Friday, March 26, 2010

TER UNGGUL...

BUAT mereka yang ternanti-nanti aksi rock dari Amy di Istana Budaya....lupakan sahaja, mereka akan hampa dan terkilan. di Istana Budaya, anda saksikan Amy dari sisi lain, sudut dirinya yang selama ini mungkin tidak pernah anda duga datangnya dari raja rock...seorang yang amat sinonim dengan aksi dan imej rock kapak, bersama band nya Search

Tiada aksi seperti konsertnya bersama Search di stadium merdeka atau di stadium larkin, konsert suatu masa Amy adalah penceritaan perjalanan hidupnya sebagai seorang penghibur, daripada seorang yang membawa irama rock dan berimej seorang rocker seterusnya transformasi Amy kepada seorang yang lebih menekankan kepada keislaman....Amyu pada hari ini jauh berbeza dengan Amy 30 tahun yang lalu....garapan konsertnya menceritakan segala yang berlaku selama 30 tahun

Konsert selama sejam setengah, aku tonton pada hari pertama yang lebih kepada malam rehearsal...tiket dapat dari usaha gigih lara yang tetiba jek ajak...pikir sebab kesian, aku ikut jek la hahaha....citer nak dapatkan tiket pun buleh buat satu post baru kat blog nih tapi takpe la, aku citer kat sini jek hehehe...mana tak jadi cerita, memula nak pegi hari khamis yang rehearsal, aku sajes dah alang-alang rege tiket tak banyak beza, cuba je la tengok yang hari jumaat, bila check memang ada pun lagi tinggal sket jek tiket rege yang berkemampuan hiksss....tapi banyak la pulak halnya...page 'hang' la...nak bayar tak buleh bayar plak, password card pun bleh tak ingat....bila dah ingat, page pulak dah terlebih masa..kena la pulak refresh, pastuh kena plak tunggu lagi setengah jam nak bagi reset balik seat yang dah dibooking...dalam pada duk sibuk-sibuk cenggitu, dah abis la plak seat yang nak dibooking...tak pasal-pasal la kena revert khamis gak huhuhu....kalau nak cari yang hari sabtu ngan ahad, memang malam sket la sebab semua tiket sold out siut...

Konsert ada tiga segmen yang berlainan...bermula dengan segmen waktu mula-mula Amy jadi penyanyi...lagu-lagu pun lebih kepada rock sket tapi banyak lagu dari album solo Amy, segmen kedua lebih kepada zaman percintaan dengan lagu banyak ditumpukan kepada lagu cinta dan ditujukan khas buat wanita seperti rozana, isabella, laila namamu teratas, gadisku...manakala segemen terakhir adalah segmen dimana perubahan Amy yang lebih terarah kepada mencari kehidupan yang hakiki..lagu mentari merah diufuk timur dibawakan dengan cara yang berlainan sekali apabila adik-adik dari sekolah tahfiz juga turut serta....Amy tidak hanya menyanyi lagunya, malah banyak juga lagu-lagu ciptaan dan nyanyian M. Nasir dibawakan seperti suatu masa dan kepadamu kekasih...

Overall, sangat lain sekali menuntun Amy yang diantara segmen...juga berteater dan berinterasi....seronok gak bila kita saksikan kelainan...aku kira pandai gak Amy mainkan peranannya..props pun cantik sekali hasil tajaan....puas hati gak la, cuma kadangkala aku rasa sound tak berapa nak best, especially bila bunyi drum sangat kuat sehingga menenggelamkan suara....ahli keluarga search tidak kelihatan, yang aku nampak, si shah yang main gitar dan sorang lagi mamat rambut panjang tu macam budak band kristal..ntah apa nama budak cute tu hehehe

Habis konsert, aku hanim ngan lara memasing beli buku cenderamata dan cd amy nyanyi lagu-lagu...bukan hanya lagu solonya tapi lagu dari penyanyi lain seperti hattan, rahim maarof dll...ada 2 volume, so buat la pilihan nak volume mana pada harga rm35 untuk satu volume dan satu buku..ok la tu sebagai kenangan

Habis konsert, perut pun laparkan....jam 11.30 sampai 12.30 melepak di kampung baru....aku melepaskan rasa makan menda yang aku tak makan agak-agak lam beberapa tahun ni hehehe...nasib ler semua kena ikut aku kan...dah agak-agak teringat rupanya keesokkan hari kena pegi keje kan, baru ler terhegeh-hegeh nak belah dan balik....membawa bersama seribu wajah sejuta kenangan ;D

Tuesday, March 23, 2010

BEST GAK KAN...

MEMBER aku buat keje giler...

Dia nekad pegi somewhere (lokasi dirahsiakan hehehe....tapi oversea ye) sehelai sepinggang...kiranya, dia tempah tiket n belah dengan beg kosong...bley gitu, so masa dia BBM (nhk jek paham nih hahahha) dia tengah mengelujat carik baju nak pakai malam tu and the next day...padan muka, sapa suh buat cenggitu kan....

Tapi bila fikir-fikir balik, best gak kan...takyah serabutkan kepala nak fikir or plan mana nak pegi, apa nak bawak, apa nak buat...bak kata nike....JUST DO IT..and she did just that...rasa-rasa ada can tak nak buat sepertimana kawan aku buat tu? boleh tak cenggitu? errrr boleh tak aku just beli tiket dengan sapa-sapa yang aku jumpa then pegi mana-mana lokasi at random....apa nak jadi..jadi lah...DARE or DIE? hehehe

Sunday, March 21, 2010

HARAPAN...

AYAH sebelum nih pernah mengalami kecederaan...akudah lupa bila but it happened few years ago...kisahnya sewaktu hujan lebat, ayah terjatuh dengan tempurung lutut ayah pecah...nasib baik ada orang tolong ayah dan bawa pada satu orang kampung....kat sana dipanggil bomoh patah....sangat miracle sebab tak lama lepas ayah jumpa orang ni, tempurung lutut ayah yang berkecai boleh bertangkup balik. kalau menda ni tak berlaku pada orang yang aku kenal, mungkin aku tak percaya tapi sebab aku tengok sendiri hasilnya dan pegang lutut ayah, memang aku rasa sangat besar kuasa tuhan..diberi izin untuk sembuhkan ayah dan bagi peluang ayah berjalan semula...

Akibat dari kecederaan itu, lepas beberapa tahun, ayah mula rasa sakit di bahagian ankle, dah banyak doktor pegi mahupun orang yang bijak pandai untuk cuba kurangkan sakit atau at least nak tahu kenapa boleh sakit, tapi semua doktor yang di jumpa, semua mereka yang bijak pandai tak tahu apa punca atau cuba untuk cari apa punca yang sebabkan ankle ayah bengkak dan sakit..akibat dari itu, kaki ayah seperti makin membengkok, bila ayah nak jalan makin lama makin sakit, tapi ayah sangat degil (sebenarnya sifat degil ayah la yang aku warisi walaupun aku takmo mengaku hehehe, degil sebab takmo pakai tongkat...macam-macam tongkat beli, mahupun yang diberi sebagai present, komen ayah "ayah bukan sakit buat apa nak pakai tongkat" degil sungguh...sampai sekarang nih, kalau kitorang suh guna tongkat, ayah buat derk jek, kalau ma yang cakap lagi la dia buat tak reti je huhuhu

Aku harap ayah dapat dipulihkan, ada yang suggest operation, tapi aku takut if anything happen after the surgery, aku takmo imejin yang tidak baik tapi tak sanggup juga aku lihat ayah struggle...nowadays ayah dah tak mampu nak jog every morning...ritual yang setiap hari without fail akan ayah buat, tapi sekarang tak boleh dah...aku hanya berdoa, semoga ayah dapat kembali pulih berjalan dan bergerak dan dapat lakukan aktiviti yag ayah suka...hopefully akan ada sesuatu yang dapat aku lakukan supaya ayah akan kembali ceria...we love u ayah, we promise to do anything just to make you happy...

BAGAIMANA...

FUHHHH...aku kalah lagi ngan masa. aku fikir boleh lawan atau at least seiring ngan masa, tapi nampaknya masa lebih mendahului aku takat ini..errr cam citer bola plak sapa lead sapa lawan kan...sebut pasal bola, tingat masa kat sana tu ari, dalam fikiran aku hanya ada 2 team, galatasaray ngan bashiktash....2 club yang paling top dan salah sorang pemain club Bashiktash tuh paling aku minat..ilhan mansis hehehe...hensem sungguh ;D

Setiap orang pasti akan melalui beberapa fasa dalam kehidupan memasing..sebab tu kalau fasa yang dilalui tuh cam ada berombak sket, maka kita akan komen la orang tuh tengah melalui mid-life crisis, kalau budak-budak plak...nak masuk alam dewasa la tuh hehehe....sure kita pernah alami kan, tapi aku bukan nak citer pasal tu atau nak mengadu yang aku tengah alami crisis ke hapa, sebenarnya takde apa-apa ketan pun citer aku nih...yang berkaitan ialah, setiap kita pasti akan melalui sesatu masa di mana, keputusan harus di ambil, tanggungjawab harus dilaksanakan...macam tu la ibaratnya....sama la seperti yang aku sedang alami ini, bukan mid-life crisis kerana aku belum cukup umur lagi hehehe tapi lebih kepada sesuatu yang bakal berlaku yang memerlukan aku untuk buat keputusan yang sewajarnya demi masa depan...

Keputusan aku seharusnya yang paling logika dan paling terel sekali la kalau tak selalu sepanjang hidup aku sekali pun jadik la heheh, ia bakal menjadikan aku seorang yang matang? seorang yang perlu menjaga dan tahu dimana kedudukan? ntah la..bagi aku peluang hanya sekali, seharus aku rebut atau biarkan ia berlalu? membiarkan ia berlalu seakan melepaskan satu peluang yang selama ini aku harap dan idamkan..sesuatu yang menjadi sasaran pada setiap orang, ingin melihat dan mencabar diri untuk berdiri atau maju ke hadapan sehingga tingkat yang tinggi manakah mampu di capai oleh kita....sudah bersediakah aku? mampukah aku? soalan-soalan biasa...standard sungguh...errr sebenarnya terus terang aku takde soalan yang begitu...mungkin aku sudah membiasakan diri atau sebenarnya apa lah sangat keputusan itu sebab ianya sesuatu yang rutin dan aku telah mula sebelum isu persoalan ini datang lagi....

Konklusi aku....sahut cabaran yang membuka peluang, bukan aku tidak pernah mengalami fasa ini dalam hidup....sebelum ini pun aku selalu berani terjah saja tanpa aku fikir apa yang akan jadi selepasnya....pernah aku ditanya satu soalan...mungkin mencari kepastian dari aku? soalannya....sampai bila? dan aku pada ketika itu, tidak pernah fikir penghujungnya...sehingga kini masih belum fikir akan ada hujungnya walaupun aku kini lebih diam...jadi, aku mahu terjah sahaja pada fasa baru ini...merasai krisis yang tersedia untuk aku harungi.....kalau dulu paling sukar aku masih mampu, yang boleh dijangkakan seperti ini, mungkin akan lebih memberi aku laluan mudah...akhirnya, sudah matangkah aku? tidak naif lagikah aku? waraskah aku?atau bukan semua jawapan di atas...