Monday, February 05, 2007

LAGI KONSERT...

TERLEBIH dahulu…aku nak bagitau, teman aku di Jakarta dari minggu lepas tak dapat pegi ofis sebab banjir…stranded…mujo rumah masih belum terendam…errr ni dia yang cakap..maknanya belum dimasuki air la…aku berharap semoga wening sabar dalam menghadapi keadaan sekarang…banjir kat selatan pun dah ok, rumah sana pun dah dibersihkan…nasib baik gak banjir ni kan sebab ada perabot yang sepatutnya dah boleh bawak pegi muzium, tapi masih lagi nak digunakan…mungkin sebab sentimental value atau apa…aku tak tau…tapi dah banjir aritu, dengan sendirinya terpaksa dikorbankan sebab dah rosak….

Sabtu lepas, aku berkunjung ke stadium melawati shah alam….gara-gara nhk, aku pun ikut gak la nak berkonsert rentak serantau katanya…maklum la sebab ada 4 artis…2 artis dari Malaysia dan 2 lagi dari seberang….

Last minute, hari sabtu tu gak pepagi lagi dapat sms dari nhk, katanya tak dapat ke konsert sebab terpaksa balik kampong…melihat keadaan sana yang katanya rumah dimasuki pencuri..nasib baik semuanya selamat….sekarang dah ok ke beb?...

Plan diteruskan, jumpa lara (thanks beb susah payah tolong belikan tiket), kazen dia, kate, shidah dan member-member yang lain kat depan pintu masuk…first time jumpa vaart….tak sangka cam nerd tapi boleh tahan gak peramah mamat nih hehehe…salam kenal ye vaart..kitorang ambik tiket level atas sebab lebih senang melihat sambil duduk daripada bercampur ngan mereka yang kat depan stage…havoc gak suasana kat bawah…yang aku lihat ramai lagi peminat-peminat dari sana…maklum la…artis dari sana bukan calang-calang tapi ratu dangdut gitu huhuhu…

Konsert dimulakan agak lewat, tanpa ada seorang mc, konsert dimulakan dengan seorang penyanyi…errrr..tapi sapa dia nih?...apsal aku tak kenal hahahaha…dah ler aku ni kan rabun sket…langsung aku tak dapat cam sapa…tanya orang seblah pun tak tau gak…ahhhh layan je lah hahaha…..dah abis 2 lagu orang tu nyanyi baru la keluar mamat gemuk nih selaku mc atau pengacara malam tu, yang si mamat ni pun satu…takde pun dia nak perkenalkan sapa yang nyanyi tadi…end up memang aku tak tau sapa pun ahaks….konsert dimulakan dengan inul…fuhhhh gamat stadium dibuatnya bila inul muncul…terus terang…aku tak penah tengok dia ni performed secara live sebelulm ni dan tak tau satu apa pun lagu dia ni hehehe…tapi terus terang aku cakap…sepanjang 45 minit inul kat stage tu, aku rasa terhibur gak la muahahaha…show dia memang energetic. Suara dia memang power…imejin la sambil menari ligat dia leh tarik suara tanpa susah payah…respek….body pun solid molid gitu hehehe…tapi aku rasa mungkin inul sudah diberitahu awal-awal supaya tidak beraksi terlampau, maka apa yang dihidangkan pada malam itu hanyalah separuh dari aksi biasanya…aku assume la….kan rakyat kita ni sensitive sket….dorang fikir goyang inul tu sedikit erotik….tapi memang dia ni power giler part showmanship..aku respek…

Habis inul, tiba pula giliran ella….ratu rock Negara kononnya….tapi yang aku heran amat..apsal bila errrr 3 ke 4 lagu dia nyanyi..show dia abis camtu jek…..si inul tu leh sampai 45 minit tanpa henti apasal lak minah ni dalam 20 minit je gitu?...show ella ok, suara boleh tahan la….eh lupa nak komen pasal sound system…memang best sound malam tu, dengar dengan clear walaupun aku duk kat atas….banding dengan konsert terdahulu yang pernah aku pergi..so far…konsert ni punya sound system yang almost perfect….tak reti nak komen apa performance ella sebab sikit sangat nyanyi..aku pun tak faham kenapa…

Lepas ella, tiba pula giliran kumpulan rock no. 1 negara…errrr katanya la hehehe…siapa lagi kalau bukan search…lagu pembukaan…menara kesesatan….search nyanyi aku rasa dalam 10 buah lagu….tapi aku rasa….malam itu..search gagal menarik sebilangan besar warga asing untuk enjoy bersama….budak-budak rock Malaysia dah tentu la suka kan..aku tengok kat sebelah aku ni, kemain lagi dia nyanyi semua lagu search tu hehehe…tapi aku rasa orang lain tak tahu kebanyakan lagu yang dibawa oleh search malam tu….lagu emanuell, lagu baru nyata dan khayalan, pawana…yang aku paling suka..salah satu lagu favorite aku..mentari merah di ufuk timur…aku rasa search patut nyanyi lagu-lagu yang terkenal kat sana seperti Isabella dan fantasia bulan madu…barulah dorang leh bersama-sama enjoy ngan search malam tu…

Last group yang tampil membuat persembahan adalah dari seberang…tak lain kumpulan radja….apa yang boleh aku katakan…dorang memang best..vokalis…ian memang pandai layan peminat…suara memang sebijik dalam cd…dan yang best…dia nyanyi keseluruhan lagu dalam album langkah baru yang dia tahu orang kat sini dah familiar..ada 1,2 lagu je dari album terbaru…daripada lagu pertama manusia biasa…diteruskan dengan bulan, wahai kau cinta, bila time lagu Cinderella…siap bergurau senda dengan peminat…mencari Cinderella lagaknya hehehe sampaila lagu paling hit..jujur dan lagu terakhir, takkan melupakanmu…aku rasa aku nyanyi bersama radja untuk kesemua lagu-lagu…wahhhhh aku ingat lagi lagu radja compared dengan lagu-lagu search…adoiiii….cemana nih…salahkan pada pemilihan lagu ya…aksi mereka juga sangat lincah..terutamanya ian dan pemain gitar utama…moldy….overall…konsert ni ok sekali….yang paling menghibur…susah aku nak nyatakan kat sini, tapi kena la terima hakikat….artis dari sana lagi pandai menghiburkan peminat-peminat…tak seperti artis kita yang nyanyi ikut syok sendiri…jangan marah dengan apa yang aku kata ni, ini adalah pendapat aku sahaja..tiada kaitan dengan pendapat orang lain….tunggu next konsert pulak….

No comments: