Thursday, May 25, 2006

JANGAN BIAR HIDUP DI SELUBUNGI MISTERI HEHEHE

KAT rumah ada kejadian pelik berlaku…..sebenarnya it started dalam bulan april camtu, ada orang call rumah, mula-mula tu ammanda yang jawab call tu, aku tak berapa dengar apa yang dibualkan sebab aku kat dalam bilik dan aku ingatkan itu memang kawan-kawan dia yang selalu call dan borak pasal homework…..

Tapi malam tu, bukan sekali phone bunyi tapi berkali-kali, so aku rasa cam pelik, aku tanya girl sapa yang call, dia cakap dia tak kenal..then aku heran la, kalau tak kenal kenapa orang tu boleh call banyak kali…aku ingat kawan-kawan dia yang saja nak main-main….

So bila phone bunyi lagi, this time aku yang jawab….dengar suara perempuan..suara agak perlahan sampai memang aku tak berapa jelas apa yang dicakapkan…cuma aku rasa dalam masa lebih kurang 10 minit aku bercakap dengan dia…..dia bagitahu yang dia ni orang yang jaga hal ehwal murid di sekolah, aku tanya kenapa dia call?...dia cakap dia nak nasihatkan ammanda sebab dia dapat komplen dari cikgu-cikgu, 3 orang cikgu to be exact yang ammanda ni buat bising dan tak nak dengar cikgu mengajar dalam kelas…huh?????...serius bunyi nyer kan…..so dia citer lagi, dia cakap cikgu-cikgu tu bagitau kat dia, yang dorang dah fed-up nak nasihatkan ammanda, so dorang report dan tulis dalam buku report…..segala report yang ditulis dalam buku tu, akan diambil tindakan oleh dia ni lah…dia kenalkan diri dia puan m….dipendekan cerita, aku cakap la kat dia, nanti aku slow talk dengan ammanda dan tanya apa yang terjadi sebenarnya…..lepas dah abis cakap tu, aku pun tazkirah la si ammanda, next time jangan bising dalam kelas masa cikgu ada…bla..bla..bla (kesian ammanda, cam boring je dengar syarahan aku muahahahaha…tapi try buat muka interested muahahahaha)

Dan aku pun, the next day…..terus la pegi sekolah girl kan, takkan nak terima je semua citer tu, aku pegi sekolah sebab nak jumpa si puan m ni dan nak mintak dia explain sendiri depan aku, aku akan jumpa juga cikgu-cikgu yang komplen nih, tapi yang lebih pelik, bila aku tanya puan m ni, nama-nama cikgu yang komplen dia pun dengan konfiden bagi la nama-nama cikgu tu….bila aku tanya ammanda, dia jawab nama cikgu tak sama dengan nama yang puan m tu bagitau aku…ini sudah lain kan hmmmm…

So, bila dah sampai sekolah, aku terus ke pejabat…sebelum sampai pejabat…aku terserempak dengan teacher s, guru kelas ammanda yang mengajar English (puan m cakap cikgu yang komplen tu ajar math, English dan bahasa…dia dah bagi nama salah sebab aku memang kenal teacher s ni dan tahu dia yang ajar English untuk kelas ammanda), bila jumpa teacher s, aku tanya dia….ada tak sesapa kat sekolah ni nama puan m yang jaga hal ehwal murid…..apa lagi teacher s buat muka blur la….dia kata takde…even kaunselor sekolah pun belum ada lagi….aku pun siap la citer kat dia hal semalam, tanya dia betul ke ammanda selalu buat bising dalam kelas, tak pay attention dalam kelas…dia kata takde la…ammanda ok je…so aku mintak dia tolong tengokan ammanda since dia guru kelas, takut juga kalau-kalau something happen kat ammanda masa kat sekolah kan....

Dah lepas jumpa teacher s, aku masuk pejabat nak mintak jumpa ngan guru besar, tapi dia takde…so aku tanya ada tak orang yang jaga hal ehwal murid, dia kata takde cuma ada seorang staf yang tugas dia lebih kurang la cam kaunselor tapi bukan kaunselor…ish korang paham tak nih? Hehehe…so aku mintak nak jumpa dengan dia….tapi nama dia bukan puan m, yang ni puan r…..bila aku cerita kejadian tu, dia pun cakap memang bukan dia…dia bagitau lagi ,sekolah takkan telefon waktu malam kalau ada hal yang memerlukan sekolah menelefon pihak ibu bapa (take note kepada mereka yang ada anak-anak sekolah ye…), so memang confirm bukan pihak sekolah yang terlibat…habis tu…sapa puan m nih??????

Malam tu, phone rumah bunyi lagi, this time semua orang dalam rumah dah suspen sebab aku dah citer semua apa yang terjadi kat sekolah…budak-budak pun dah cam takut….bila phone bunyi, girl angkat, dengar suara dia je, .letak…bunyi lagi..angkat…letak…2, 3 kali cam tu, bila bunyi lagi, ayip angkat, terus cakap nak buat report polis kalau ganggu lagi…

Kejadian tu bukan hanya berlaku sebelah malam, tapi waktu siang pun, so aku dah siap-siap pesan kat maid aku, jangan layan sebarang call atau sapa-sapa yang tak kenal yang datang kat depan rumah, pesan kat ammanda ngan izzad, jangan cakap dengan strangers masa tunggu van atau masa berada diluar kawasan sekolah…memang aku risau dengan keselamatan dorang…..selepas ayip threatened nak report polis tu, dah takde la si puan m ni menelefon lagi…until 2 hari lepas….waktu tengahari dia call dan menyamar jadi aku huhuhuhu….maid aku yang jawab telefon tu, pas tu dia suruh maid aku pegi ambik something kat kedai, kata dia dah beli barang, pegi ambik barang kat kedai…maid aku heran sebab aku tak penah buat cam tu….tak pasal kena marah kat aku sebab dah kenal tu bukan suara aku pun sibuk nak melayan orang saiko cam tu….padan muka kena bebel ngan aku hehehehe…..jenuh aku pesan kalau dia tepon jangan layan letak je tepon tu…so sekarang ni, memang misteri betul, apsal orang tu call rumah aku….saiko betul kan….

No comments: