minah rock tak kisah bila konsert yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam tu memang best. Amy memang bertenaga, dengan umurnya yang dah 50 tahun tu tapi masih lagi boleh tarik suara dan performed macam 25 tahun yang dulu…lebih kurang 20 lagu dinyanyikan, walaupun takde lagu popular seperti Isabella, gadisku atau mentari merah diufuk timur, tapi kitorang tetap terhibur dengan lagu-lagu pilihan yang kebanyakan lagu rancak sesuai la untuk konsert kan..aku, waiem ngan sempoii maintain je kat meja kitorang walaupun yang kat depan dah start head bangin’ dah hehehe..tapi bila keluar dari life centre tu suara masing-masing cam serak-serak la pulak..apa taknya kat dalam tu bising sampai tak hengat dok melalak sekali ekekeke…

Overall, aku rasa puas hati la dan aku rasa begitu jugak la dorang yang memenuhi life centre hari tu..so sesapa yang nak ajak karaoke lepas nih..kira boleh je la kan pasalnya suara kitorang dah asah dah hehehehe :-)

7 comments:

alia said...

AMBOI2...penuh sextivity yeww.. err belum berkesempatan nak nengok lagi ler MOG tuh..

Orgkampung said...

hehehehe....sextivity mesti sentiasa penuh, kalau tak nanti bat..aku mesti jadik cam budak lembab ekekekekeke

aidid said...

byknya nama kak aididdd

Anonymous said...

weh sapa yg tak ingat sapa ni weh, ko pergi MOG tak ajak mek ya. tak pa takpa.

finally, dah boleh giler kuasa, wendu kat korang semua.bila nak jumpa nih.


*tak yah namakan*hehehe

Orgkampung said...

OO..keno gi tengok OO...baghu bleh relate :-)

akak..tu arrrr...tak larat saya nak tulih..asiklaaaaa nama tu je yang kuar huhuhu

ohhhhhhh...temanku..kemana ko menghilang....ampun sebab takleh nak ajak masa nak gi tgk tu sebab aku pun ala-ala bangun tido terus mandi aleh-aleh dah kat summit huhuhu..takpe ye nhk...kita gi tgk yang lelain pulak...takpun nanti kita karaoke nak hehehehe..errrr m.nasir sunday nite life boleh layanzzzz tak? :-)

Anonymous said...

memangg tau. kecik hati I tau. hehe. bila korang pergi nih? my fren pergi kata dia nangis.
u, Kate cam minat nak pergi M Nassir tu, tapi I macam kurenglah MNassir tuh. hehe.

Orgkampung said...

nhk..jom arrr m.nasir, plan ngan kak aidid (lagila....nama ni huhuhu) ngan waiem nak gi 19hb ni kot..kena pakai baju putih gittew hehehehe...jom laaaaa...dah lama tak gebang sesama nih....kena la warm up nanti kan nak gi konsert af4 sesama lagi hahahahaha..