Monday, July 14, 2008

CABARAN SEBULAN...

BERMULA hari sabtu lepas, segala kerja rumah takde orang lain yang akan buat melainkan AKU….apsal pulak ni, bibik sakit?, bibik lari? Semuanya salah, takde apa-apa yang berlaku melainkan bibik balik bercuti selama sebulan….tetiba aku rasa tekak aku perit balik, demam yang nak kebah tetiba rasa cam nak berulang muahahaha…

Start jek dari sabtu aritu, aku dah bagi briefing kat rumah…kasut sekolah basuh sendiri (errrr sampai sekarang aku tak tahu bibik letak katne kapur kasut..so kasut semua belum letak kapur lagi…nasib ler hahaha), dah makan, pinggan kena basuh sendiri (dorang best jek aku tengok main air sabun masa basuh pinggan, tak pasal pulak sinki dapur berkecah…aku gak nak kena lap huhu) sampai yang si kecik pun tanya aku “mama…emmir nak kena basuh pinggan sendiri ke?” sesambil tu dia pun angkat pinggan ke sinki..tu yang aku tak tahan nak gelak tu…ikutkan mau jek aku suruh basuh hahaha…tapi tak sampai hati plak…

Selama 3 tahun aku tak pernah pegang mesin basuh, semalam aku lupa cemana nak operate menda tu..terkial-kial aku tekan butang, pulas sana sini….jenuh gak cari manual tak jumpa…last-last tibai je la…janji baju bau wangi hahaha, nasib baik jumpa cari sabun ngan pelembut, kalau tak, mau semua kena beli baru…bibik nih, mana la dia sorok segala menda ni, jenuh aku cari kat cabinet dapur, tak jumpa semua…ke dia simpan dalam lemari baju kat bilik dia hahaha..dalam aku kalut duk operate mesin basuh tu, dalam hati dah plan, tetiap hari nanti aku basuh baju malam then terus masuk dryer, yang mana kena gosok tu, aku hantar le dobi kan…yang tak payah tu, paham-paham sendiri ler…kali ni takde la baju tidur pun bergosok, jeans pun bergosok….pakai je la janji berbasuh…kira ok la tu…sabtu tu aku bebel sendiri masa nak masak nasi sebab bibik ni duk pakai lagi periuk nasi yang lama walaupun aku dah beli yang baru…so aku dengan senang hati terus tukar yang baru….tekan then terus buat keje lain…tup tup bila aku tengok balik…apsal nasi aku tak masak-masak…rupanya periuk nasi baru tu cam tak jalan jek….dalam hati patut la si bibik kata dia tak pandai pakai yang baru, rupanya dah rosak menda ni….tak pasal-pasal aku bebel sendiri sebab tak bagitau…terpaksa jugak la aku pakai periuk nasi baru….kena ingatkan nak cari yang lain nanti….ish

Fuhhh…tahan je la sebulan ni, first time bangun pagi gorengkan dorang breakfast, then berkejar aku ke rumah kak tie hantar beg sekolah agama ngan 1 beg baju…nasib baik la kak tie offer, kalau tak terpaksa la aku letak budak-budak tu kat nursery sementara ni…baru la aku tahu perasaan orang-orang bila maid dorang bercuti…kalau yang takde maid atau maid tetiba lari tu cemana la pulak kan…aku baru 2 hari merasa..ni dah rasa cam nak demam balik…kena ingatkan nak beli panadol lebih sikit hehe

p.s – segala aktiviti social mahupun melepak tak kira malam atau weekend adalah dibekukan untuk sebulan nih hehe…unless ada sesapa yang volunteer nak jadi baby sitter muahaha

No comments: