Monday, February 09, 2009

SANGAT MEMENATKAN...

EVENT baru lalu sangat penatkan aku, fizikal dan mental...secara fizikal kerana memerlukan aku ke sana dan ke mari memenuhi pelbagai permintaan dan sudah tentu untuk pastikan semua berjalan lancar...2 hari 1 malam aku berkejar sana sini tanpa aku rasa penat tapi rupanya kesan selepas lagi teruk....memang aku penat ya amat...

mental lagi rasa penat, bukan hanya aku perlukan urus segala, tapi aku juga harus ambil tahu apa yang berlaku..20 kepala yang berlainan intepretasi lagi sangat penat untuk kumpulkan menjadi satu idea, memang amat bertepatan peribahasa dulu kala, rambut sama hitam (walaupun tak sama sebenarnya) tapi hati lain-lain...selalu aku diuji dengan yang ini...susah sebenarnya apabila kita kumpulkan so called expert groups...mereka memang ego dan sentiasa nak tunjuk pandai...berlagak pun ada juga, siap nak ugut pun ada...memang semua berjalan secara santai, tapi macam la aku tak faham dengan lenggok bahasa yang diutarakan, body languange memang terserlah di sini, kalau aku bodoh kata tak faham, tak tahu la, tapi memang aku tahu cuma kadang-kadang aku memang perlu pura-pura buat bodoh, kalau permintaan yang keterlaluan, pe hal aku cari pasal nak penuhi permintaan?

bos aku datang pada malamnya, memang dia ada bagitahu nak jumpa dengan this group, tapi aku rasa perbincangan malam tu sangat hampeh...dorang ni seolah-olah mencipta kesusahan sendiri, segala yang dibincang hanya berkisar tentang mereka...apa yang mereka patut dapat, apa yang patut diberikan, mengapa harus mereka terima imbuhan...apa dah jadi ni? dorang nih tak ingat ke sapa yang initiate menda ni? sapa yang invite dorang ni? kalau aku tak buat semua tu, dorang ni akan ada ke kat situ? akan jadi ke semua ni? bila dah jadi camni nak berlagak pulak...mintak pulak macam-macam..amboiiii

bila aku citer rasa kecewa aku pada faci yang aku invite, dia pun macam tak setuju ngan dorang nih, kenapa dorang nih tetiba ada sikap yang macam tu, dia pun tak faham apa yang dorang ni nak sebenarnya..dah bagi betis nak peha plak.. (selingan: sebab tu la malam tu bila habis session at 11 something memang aku takleh nak duk diam, tido pun rasa tak ngantuk walaupun aku letih sangat especially otak aku rasa sangat stress..dah la tetiba pada awalnya dapat something yang aku rasa kecewa, nope bukan kecewa, sedih sangat...memang rasa nak nangis, nasib baik ada consolation walaupun hanya sementara..i really appreciate the moment..so dapat la redakan rasa serabut kat otak ni...thanks)

so untuk hujung minggu lepas, aku belajar lagi satu pelajaran kehidupan...tak semua yang kita harapkan berlaku mengikut ketetapan kita, walaupun kita dah agreed upfront, tak semestinya in the end akan smooth sailing dan ikut seperti yang kita rancang, aku tak tahu la lepas ni cemana nak jadi, bagi aku apa yang aku cuba buat adalah bukan untuk kepentingan aku mahupun tempat keje aku, semua yang aku buat atas arahan bos aku ni, adalah untuk beri faedah kepada generasi baru yang akan mendukung peranan dalam profesion ini, kalau dari sekarang tidak diberi peluang, macamana generasi baru ni kita dapat lentur menjadi seperti apa yag kita harapkan...ntah la, walau sebaik mana kita cuba laksanakan, mesti ada implikasi...aku tak sangka disebalik apa yang telah dipersetujui masih lagi ada personal interest atau hidden agenda dorang ni...aku tak tahu apa yang dah dorang bincang dan putuskan....aku hanya tunggu masa je sapa yang akan datang discuss ngan aku dan apa yang dorang nakkan sebenarnya. bagi aku senang je, kalau dorang ni demand macam-macam, aku bubarkan je misi ni, aku tak kesah pun kalau kena buat balik semula, cari orang lain yang lebih sanggup ketepikan personal interest untuk kepentingan anak bangsa....aku nak orang yang camtu, berjiwa patriotik tanpa ada perasaan tentang apa yang patut Ddorang dapat hasil sumbangan dorang ini...entah la...orang ni ada macam ragamnya, dan tak sangka memang takleh nak sekepala....now i really know...so aku sangat penat..

No comments: