Thursday, May 11, 2006

PERASAANKU...

AKU kagum dengan kawan aku sorang ni, dia ni single mother….ada anak sorang dan dah beli apartment sendiri, baru ni mak dia tinggal sama dia setelah ayah dia meninggal…aku tengok dia ceria aje….tapi mana aku tahu dia ada masalah sendiri kan, dia besarkan anak dia sorang-sorang sampai la anak dia dah darjah empat sekarang ni….jaga mak dia sorang-sorang….sangat cekal sekali…aku respek dengan dia, disebalik semua tu, dengan keadaan dia cam tu, tapi aku lihat dia berjaya…semangat dia yang buat dia cekal dan berjaya….aku respek sungguh…

Aku jugak kagum dengan kawan aku yang sorang lagi ni, bekerja macam aku dan punya anak lima….aku kagum macamana dia bahagikan waktu dengan anak dan kerja dan suami dan yang bestnya tu, sangat aktif dengan kerja-kerja sosial…aku respek dengan kawan aku yang pandai jalankan tanggungjawab serentak, tanpa ada keluhan…ceria aje dia layan anak-anak dia, suami dia dan kawan-kawan….sungguh aku respek

Aku juga respek semua ibu-ibu, walaupun aku tak kenal macam kawan-kawan aku yang lain, tapi aku percaya…mereka semua wanita dan ibu yang cekal..sabar dalam menangani segala apa cabaran dan rintangan…….sangat-sangat aku respek…kalau sekiranya aku dilahirkan semula…takkan aku minta tuhan lahirkan aku menjadi yang sebaliknya kerana aku juga ingin merasa seperti wanita dan ibu yang disanjung anak-anak, disayangi dan di hormati oleh mereka yang lain….

SELAMAT HARI IBU….

No comments: