Thursday, February 12, 2009

AWESOME...

THEY DID IT AGAIN. Aku tak sangka la plak kan aku boleh terjerat macam ni, kalau masa first time dulu aku dapat free seat, so why not…came second time..eh pegi gak…saja la nak tengok ada kelainan ke tak…and then semalam, for the third time…aku masih lagi rasa ada magik dalam naskah ni…yesss….i love PGL that much sampai setiap kali kemunculannya, aku tak lupa untuk bertandang ke Istana Budaya huhu…

Ni aku nak citer sket pengalaman aku bersama-sama dengan PGL pada setiap kali kemunculan…my experience so cerita pun my way okeh hehe…of course la masa first time sangat teruja kan sebab belum pernah lagi ada pementasan sedemikian rupa hasil karya orang kita kan….so memang aku puji…dan tak silap aku dah citer pun dulu-dulu (malas plak nak tengok arkib muahaha), so bila geng ajak untuk kali yang ke tiga….di ulang ke tiga kali nih, aku rasa cam nak pegi lagi ke eh? Nak tengok lagi ke menda yang sama..untuk kali ke tiga ok bukan second time ke hapa…but since geng semua pun am ala-ala siap nak lari dari ofis kejap kan (aku suker buat keje-keje giler nih hehe) so aku pun cepat jek, siap jadik tukang beli teket lagikan (tak tahan la dengan rayuan sang perayu yang menyedihkan lagi menghibakan…tak sampai ati sebab ada orang tu baru ler first time gitu kan hahaha)

Sebelum semalam, memang aku tak baca pun any reviews, aku cuma ada dengar citer yang katanya ada kelainan pada pementasan kali ini…dan memang aku rasa berbaloi la semalam aku korbankan setengah hari cuti (aku kan memang cuti sket jek, berharga tau cuti aku hahaha) semata-mata untuk menonton kali ke tiga ini PGL…okes, ini review atau spoiler ke? Atau mungkin juga something yang aku boleh share dengan mereka-mereka yang tidak punya waktu untuk menonton atau saja-saja malas nak pegi atau dah ada peluang pegi tapi tak reti nak ambik peluang hmmm bebel jap hahaha…

Setelah kali ke tiga memang boleh di buat comparison, version 1 dan version 2 tak banyak beza, so aku akan cerita yang version 3 (lagi best kalau aku ada kesempatan pegi tengok yang kat Singapore…ishhhh menyesal plak tak pegi ituari) bagi aku memang totally different, in terms of props dan set, banyak yang kekal (ye ler gunung ledang tu kan sama jek so buat pe buat lagi yang lain kan hehe) tapi jalan cerita bagi aku memang lain, kalau dulu scene di majapahit sangat kurang, tapi kali ni, first half of the play, memang scene di tanah jawa je...watak lagi dikembangkan, diadakan scene demak yang hantar utusan untuk menawan majapahit, watak bayan pun memang menjadi kali ni, sapa tu yang pegang watak bayan ida apa ke namanya (Sorry memang tak tahu) menjadi la sangat especially untuk scene yang bila puteri nak berangkat ke melaka…penuh simbolik dan magis, kekuatan tarian dan nyanyian memang menjadi dan bila di hilangkan puteri….magiknya…prop kapal pun best (macam aku teruja tengok ketapi masa teater musical P.Ramlee…cantik sangat)

Selepas rehat 20 minit (ada ler yang sibuk nak pi toilet katanya, takleh duk dendiam hehe) semua adegan berlangsung di melaka dan gunung ledang, masa ni magik lagi menjadi-jadi terutama scene hang tuah dan rombongan pegi ke gunung ledang untuk mencari puteri dumilah..best tul scene tu, dengan tarian yang mantap, nyanyian dari hang tuah dan nenek kebayan betul-betul menambahkan magis dalam penceritaan kali ni, aku rasa dorang telah berjaya menghidupkan unsur mistik lagi misteri dalam scene ni, terasa cam real…dan scene puteri gunung ledang membacakan 7 syarat adalah sangat best…so far aku rasa this time really follow filem PGL (yang juga aku tonton bersama mereka-mereka….one of the best moment…ingat lagi huhu) even some of the dialog especially yang romantik la kan…pun ikut dialog filem gak..

Overall, sangat puas hati, aku tak reti nak gambarkan cemana, some of the scenes semalam betul-betul buat aku rasa meremang, penghayatan semua pelakon pun bagus, tarian sangat teratur dan kemas, penari-penari nih memang professional…tabik kat dorang..they’ve done good job,,tiara walaupun ada part nyanyi tu cam tersumbangsih sket tapi takpe la, dia pun bukannya penyanyi so aku tak kesah sebab penghayatan watak lagi penting, Stephen ada keras sket bila part bersilat tapi nyayian takyah cakap sebab memang best…adlin sebagai raja melaka ok dan menarik bila adlin pun menari hehe di ac yang melakonkan watak adipati pun ok, watak berkembang so banyak sket penglibatan, bayan best the rest of the crew semua best, props teratur…ok sangat la tu…

Yang tak berapa nak bestnya kat row depan kitorang nih bebudak sekolah (mungkin sekolah dorang dapat teket free gitu kan so satu kelas mai) takleh dom dendiam langsung…kejap ke kiri kejap ke kanan kejap ke depan..aku pun terpusing-pusing sama rasa cam nak cekik…nasib baik la budak-budak hehe…dan yang lagi haru satu scene di luar Istana Budaya nih…sampai aku tak tahu nak cakap apa hahaha…rose pun terkedu kan rose tapi lawak giler hahaha…5 bintang okes hahahha (aku gelak guling-guling nih ;D)

No comments: