Thursday, December 28, 2006

PENGHUJUNG...

BUDAK kat opis semalam kena masuk hospital sebab demam denggi…memang kebetulan kawasan umah dia kat shah alam tu ada few kes denggi pun….so lunch ni ingat nak pegi melawat la…teruk la aku kalau staf sendiri pun tak reti-reti nak pegi tengok kan..lain la kalau staf depatmen lain ke…atau budak IT ke…tak kuasa la hehehehe….pulak tu assistant aku pun cuti sampai tahun depan..balik kampong wife dia sempena raya….mesti meriah sebab kat belah pantai timur memang macam tu kalau hari raya korban….aku pulak cemana?

Memula memang dah ambik cuti pun start dari krismas….dah plan nak pegi satu tempat ni…tapi apa yang dirancang terjadi sebaliknya pulak…nak buat cemana, benda-benda yang tak leh control memang selalu akan tetiba muncul tanpa dapat dijangka….so end up aku kansel cuti…dan rasanya raya ni pun aku cam takde mood nak beraya….so mungkin aku kat kl je la…tak mungkin untuk aku balik selatan sebab keadaan kat sana yang teruk dengan banjir…..kepada yang balik ke taman dahlia tu, hati-hati ye…kalau main air bah tu, jangan ralit sangat hehehe….aku tau ler ko jakun nak main kan muahahahaha…

Plan aku untuk hari raya…..duk umah sambil tengok tv…dan aku ingat nak masak nasi kerabu hehehe errrrr kalau aku masak…..ada tak sesapa nak rasa makan nasi kerabu? Jangan malu-malu sila angkat tangan ye muahahaha….

Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua dan selamat menyambut tahun baru masehi juga….semoga segala azam yang telah ditanam untuk tahun 2006 telah pun dicapai dan semoga tahun 2007 memberi harapan dan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua nikmati….kepada mereka yang bercuti panjang…selamat enjoy…kepada mereka yang balik kampong…berhati-hati sentiasa…..take care

No comments: