Thursday, May 11, 2006

SEDIH DAN GEMBIRA...

SELASA tu, pepagi lagi aku dah keluar rumah, alasan keluar pagi ingatkan dapat la elak dari jalan sesak..lagipun hari tu terpaksa pegi seminar…elok je nak keluar dari kawasan rumah aku tu, berderet dah kereta…aku pun dah silap pilih jalan, sebab jalan tu akan menuju ke MRR2 yang ditutup, so jem dia lain macam sikit la…takpe la..terpaksa gak la, so aku follow je lah kereta, kira aku dalam queue la..tup tup…lepas lebih kurang 1 jam tak gerak-gerak…kat sebelah aku dah ada satu trailer panjang…uiks..heran aku, mana datangnya pulak trailer nih, pas tuh cam cantik je terus potong queue….ingat orang lain suka ke stuck kat dalam jem nih, ingat orang lain pun nak berleisure ke kat situ…mesti la semua orang nak cepat kan…..si trailer ni ingat dia je la yang keje kot…

Nak jadi cerita, entah mana silap, trailer tu dah langgar kereta aku, terkena sipi belakang..bumper terjatuh sket dan yang paling aku pedih…ada tergarit sket..aduiiii….sakitnya hati rasa….masa tu jugak aku dah takde mood nak pegi seminar ke…opis jauh sekali la….aku buat u-turn lepas tol, balik umah…..balik tu ayip tengokkan kereta, betulkan balik bumper tu, nasib baik semua clip boleh pakai..pas tu cakap kat aku, dah boleh bawak….nak tak nak terpaksa gak la pegi….dan this time aku ambik jalan lain…tak hingin nak lalu tempat tadi huhuhu…

Sampai kat tempat seminar still takde mood, cari alasan report tak siap so aku balik opis…kat opis baru la relax sikit. The next day, aku call sorang member yang dah lama tak jumpa..kalau tak dulu selalu gak la ada aktiviti makan-makan, gathering hari raya ke, buka puasa kat opis dia ke *wink to Wink*…then tengahari kitorang jumpa setelah lama tak jumpa…seingat aku last aku jumpa wink masa buka puasa kat opis dia dibulan puasa lalu..betulkan wink? hehehe..borak-borak, wink cerita dia tengah tunggu satu berita ni, memang penting punya berita…dan yang bestnya..lepas makan tu, dapat sms..berita yang ditunggu-tunggu dengan cemas pun dah dapat, dan berita yang dapat tu pulak berita yang sangat gembira…tahniah wink..seperti yang di sms..jangan lupa arrrrr hehehe..selamat menempuhi alam baru..semoga dapat melaksanakannya seperti yang diharap…

Kat sini jugak aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada seseorang…..u know who u are ye…semoga gembira selalu dan harap dapat segala apa yang hendak dicapai dan diimpikan…nhk…esok jangan lupa muahahaha

Kereta aku tu, tak buat report polis pun, rasa cam tak berbaloi dan aku malas….nanti je la aku pegi touch-up….dalam hati rasa sedih sangat..tapi nak buat cemana kan….terima je la…

No comments: