Tuesday, December 05, 2006

OUTING YANG LAMA...

AKU tak akan pegi lagi ke PC fair…full stop..adoiiii….giler betul ari ahad tu, ni gara-gara si has yang ajak aku pegi sana la, aku rasa cam baru lepas buat saie jek muahahahaha….imejin la, bila dah beli barang yang kitorang nak, nak balik je, kena hadapi beberapa event halls yang orang nya bersesak mengalahkan tengok konsert…arrrghhhhhhhh tension jap…

PC fair yang start dari jumaat sampai last day ahad tu, sebenarnya aku malas nak pegi. Walaupun adik aku ajak pegi tapi aku tetap taknak, sampai la ari ahad tu…dah janji ngan has, dah buat appointment dah pun sebulan yang lepas, tapi disebabkan appointment tu ditukar masa, ingat en route je la ke OU…alih-alih appointment tak pegi, tapi kitorang dok bersardin kat convention centre muahahahaha

Sampai kat CC, wahhhhhh parking sumer full beb….tunggu jap kat entance parking tu hehehe…nasib baik adik yang jaga parking tu baik suh kitorang tunggu, kalau tak, mau nak kena menapak (phobia aku kalau nak kena keluar peluh di tengahari tu eeeeeeeiiiiiii)..dapat parking…setttttt…terus masuk hall…first hall tu cam best arrrr….aku yang memang taknak pegi ni tapi bila dah pegi ni…ada je la kan menda yang berkenan nak di beli hehehehehe….lepas agak lam sejam, barang canon dah dapat…has pun dah dapat apa yang dia nak, so terus cakap ngan dia, kita pegi sebelah je la…yang horrornya, bila nak keluar tu la….dah la masing-masing barang besar-besar, nasib baik gak barang has tu dapat free troli (bagus dorang nih dah pikir sesiap betapa susahnya nak bawak barang yang besar nak melalui lautan manusia huhuhu) manusia punya la ramai takyah nak cakap….dewan yang ber aircond tu aku rasa panas je, pulak tu dari first hall tu…bila nak keluar kita kena melalui semua hall..imejin dari hall 1 sampai hall 5, dengan orang punya la ramai yang aku rasa separuh dari orang kat kl nih ada kat situ masa tu…..

Pulak tu, disebabkan kena lalu semua hall, lift untuk ke parking dah silap masuk…sampai parking je…ehhh mana kereta ekkk…jenuh pulak la cari kereta ngan barang-barang muahahaha…..akhirnya lepas dah letih giler, muka dah masam cam cuka dan dengan kelaparan yang tahap boleh makan orang muahahahaha…..mission accomplished

Tapi yang bestnya….tak kira penat nih, nak gak pegi klcc muahahaha….si has konon-konon nak beli jeans la..lepas tu, sebab dah terlalu lapar, cari tempat makan dulu…baru la boleh duduk ngan relax, fuhhh imejin dari sejak masuk pc fair sampai ler beberapa jam kemudian baru la kitorang dapat rehatkan kaki….terasa cam dah turun beberapa kilo lak hahahahaha…tapikan dengan apa yang kitorang makan tu kira cam back to square one je hehehe….tapi kat klcc pun orang bertali arus..punya la ramai…sekarang mission kedua pulak…apa lagi kalau tak shopping muahahahaha…..yang ni aku malas nak citer detail sebab end up aku yang shopping mengalahkan has muahahahhaa…hmmmm what did I get?...aku dah beli skincare range aku yang dah abis….aku tambah sendatkan lagi lemari baju kat umah hehehe and oh ya, aku beli satu cd special…nanti later aku citer pasal cd ni…

Outing aku ngan has dari jam 12 tengahari sampai umah jam 9 malam….best tak hehehehe and pleaseeeeeee….lepas ni, jangan ada sesapa ajak aku shopping lagi melainkan kalau korang nak bagi aku duit hahahahaha (updet: semalam….lepas keja aku gi midvalley….aku terbeli blouse and jeans oppppsssss muahahahaha)

No comments: