Monday, July 13, 2009

ENTRI YANG TIADA ERTI...

UIKS…aku tiada entri bulan lepas? Bulan ini juga sudah memasuki ke pertengahan? Apa sudah jadi pada aku? Tiada masa kah aku? Sudah lupa password kah aku? Begitu kosong sekali hidup aku sehingga tiada apa yang aku boleh kisahkan di sini? Benar kah semua itu? Apa yang terjadi pada siang malam pesta malam Indonesia? Tiada cerita kah? Apa yang aku buat bersama geng di rasta bersama-sama donut yang tak berkehabisan? Apa yang aku buat di William? Bagaimana dengan malam-malam bila aku minum-minum dengan member? Owh…malasnya nak cerita hehehe

Untuk aku bercerita yang ilmiah, buat masa ini aku tiada rancangan disebabkan kebekuan otak pandai yang mendadak…yang berfungsi sekarang hanya otak yang sekadar ingin berhibur, lepak, tenangkan fikiran, makan angin dan sewaktu dengannya….jangan tanya aku pasal menda selain dari yang boleh aku fikirkan kerana aku tiada kemampuan buat masa ini hehe

Seperkara yang pasti…buat masa ini, aku tidak ingin beratkan fikiran memikirkan segala yang tidak akan terjadi walau cemana aku fikir sekalipun…
Mungkin nanti la kut aku akan ada menda untuk aku share di sini, sehingga itu…..lebih baik aku berhibernasi…otak aku semakin membeku…

No comments: