Monday, May 22, 2006

SERONOK...

BETUL lah…..kalau kita ikhlas dalam memberi, akan datang kebaikan dan rezeki untuk kita…..pasti. bila aku renung kembali…itulah hikmah yang aku rasai sekarang…segala yang hadir lately aku rasakan sebagai balasan atas apa yang telah dilakukan dahulu…sungguh aku tidak sangka….aku sangat bersyukur ……

Okke…jumaat malam tu, kira macam malam tengok wayang untuk aku dan geng menonton wayang yang setia hehehe..apa taknya…back to back dari jam 8.30 malam sampai jam 3.00 pagi muahahahaha…..first kitorang tengok man laksa…tak tahan ketawa pecah perut, jalan cerita bagi aku agak boring, kalau compare ngan rock, aku lagi suka citer rock, tapi citer man laksa nih lawak dia bukan pada jalan cerita tapi karakter yang ada dalam filem tu…memang lawak muahahahaha….

Highlight of that night sebenarnya nak tengok da vincci code…memula dapat info, citer ada jam 11 lebih so kira orait, lepas man laksa terus next one lak…tapi bila dah sampai gsc, rupa-rupanya tayangan sebenar jam 12.15 dan 12.30, rasanya ada 3 panggung untuk setiap tayangan….orang punya la ramai….cepat je semua panggung tu penuh, dah sampai giliran nak beli tiket…alamak seat lak kat 2 baris depan skrin..aisey…letih la kepala nak dongak cam ni hehehe..okke takpe..kira gamble..beli tiket man laksa dulu nanti lepas tu, baru tengok tiket da vincci code balik….lepas abis tengok man laksa dah dalam jam 10 lebih, so lepak la makan-makan dulu….orang still ramai tengah beratur….nampak kat skrin tiket tu, jam 11.45 dorang akan released reserved tiket, apa lagi terus pasang strategi dan akhirnya berjaya muahahaha..elok je sampai kat kaunter tinggal lagi seminit nak jam 11.45, so kitorang pun dapat ler tiket reserved..seat kira best la kan…

Citer ni banyak suspen, taknak citer lebih sebab masih panas lagi kan..kalau nak tahu tengok sendiri ler hehehe…tapi yang kelakar, ada satu scene tu, semua orang senyap je, tetiba bila keluar satu scene suspen ni, aku ngan kak aidid jerit cam tak ingat dunia muahahaha….kita 2 orang je pulak tu…sib baik gelap, takde la orang nampak hahahaha…memang puas hati ler tunggu nak tengok citer ni sebab berbaloi…aku dengar untuk tayangan pembukaan minggu lepas dorang dapat 800 million kutipan, kedua tertinggi selepas star wars yang kekal nombor satu dengan kutipan 900 million….giler kan..kejap je dah pulang modal….

Sabtu…..aku dah ada date menunggu dengan nhk dan bat88…aku sms orang ni, alamak takleh lak sebab dia ada treasure hunt (dengar citer menang mp3 hehehe)…kejap tu, darlinglara pulak join kitorang, member baru habis keje….so lagi meriah la table kitorang….lepak-lepak ngan dorang sebab dah lama sangat tak jumpa…citer biasa la berkisar dari gossip hingga la kepada rancangan yang akan hadir tak lama lagi..apa lagi kalau bukan af hehehe….siap malam tu, serangan sms bertalu-talu dari nhk..muahahahaha…kesimpulan yang aku dapat buat,….nhk DAH DEMAM.. hahahaha….aku?..errr aku belum lagi la…nhk siap dah tahu dah sapa dia nak afundi untuk musim ni…”wei beb….i leave it to you to reveal muahahahaha”…dan kepada bat88…ko tahu la kan apa yang ko kena buat muahahahaha…..eh satu lagi kengkawan….gossip tak ingat hari tu, aku sampai lupa nak bagi present b’day yang dah basi muahahahaha…..next time jumpa jangan lupa claim yach :-)

No comments: