Thursday, May 08, 2008

BENCANA...

SEDANG aku masih blur dan dalam keletihan setelah tidak menjalani rutin yang normal selama 2 minggu, aku dikejutkan pula dengan berita bencana ini…Taufan Nargis yang melanda Myanmar memang tidak memberi impak secara langsung pada Malaysia pun, so apa hal plak aku nak bercerita pasal ni….ya, memang tidak memberi impak pada Malaysia, tapi pada keluarga aku memang sesuatu yang tidak terduga…sesungguhnya apabila sesuatu itu terjadi pada keluarga kita sendiri then baru la kita rasa sangat sengsara menunggu berita yang tidak kunjung tiba….

Adik aku dan suaminya baru je pindah ke Myanmar bila perpindahan kerana kerja dari Calgary, Canada…bermula dari suami adik aku yang start kerja bulan disember lepas, adik aku menyusul bulan march baru ni je…dan mana tahu selepas baru dalam 2 bulan di sana, kami semua dikejutkan dengan berita taufan nargis yang melanda yangon….ikuti cerita yang telah diceritakan oleh adik aku…errrr lupa nak bagitahu, adik aku selamat…

Pukul 12 malam hari jumaat, 2 may tu lagi adik aku dah rasa angin yang sangat kencang, dari tingkat 6 condo yang didiami, adik aku dah rasa angin yang lain dari selalu, sangat kencang beserta hujan…so dia cakap, cam best je la malam tu nak tidur hahaha….memang pun dorang tidur macam kayu (sebenarnya aku sangat bersyukur, sebab pada dinihari sabtu tu la taufan yang ganas lagi dahsyat telah meranapkan dan mengorbankan setakat ini 40,000 dan beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal)..so bila adik aku bangun esok sabtu tu, dia terkejut sebab seluruh condo basah…dengan rasa pelik terus dia melihat ke luar condo, dan terkejut amat sangat sebab keadaan yang sangat teruk….seluruh rumah-rumah pondok yang dulunya ada disekitar dah berselerak tak tahu kat mana, pokok-pokok sebesar pemeluk bergelimpangan di sana sini, menghempap mana-mana yang merintangi jalan taufan…air naik seperti banjir dan hujan masih lagi tak berhenti…rupanya kerana angin yang sangat dahsyat, air telah masuk melalui celah sliding door dan tingkap-tingkap walaupun telah ditutup menyebabkan habis keseluruhan rumahnya basah….dia bersyukur sebab hanya basah kerana dikawasan lain semua rumah atau apartment telah roboh…condominium 20 tingkat tu hanya mengalami ketiadaan bumbung kerana telah diterbangkan taufan…rumah bawah telah banjir sedikit..Cuma yang parah..bekalan letrik, air, telefon langsung terputus…itu la yang buatkan kitorang tak dapat nak hubungi adik aku tu, dan kami kat sini cuba hubungi semua..embassy atau wisma putra, semua tidak memberikan jawaban yang menyenangkan sebab mereka juga tak dapat nak hubungi consulat di yangon…

Pada hari ahad adik aku sempat call ma, tu pun dapat cakap sekejap mengatakan dia dan imran selamat, lepas tu bila kami cuba call balik talian langsung terputus sampai la selasa malam, baru dapat call balik dan dengar cerita adik aku tu….adik aku cakap lagi, hari ahad selepas kejadian taufan sabtu tu…masih ada lagi angin kencang dan hujan walaupun tak seteruk sebelumnya, dia dan suaminya pun cam orang UN plak pegi ke perkampungan yang berdekatan, sedih katanya melihat orang-orang kampong yang memang telah sedia miskin, kehilangan tempat tinggal dan semua harta benda, imagine kata adik aku, kebanyakkan mereka ini tinggal di rumah yang kalau di Malaysia boleh dipanggil reban ayam…so bila taufan sapu habis rumah mereka…apa yang tinggal? Kata adik aku lagi hari ahad tu dia nampak bantuan dari UN telah mula masuk. Ada lagi beberapa keluarga rakyat Malaysia yang bekerja dengan petronas dan lumberjack telah diarahkan pulang ke Malaysia atau Bangkok, tapi since imran bukan dari 2 company ni, takde apa yang boleh dibuat selain dari terus bekerja….office hour dipendekkan kerana untuk menjimatkan generator yang dipakai…masalah kekurangan gasoline pula bertambah selain dari masalah mendapatkan air bersih dan gejala penyakit yang semakin menular…nasib baik condo adik aku tu ada generator, untuk memasak memang tak dapat sebab setiap peralatan condo menggunakan elektrik, mujur la adik aku ada beli tempat bbq, so boleh la dia grill je apa-apa yang patut…yang bestnya…masa dia borak-borak dengan orang kat condo tu…dorang pelik sebab walaupun semua orang tak boleh nak masak…dorang ada bau macam orang tengah masak steak hahahaha….adik aku gelak sebab dah sah-sah tu dia yang duk masak…ada orang Malaysia yang berkeluarga, sementara nak tunggu keluar dari Myanmar terpaksa kena check-in hotel dulu sebab kat situ ada la sikit bekalan air walaupun di catu.

Cerita di airport lagi best….hari isnin tu adik aku terus ke airport sebab nak cuba cari flight yang paling awal keluar dari Myanmar….untuk pengetahuan, tiada direct flight ke Myanmar melalui kl dan mesti melalui transit di Bangkok…memang sebelum ni adik aku dah plan nak balik kl tapi tiket yang dibeli plak hujung may so dia pun nak cepat-cepat je la balik kl sebab kat sana pun tak ada apa yang boleh dibuat, tapi yang bestnya sampai kat airport ada 2 orang je yang bertugas….dengan airport plak masa tu ditutup…orang yang beratur nak tanya pasal flight ni punya la ramai tak payah cakap sebab semua pun sibuk nak keluar dari Myanmar esp expat…lepas dah berjam jugak beratur sampai giliran adik aku, rupanya sebab talian telefon masih terputus, sumber yang ada untuk telefon ke Bangkok hanya daripada handphone pekerja tu, sampai giliran adik aku, handphone habis bateri muahahaha….so takleh buat apa-apa la…terpaksa la adik aku balik lagi..sehingga waktu aku call adik aku which was hari rabu….aku tak tahu samada adik aku dah dapat tukar flight dia atau belum huhuhu…

So itu la serba sedikit cerita dari yangon, Myanmar….bersyukur la kerana kita masih ditempatkan di tempat yang selamat…jauhkan la dari bencana dan supaya jangan la berulang..seperti kejadian pahit tsunami 2004….

No comments: