Monday, October 16, 2006

TERCAPAI...

SEMINGGU lagi kita akan meninggalkan ramadhan….berbanding tahun lepas, tahun ini aku rasa ramadhan aku sangat mudah…mudah maksud aku adalah mudah untuk aku mengawal diriku…hati dan perasaan maupun perbuatan….tunggu lagi seminggu je..semoga aku tidak akan letih….

Weekend yang lepas adalah yang paling sibuk…tidak penat sebab biasala kan kalau nak membeli keperluan hari raya (read:shopping ler hehehe) mana ada aku akan penat…tak kira disiang hari masa puasa ataupun selepas berbuka…hari sabtu, aku ke klcc, cemana la aku boleh kesana kalau nak cari baju tradisional? Jalan TAR…..tempat yang harus dielakkan buat masa ini, memang aku tak jejak kesana pun…lagipun dah dapat info awal-awal katanya akan berlaku sesak yang luar biasa pada ahadnya, maka memang aku elakkan..lain la orang tu *jelling nhk*….antara yang berada dalam kesesakan pada hari tersebut hehehe…

Selepas buat booking untuk berbuka kat bukhara, maka tugas sebenar bermula…tapi kalau dah sampai klcc pun jam lima, apa yang boleh dicari sementara menanti masa berbuka?. Dah lepas buka tu, baru realize yang misi untuk mencari baju tradisional kat klcc tidak akan berjaya hehehe, so lain la pulak yang dapat muahahaha….yang bestnya siap detour ke one utama pulak, perasan tak tempat yang aku nak cari kononnya baju tradisional ni cam tempat favorite aku shopping barang lain kan muahahaha….so sendiri mau ingat la, memang takkan jumpa punya la apa yang nak dibeli sebenarnya kan, melainkan barang-barang lain la pulak yand dibeli huhuhu….

Esoknya….sebab taknak gagal seperti hari sebelumnya, jam 11.30 pagi lagi dah keluar….balik je aku dari kelas ngaji, dorang semua dah tunggu…tunggu aku tukar apa yang patut then…misi bermula lagi..kali ni, awal-awal lagi dah dapat info…rupanya selain dari jalan TAR yang sesak itu, boleh juga ke kompleks PKNS, tapi kat shah alam la pulak,rasa cam jauh sangat….haaaa…..cadangan teman ngaji memang bagus dan aku tak terfikir pun kat situ…so keputusan dibuat….ke ampang park saja….dan tak sia-sia, sebab kat sana, semua orang dapat beli baju melayu dan baju kurung masing-masing…..so misi 2 hari sudah terlaksana…semua orang senang hati..menunggu ketibaan aidil fitri….

No comments: