Thursday, May 22, 2008

3 HARI 2 MALAM YANG MENCABAR...

SEDIKIT update pasal adik aku, sekarang dah berada di sini….cubaan mendapatkan flight terawal berjaya so katanya sampai keadaan betul-betul pulih baru adik aku akan kembali ke yangon…

Mid may hari tu, selepas perancangan awal dibuat seawal bulan 2, akhirnya mereka yang bercita-cita nak shopping sakan selamat berada di bandung hehe….cemana tetiba destinasi tu pulak yang jadi pilihan? Ceritanya camni…

Tengah aku buat keje kat opis, kak nor telefon, tengah browsing airasia katanya, tetiba bagi cadangan nak pegi bandung, fare dalam 200 lebih je pergi balik, ok la tuh…tak sah la kan kalau tak ajak yang lain-lain….call kak tie…beriya-iya nak ikut…tetiba masa tu lak dapat sms dari yan….pun sibuk nak ikut gak…eh eh …dapat pulak sms dari hafiz…amboi…cepatnya berita tersebar kan…sampai kan adik aku yang kat yangon pun tahu hahaha….pun bagitau mana boleh tinggalkan dia, tapi dapat tahu lepas tu kawan dia akan kawin kat bandung bulan july, so tak dapat la dia nak follow trip kitorang nih…kurang sorang tambah plak lagi sorang, k.ann kawan kak tie pun nak ikut sekali….so lepas aku buat booking, kira confirm la kitorang punya trip bulan may….

Masa sampai airport tu, lagi satu surprise berlaku hahaha….ingatkan memang 6 orang la, rupanya tanpa diketahui, kawan kak nor, kak niza ni diam-diam dah buat booking flight sendiri so bila sampai airport tu tersengih je dia nampak kitorang tercengang kat dia hahaha

Sebelum sampai bandung, kitorang dah discuss dulu itenari apa…dah sah sah la tajuk dia shopping, shopping dan shopping sampai letih…sementelah dorang ni memang first time dapat shopping sendiri, kira terlepas la ni hahaha…so aku pun volunteer la jadi tour guide, tambah aku dah pernah ke situ…so jejak aje kat bandung pagi tu, terus cari hotel yang aku telah booking, nasib baik ada kawan kat sana yang baik hati tolong booking, senang sikit takyah susah-susah buat dari Malaysia…letak je beg (dorang ni siap beg dalam beg boleh gitu?) terus cari factory outlet, hotel yang aku booking memang sangat strategik, terletak di jalan Dago atau Juanda, yang memang sepanjang jalan tu terletak FO….sampai tak ingat ada berapa FO dan nama FO pun dah bercampur aduk dalam kepala…apa lagi dari satu FO ke satu FO la merayap….letih je cari tempat makan dulu, nasib baik café memang banyak kat setiap FO kat situ so tak susah cari makan….tempat kitorang lunch cum minum petang (dorang ni giler bershopping sampai makan pun boleh postpone gitu….tu yang terlajak sampai kul 3pm waktu bandung which dah kul 4pm…..lunch ke tu?) café biasa je, tapi ada banyak side order yang pelik tapi cam sedap hahaha..kat sana roti canai di eja cane (baca canei….kitorang lak baca style omputeh…so bila dapat tahu yang betul gelak sakan hahaha)…tapi yang bestnya cane ni dimakan ngan keju dan susu pekat….sedap pulak tu…dah habis makan semua decide nak balik hotel sebab tangan masing-masing dah bergayut ngan beg shopping hahaha….semua janji balik hotel mandi je lepas t uterus keluar sambung jejak FO lagi hahaha….giler kan? Kalau korang pergi ngan kitorang mau kejang kaki. Surrender tak larat punya….tapi yang herannya….semua tak rasa penat pun…dahsyat sungguh hahaha…end up malam tu balik ke hotel jam 10 malam bandung lepas makan mee kocok (memang betul nama tu tau bukan sengaja ada unsur2 sx hehe)

Breakfast di hotel sangat ok…tak sangka untuk rm100.00 satu malam (kitorang share 2 org sebilik lak tu) banyak pulak variety..simple tapi filling, cukup bagi tenaga pada pen ‘shopping’ tegar macam dorang ni hahahaha….dah janji nak breakfast awal sebab pagi ni nak pegi pasar baru…tempat untuk cari kain ela, kain batik, telekung dan macam-macam hasil tangan orang sana….boleh beli secara grosir atau pukal atau suka hati nak beli berapa….dari hotel dalam 20 min naik cab dengan tambang 30k rupiah satu cab….sampai-sampai je dorang ni terus kerumun kat orang jual kain batik….ada yang beli berdozen aku tak tahu cemana dorang nak bawak balik….nak jual kat kl ke hapa hehe….aku hanya beli telekung dan lace….kedai kain yang kitorang singgah pulak memang tengah buat sale, French lace sampai 50%...apa lagi semua tak kurang 2 pasang lace angkut…errrr standby untuk baju raya ok….kalau sesapa datang rumah raya tahun ni boleh la tengok kitorang melaram lace hahahaha cam ala-ala kalah pengantin baru gitu hahahaha…dah lepas sekerat hari kat pasar baru, ambik cab lagi, kali ni ke cimpelas….satu lagi jalan yang terkenal dengan panggilan jeans street, kat sini sebelum banyak FO kat Dago, memang terkenal la Jeans street ni….kalau nak tengok Rambo dan superhero yang lain boleh la datang sini hehe…berhenti kat cimpelas walk yang ala-ala bintang walk gitu….wahhhh memang tempat lepak moden…kat sini semua ada….kitorang makan nasi padang, dan yang bestnya lepas dah berapa banyak pinggan lauk yang kosong dengan nasi bertambah….harganya untuk 7 orang hanyalah rm70.00…boleh gitu?...kalau makan kat sari ratu kat jalan bukit bintang tu, banyak tu la yang aku bayar untuk makan 2 orang….hebatkan beza harganya….kat sini jugak, aku sempat try tapai ubi yang sangat sedap lagi manis…dorang jual sepanjang jalan cimpelas tu….aku jugak try tempe goreng yang disalut keju hehe…terasa cam kat Switzerland makan cheese fondue plak hahahaha…masih lagi tak habis ngan shopping…..dari cimpelas ambik cab lagi..kali ni, ke jalan riau, dimana lagi kalau tak ke heritage FO dan kawasan-kawasan sekitarnya….aku pernah datang ngan KA, waiem ngan sempoii…so aturcara diteruskan lagi sampai dah malam….masih tak cukup lagi, maklum la sebabnya esok pagi dah kena siap-siap untuk pulang…kak tie ngan kak nor plak sibuk cari beg extra dah takde space nak letak barang yang banyak huhu..so dari jalan Riau balik semula ke jalan Dago….imejin dari awal pagi sampai FO tutup jam 9 malam….last transaction tu dorang dah tutup lampu kedai hahaha….punya la giler shopping kan?....lepas tu baru teringat belum makan malam lagi….nasib baik restoren kat sana banyak, so singgah satu restoren ni, memang cantik tempatnya…siap ada banyak gambar-gambar artis yang dah pernah makan kat situ…yang aku kenal kris dayanti jek…best jugak la makan kat situ, aku try set nasi timbel….ingat lagi tak nasi yang dibungkus dalam daun pisang dan diletak dalam dulang bersama-sama lauk pauk….ada ayam goreng, ulam, tempe, ikan masin, daging dan sambal…masa duk lepak-lepak tu…masing bergelak-gelak ngan kerenah masing-masing….jangan tak tahu…masa kat pasar baru tu ada yang tersesat tak jumpa cari group la, ada yang kaki kejang la…ada yang kena cari atm macbine sebab tak cukup duit la...kak ann komen, trip yang paling enjoy dan sempoi yang pernah dia join…katanya asyik bergelak je sepanjang 2 malam kat bandung ni….masa tu jugak dorang ni dah sibuk-sibuk cari destinasi lain tuk shopping adventure yang seterusnya…

Memang seronok sekali sekala ( ke selalu?) jalan-jalan ngan famili camni…ada je cerita lawak, ada orang dah siap-siap plan next trip ke bandung lagi sebab duk teringat-ingat FO yang ada hahaha….errrr ada orang tu kirim something kat aku kan?....bila ya nak jumpa, katanya nak ber CCM…ko pegi la dulu yek, nanti dah free, kita bergossip ok…..errmmm…next cerita aku akan cerita pulak trip aku ke Switzerland n Italy yang sangat enjoyable rasa cam takmo balik hahahaha….

1 comment:

farahatiqah said...

salam. nak tanya. u travel bandung tanpa supir. it is ok? cost utk taxi mahal x? i plan to go there tanpa guna khdmat supir.