Thursday, August 02, 2007

Yang Gloomy dan Yang Terlebih Pandai...mana satu aku pilih (tajuk paling panjang hahaha)

IZZAD bad mood dari hari isnin lagi sejak Ayip balik dari JB..mana taknya, dah la hari ahad tu sampai jam 12 malam, izzad dah tidur, so tak dapat la jumpa dan yang penting sekali tak dapat nak belek barang yang dah dipesan dan dah dijanji nak dibeli…boleh gitu?

So isnin tu masa kecoh-kecoh nak pergi sekolah tu, dapat la belek kejap..then malamnya baru la rasa puas hati, mula la start pasangkan apa-apa yang patut…tapinya bila on remote…uiks, apsal tak gerak pulak, check remote…ok, check bateri ada ke tak….bateri ok, check kereta…bateri ada ke tak, semua ok….laaaa apsal remote ni takde antenna dia?...so izzad pun frust la tak dapat main remote control car yang baru papa beli sebab remote takde…dah penat carik dalam box tu, sah memang takde.. huhuhu..

Daripada hari isnin sampai la hari rabu, aku tengok dia gloomy je…asyik la dok pegang kereta tu ke hulu-hilir, kejap bawak naik bilik, kejap bawak turun…entah apa yang dia buat aku pun tak tahu, last-last aku balik kerja semalam, ma bagitahu skru kecik penutup bateri remote tu pulak hilang so bateri tu takleh tutup dah….hmmm pulak..padan la masa balik tu aku tengok muka izzad muncung semacam. Tak tahan tengok boy kesayangan aku hehehe camtu kan, so mama dia ni pun apa lagi….ambik kereta tu bawak pegi satu kedai toys…sampai je, doa dalam hati…ada ke orang jual antenna punya remote jek?....lantak la, janji aku dah usaha cari…so aku tanya tokeh tu dan citer la sikit berkenaan kereta remote ni…nasib baik kedai tu ada jual antenna, pasang je muat pulak…yayyyyy…mama pandai muahahaha…..ok sekarang mau test itu kereta la pulakkan…tokeh tanya ada test tak masa beli….errrrr…aku mana ler tau kan sebab yang beli bukan aku, so dengan konfidennya aku jawab tak sebab aku dah tahu dah, kalau bukan aku yang beli…memang takde nak test-test nih semua hehe

Si tokeh tu test la letak antenna bagai…uiks, kereta takmo jalan…ok cuba tengok kut-kut kereta yang rosak…try remote kereta lain yang sama….kereta still tak gerak, hmmm…tokeh tak puas hati, remote kereta yang lain tu test kat kereta yang lain tu pulak, ok jek jalan…sah …kata tokeh kereta memang rosak, ok tengok pulak samada remote rosak ke tak…so remote tu try pulak kat kereta yang berfrekuensi sama..uik kereta tadi yang gerak cun jek takde gerak pun this time…hmmmm tokeh tu kata dah sah, dua-dua kereta ngan remote memang rosak sebelum sempat pakai lagi…so sapa yang salah dalam hal ni ek?...orang kedai yang jual atau orang beli yang tak reti nak test dulu? Hehehe

Aku pun balik rumah cerita kat izzad, saja je aku tak mo beli kereta lain kat kedai tadi sebab nak bagi pengajaran sikit kat tukang beli muahahahaha…bagitahu ayip pasal kereta rosak segala..dan dan suh dia bawak izzad pegi beli kereta baru sebab member dah bad mood tak boleh nak buat apa dah, asal tanya pasal kereta je, dah buat muka nak nangis, kalau dibiarkan mau banjir satu rumah aku hahaha

So, izzad dapat lagi kereta baru, wahhh this time lagi mahal dari yang tadi dan kali ni memang make sure test dulu kat kedai…..kereta lama?...perlu ke aku buat jadi tukun atau pun aku letak kat tempat strategik yang tukang beli boleh nampak tetiap hari…bagi peringatan pasal kepandaian dia muahahaha….ok tak camtu? ;p

No comments: