Monday, July 31, 2006

PENGHARGAAN ATAS KERJAKU YANG SEDIKIT...

PERNAH tak korang rasa dihargai?...eh mesti pernah kan…tak kira la dari sapa-sapa…tapi yang aku tanya ni, perihal keje….pernah tak, bila sesatu keje tu memang dibuat sebab itu adalah sebahagian dari tugas, tapi kesan dari outcome tugas yang dilakukan itu sebabkan korang rasa cam terharu kerana penghargaan ikhlas yang diberikan…..ia baru berlaku pada aku minggu lepas…..

Lepas aku balik dari outstation, seperti biasa aku mesti kena buat repot la kan…so hari jumaat memang hari yang sangat sibuk apatah lagi aku terpaksa keje pulak hari sabtu sebab ada meeting….sampai aku lupa, hari jumaat tu ada meeting yang penting yang kesannya boleh mengubah kehidupan seseorang di masa depan….memang aku tak perlu attend meeting tu pun, tapi aku dan beberapa orang yang mulakan keje tu from scratch sampai la kepada penyediaan repot untuk meeting jumaat tu….dan aku pulak lupa nak tanya, apa keputusan meeting hari jumaat tu….

Ahad, waktu aku sibuk-sibuk bersiap nak pegi kenduri aku punya staf nikah…tetiba aku dapat sms dari seseorang….dia ni coordinator yang banyak tolong aku masa proses untuk menyiapkan keje tu…. dalam sms tu dia citer yang dia dah tanya keputusan meeting jumaat tu…jawapan yang positif, dan dia sangat berterima kasih pada aku kerana hasil usaha keje keras aku tu, dorang dapat feedback yang positif…aku reply sms dia…ucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha dia sehingga berjaya….lepas tu aku terus dapat call dari dia…tak putus-putus ucap terima kasih pada aku, walaupun aku terangkan pada dia yang dah memang itu keje aku, bagi aku tak ada apa yang extra yang aku buat pun…tapi aku sangat terharu…daripada keikhlasan tutur bicaranya menyatakan rasa terima kasih, tak terbalas jasa dan macam-macam lagi yang aku rasa cam…adoi….apa je la contribution aku..baru aku realize, betapa keje yang dianggap biasa oleh kita sebenarnya memberikan kesan yang mendalam lagi bermakna kepada mereka yang lain terutamanya kepada mereka yang menerima kesan langsung daripada keje kita itu…tak penah aku rasa cam tetiba macam wahhhhh….aku dah buat something yang bagus…..langsung aku tak terfikir hingga begitu sekali penghargaan yang diucapkan….sampai aku rasa cam….takpe lah kalau aku tak dapat reward apa-apa pun, janji keje yang aku buat tu dihargai…..sepanjang semalam…aku rasa semua benda yang berlaku cam best je….begitu besar impak….tidak tercapai walaupun penghargaan material diberikan…benar lah seperti di kata….berikan sedikit pujian dan sanjungan agar orang lain mendapat keceriaan…besar pahalanya…..betul kan

No comments: