Monday, December 11, 2006

SETIA...



DAPAT buku tu hari rabu, tapi weekend baru ada masa nak baca…..dan seperti biasa lepas baca…wahhhh….terus dalam hati aku pikir, ada lagi ke orang yang seperti dalam citer ni…

The Bridges of Madison County tulisan Robert James Waller memang dah lama terbit, in fact..novel ini telah pun difilemkan yang membariskan pelakon handalan Hollywood iaitu Clint Eastwood dan Meryl Streep…..

Ceritanya ada lah sebuah kisah benar yang berlaku dalam tahun 1965 di Madison County, Iowa di mana Robert Kincaid, seorang jurugambar professional yang bekerja dengan National Geographic telah ditugaskan ke Madison County untuk mengambil gambar beberapa buah jambatan yang unik dan bersejarah di sana…..beliau bertemu dengan Francesca, isteri seorang petani di sana dan dari situ la semuanya bermula…..kisah cinta yang menyayat hati yang hanya untuk selama 4 hari mereka bersama…ingatan itu dibawa sehingga mati hampir berbelas tahun selepas itu…..

Begitu sekali cerita cinta mereka….novel ini ditulis berdasarkan kepada catatan Francesca sendiri yang di berikan oleh anak-anaknya dan hasil dari research penulis sendiri….aku terfikir…dalam masa 4 hari, mereka berkenalan…lantas bermesra….dan setelah itu, langsung tidak berhubung sehingga Francesca mendapat sebuah bungkusan yang menandakan kematian Robert…..sungguh lara sekali hati mereka aku selami…perasaan cinta yang terpendam selama bertahun-tahun…tanpa dapat bertemu selepasnya….tertanya-tanya aku…adakah berbaloi perasaan itu?...apa yang menyebabkan terjadinya begitu….apa yang sebabkan mereka….hanya dalam 4 hari, boleh jatuh cinta dan cinta yang mengesankan di hati sehingga langsung dibawa mati…..sungguh sedih kisah cinta ini….sungguh pedih hati mereka ini…sungguh lara dan sarat rindu yang mereka pendam….dan aku yang membacanya…..dapat aku rasa perasaan dan rindu itu….semoga mereka aman bersemadi bersama….di salah satu jambatan yang satu ketika dulu menjadi saksi saat bahagia mereka…..

Baca la citer ni, then baru boleh rasa perasaan mereka ini....

p.s – thanks KA pinjamkan buku ni kat kita....cuba cari pulak dvd citer ni…filem ini diterbitkan pada tahun 1995.

No comments: