Monday, July 10, 2006

BERLALU ATAU BARU LALU?

ALAAAA…..kenapa kejap je musim dia datang…aku tak puas lagi nih nak menatap corak permainan, skil yang ditunjukkan oleh setiap pemain dan yang paling penting pemain-pemainnya yang taste dan star gittew hehehe…

Pagi tadi, berakhir la sudah piala dunia yang berkesudahan dengan penaltI yang menobatkan itali sebagai juara dunia mengalahkan peranchis….memang best dorang main, bola bagai melekat di kaki..baik itali mahupun peranchis, mutu permainan yang ditunjukkan memang bertaraf dunia..apatah lagi minit ke 7, bila zizou menjaringkan penalty…fuhhhh…memula tengok tu aku macam tak caya bola tu masuk sebab sekali imbas memang cam tak masuk…itu lah skill namanyakan..tak pun nasib baik hehehe…tapi apsal la zizou hilang cool dia, yang menyebabkan kad merah dilayangkan pada penghujung minit masa tambahan dikala itu adalah permainan terakhir zizou dipentas dunia..ish…frust aku tengok…takpe la…semua tu dah berlalu…sebulan yang penuh dengan tidur yang kurang, mata yang kuyu dan bawah mata yang aku rasa bertambah ler lebam hehehe..tapi rasanya puas sangat…walaupun pasukan favourite aku keluar dulu, aku tak kisah sangat sebab setiap pasukan yang bertanding sememangnya layak berada di german…hmmmm nak citer semua nih, tak buat keje la jawabnya aku nih hehehe…

Sabtu…aku text orang tu, pegi ke?...bila ok je…aku pun ok gak le..hehehe…sebenarnya itu ler pertama kali untuk tahun ini, aku turut serta memeriahkan konsert af musim ke empat ni, tak seperti tahun sebelumnya yang begitu mengujakan, this time rasanya aku lebih kepada untuk berhibur..terima kasih kepada sm kerana sudi bagi tiket, suasana sebelum konsert aku lihat agak meriah..aku masuk ke dewan agak lambat dan aku perhati ada ramai penonton yang tidak memiliki tiket sedang beratur untuk menunggu giliran masuk sekiranya masih ada lagi tempat yang bersisa….jika sebelum ini, di tv, aku lihat dewan yang tak penuh, tapi malam tu semua seat dipenuhi…aku malas nak cerita perjalanan konsert dan persembahan pelajar kerana sudah ada banyak blog yang bercerita..cuma aku tumpang sedih dengan terkeluarnya diddy dari akademi, aku faham perasaan bad selaku presiden diddy fc, tapi bagi aku, itu adalah petanda baik untuk bad sekiranya beliau benar-benar ingin membantu karier diddy…lebih cepat bad dapat bantu diddy lebih bagus kan…lebih baik fikir kesan positif daripada penyingkiran ini supaya segala kerja tidak terganggu dan perasaan tidak terlalu terbawa-bawa yang mungkin lebih menyebabkan kita lebih ‘down’…..hmmm rasa cam baru je perasaan nih berlaku kat diri sendiri hehehe….apa aku buat?...luahkan kepada mereka yang mengerti dan memahami…dan juga yang kita boleh bermanja la kan muahahaha….

So, hari ini….semua akan kembali seperti biasa..tiada lagi sms ditengah pepagi buta….ye ke? Muahahaha…..semoga segala apa yang kita usahakan walau untuk apa tujuan….mencapai apa yang diimpikan…

No comments: