Friday, July 28, 2006

OUTSTATION YANG 'SAKITKAN' AKU...

BARU dapat updet hari ni, seperti biasa tugas untuk outstation memanggil…kali ni aku ke Aloq Setaq…destinasi keje pulak sebenarnya lagi ke utara iaitu ke Sintok. So ahad tu dah terpaksa ke sana sebab hari isnin dah mula keje….sampai je airport, wahhh dah siap pun airport baru, canggih la…memang cantik airport kepala batas kalau nak banding ngan dulu la kan…tapi, keluar je dari airport tu, adusss panas nya cuaca….rupanya dah seminggu tak hujan, so cuaca memang ekstrem panas….kat belah utara, kalau panas memang terik sekali compare ngan kat kl…

Aku nak komplen sket ngan hotel kat alor setar, dorang cakap hotel yang paling baik sekali ialah holiday villa….yang betul-betul kat tengah town..so kitorang pun buat booking kat hotel tu la, tapi yang tak bestnya…hotel tu sentiasa penuh sebab ade je orang kerajaan yang buat function kat situ….dan aku rasa sebab tu la menyebabkan service yang diberikan pun kureng sket….bab makanan pun bagi aku tak best sangat..so kepada sesiapa yang nak ke kedah, try la cari hotel lain walaupun depa kata hotel lain lagi teruk..ataupun..cari ler rumah member hehehe…

Urusan keje memang kena buat la kan, so takyah citer bab keje sebab boring…..aku nak citer kisah aku yang tak berapa sihat kat sana, bermula first night sampai ler ke hari aku nak balik..tak tahu apsal, aku boleh kena sakit perut dan sakit kepala yang boleh tahan la teruknya….aku rasa mungkin sebab perut aku terkejut ngan makanan yang banyak yang dorang suh kitorang makan…memang dorang layan cukup-cukup la kitorang yang jadi tetamu ni, pas tu….aku rasa makanan yang aku makan cam pelik dan memang perut aku takleh terima agaknya…..selalunya kalau aku pegi mana-mana..syiok je aku citer bab makan ni hehehe…tapi this time memang aku suffer abis…asal aku makan lebih sikit je, mula la dah tak sedap badan….memang meletihkan aku rasa…tapi disebabkan aku terpaksa abiskan jugak keje aku, so aku paksa jugak buat keje sampai abis, kalau tak lagi aku takut kalau takleh balik on time huhuhu….

Dalam pada aku tak berapa sihat dan menahan sakit tu, sempat lagi la dorang bawak pi makan laksa kedah yang best dorang cakap kat kuala kedah, then dorang bawak makan sampai ke perlis, ke sebuah kedai makanan kampong kat pokok sawa (sawa ni orang utara je yang paham, sebenarnya sawa ni ciku hehehe)….masakan kat kedai tu memang best tapi biasalakan since aku dah serik dan still sakit, makan pun berhati-hati jek….tak penah-penah ler makan sket aje muahahaha…..since kedai makan tu kat perlis, so dorang yang tahu dulu aku sekolah kat perlis (kat sana aku jumpa sorang senior n sorang junior aku masa kat sekolah…best sangat dapat citer balik kenangan kat sekolah….macam orang tu yang teringat zaman sekolah bila tengok citer top gun muahahaha) apa lagi terus bawak aku ke sekolah lama….berhenti kat depan sekolah yang dah hampir 2 dekad aku tinggalkan memang terasa nostalgia….bila dah ada kat situ, dan dan terus aku flashback satu satu peristiwa dan pengalaman yang penah aku alami kat situ…dorang ajak masuk, tapi aku tak nak sebab kalau aku masuk nanti silap-silap takmo balik pulak hehehe…mungkin satu hari nanti aku akan datang lagi…..so aku rasa dah lengkap kembaraan aku tahun ini, cukup 14 buah negeri aku jejak…rasa sangat puas hati…sewaktu aku tinggalkan alor setar….hujan turun dengan lebat…..

Malam tadi sekali lagi aku tonton explorace…kali ni explorace ke selatan, 2 grup ni memang kelakar abis terutamanya yang couple china, si james ngan andy kut..tak ingat nama dah…tapi dorang ni memang cam clown la…gelak je tengok dorang cuba nak menari zapin…tarik orang dewasa dalam upih dan banyak lagi aktiviti lasak yang dorang kena buat…memang kali ni semua tugasan mencabar, tapi peserta pun best je, takde la yang give up ke, mengeluh ke….next week pulak ada satu lagi last grup untuk first round sebelum dorang ke second round pula….ada peluang tonton la ye sebab bagi aku terhibur disamping boleh tahu tempat-tempat yang menarik di Malaysia ni…lagipun next year kan tahun melawat Malaysia…..boleh prepare dari sekarang destinasi percutian :-) …..Selamat berhujung minggu…

Aku juga nak ucapkan tahniah pada ijip kerana baru melahirkan baby boy dan baru tadi aku dapat berita gembira dari bat88 lak...dia pun baru saja melahirkan baby girl....hmmmm bestkan...berpasangan lak hehehe....semoga dorang sihat disamping cahaya mata masing-masing..

No comments: