Wednesday, October 11, 2006

CERITA SEMALAM...

SEMALAM, orang selangor cuti….setiap kali bulan puasa, macam tu la keadaan bila selangor cuti..mesti kl yang jadi mangsa, apsal la masa tu la dorang sibuk datang kl nak ber shopping?, dorang tak tahu ke disebabkan dorang yang bersesak kat kl ni hingga menyusahkan orang yang bekerja kat kl nak balik sebab terperangkap dalam sesak…tak kira la sesak apa…ada yang sesak dijalanraya pasal kereta banyak, ada yang sesak dalam komuter, lrt, monorail maupun bas sebab orang extra ramai….

Apsal dorang tak duduk rumah je…dah diberi cuti, ambik la peluang berehat kat rumah, dah namapun cuti…bercuti la dari segala aktiviti kan….ni tak..ada je yang sibuk nak gak keluar rumah hehehe…..takpun kalau nak sangat ber shopping, kenapa tak pegi je shopping complex yang ada kat selangor? Subang parade tu kan ada..takpun warta kat bangi tu ada gak, billion kat kajang pun ada gak..tak pun pegi je la seremban ke..cari la mana-mana shopping complex yang negerinya pun bercuti kan..baru la tak nyusahkan orang lain…ini tidak….masih lagi la sibuk nak datang ke kl jugak…orang seremban pun sibuk berangkut anak cucu satu isi rumah datang….alasan sebab nak beli baju raya, nanti kalau tak dibawa, tak tahu saiz..hmmm

Yang jadi mangsa….orang yang keje kat kl la jugak…dah la tak cutikan….lepas tu disebabkan extra orang dihari cuti yang orang kl tak dapat cuti tu, terpaksa la pulak berbuka ngan air liur bagi mereka yang tak sempat nak beli apa-apa untuk berbuka sebab terpaksa berbuka dalam kenderaan…terpaksa la kena tahan bersangkut-sangkut ngan kenderaan lain kat jalanraya sebab jalan tu sesak ya amat sampai tak bergerak walau seinci pun kenderaan yang kat depan..kalau selalunya sempat sampai rumah sebelum waktu berbuka, tapi semalam sampai rumah masa orang lain dah balik terawih bagi mereka yang buat 8 rakaat tu hehehe…

Ok la….kalau orang yang bercuti nak datang shopping kat wilayah yang tak dapat bercuti…aku rasa perlu ditetapkan had masa orang-orang ni berada dalam kawasan kl hehehe…dorang ni boleh datang dari jam 10am sehingga jam 4pm je….sebelum jam 4, dorang dah kena balik dah…siap tak siap shopping belakang kira…kalau tak siap jugak selepas jam 4, dorang takleh keluar dari kl sampai la jam 10 malam....amacam….boleh forward kat datuk Bandar tak proposal aku nih hehehe…..

errrrr…..ini luahan dari seseorang yang jeles tau sebab orang tu tak dapat cuti semalam…aku tolong letak je kat blog ni muahahahaha

No comments: