Thursday, July 31, 2008

Yang Terjadi...

Dear frens, after back from mekah, I see there is nothing I could believe in islam anymore. I declare myself as Christian orthodox now. Good luck to all of u…petikan dari sms

Apa perasaan? Kenapa? Mengapa? Apa sebenarnya yang terjadi? Seribu satu persoalan yang mungkin sekarang ni bermain-main difikiran korang kan…hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku bila dapat msg ni…

Kalau sebelum ni, aku banyak dengar kes-kes serupa ni, aku baca dalam email atau kat tabloid atau kat majalah…tapi itu hanya lah sekadar bacaan…habis baca aku akan kata kesiannya….apsal jadi macam tu ye…tapi bila aku sendiri yang turut berkait dengan hal yang macam ni, baru la aku rasa sebetulnya kes macam ni memang serius…Cuma mungkin kita tidak didedahkan sepenuhnya…aku tak tahu kenapa, adakah isu ini akan diperbesarkan oleh orang yang beragama islam lantas menerbitkan sentiment yang akan memecah belahkan kaum?, mencemarkan kedamaian yang dikecapi hingga kini? Atau mungkin kerana sangat kurang dan sangat sedikit usaha yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa untuk menangani masalah ini? Atau mungkin tiada pendedahan yang maksimum sebab untuk menutup aktiviti setengah pihak yang berkepentingan sehingga terjadi perkara sebegini?...aku tiada jawaban

Ok, aku cerita sikit la cemana boleh terjadi…orang yang tulis sms ni dikenali semasa urusan parents aku ke mekah, kat sana ada la cerita yang terjadi (sesungguhnya aku nak bagitau…kalau ke tanah suci, jangan la main-main…niat harus murni, fikiran harus suci, ikhlas dan redha…) tapi biarlah aku tak cerita kat sini, tak baik pun kalau kita menceritakan hal orang yang kurang baik, then bila dah balik ke Malaysia, kita ingat mungkin dia akan berubah..so tak sangka pulak ini perubahan yang dilakukan…seperti yang diketahui, kalau kita dah tahu perkara macam ni, kita tak boleh buat diam saja so contact ustaz yang menguruskan rombongan umrah tersebut, memang ustaz pun dapat jugak, apa lagi ustaz pun dah contact pihak yang sepatutnya (rasanya tak perlu la kut aku bagitau pihak mana, takut nanti tetiba aku pulak kena soal siasat huhu) tapi yang bestnya jawaban diterima bila contact tu “sorry, orang yang in charge takde”…hello..sorang je ke pekerja kat situ? Orang lain buat apa? Inikan kes serius, takkan nak biar camtu je…patut la pernah orang yang menulis sms tu bagitau, dia pernah mengadu kat salah satu jabatan…tapi apa yang dia dapat? Orang-orang kat situ sibuk duk perli-perli dan marah-marah, kutuk-kutuk…patutnya tolong la kan, dah la orang tu jahil tak tahu menda, pegi marah plak lagi la orang pun malas nak mengadu…agaknya ni la salah satu sebab apsal system tak betul…so sekarang ni apa nak buat?

Kata ustaz, kalau sudah ditulis sebegitu rupa, memang hakikatnya sudah terkeluar la dia dari agama, wajib la pada mereka-mereka yang tahu menolong samada di report kepada pihak yang bertangunggjawab menjaga hal ehwal keagamaan, atau apa saja la cara untuk menolong. Kadang-kadang kalau kita yang sibuk nak tolong tapi orangnya tak mahu ditolong pun ada jugak kan….tapi conclusionnya, sebab kami tahu yang kami wajib tolong, maka kami sudah berikhtiar untuk menolong…selebihnya, hanya Dia sahaja la yang lebih mengetahui….itu kata-kata ustaz

No comments: