Sunday, April 15, 2012

tiada kata...

SUDAH habis kata-kata....itu je yang aku mampu.  Sesungguhnya March dan April adalah bulan yang sangat mencabar diri dari segi kerja...banyak kejadian yang berlaku yang menghambat masa untuk mengejar aku...kadang-kadang masa begitu hampir untuk memotong aku dan disetiap keadaan sentiasa berada disisi aku untuk sedarkan aku yang aku tidak boleh berhenti dari melakukan segala persiapan....sedetik aku lupa atau alpa atau perlahankan kerja aku....maka masa akan cuba atasi aku dan aku tak rela jadi camtu...aku tak mahu kalah dalam keadaan ini..

NAK citer pasal keje pun aku rasa dah abis kata-kata...at one time rasa cam nak resign je sebab kerenah keje, bebanan keje dan politik keje..bayangkan untuk beberapa ketika ini, aku siap bawak keje balik umah dan aku tido setiap malam jam 1 pagi....giler keje ke hapa? langsung tak...sabtu dan ahad jugak aku terima email pasal keje, keje mesti disiapkan...memang tak tertahan, tapi bila dah bertenang tu...buat je apa yang patut dibuat...so far aku rasa aku masih boleh handle walaupun ada juga something yang aku frust...aku simpan sendiri je la....belum masa untuk aku suarakan, tapi aku juga menunuggu masa untuk itu....tunggu je

SIBUK bukan hanya di ofis rupanya...kat umah pun masa ni lah memerlukan perhatian aku..yang kena demam campak dan dengan pengetahuan pasal campak yang tiada campak ni berjangkit-jangkit plak...tak pasal-pasal kelam kabut aku nak make sure semua orang dapat rehat yang cukup, pegi jumpa doktor, makan ubat ikut masa, makan makanan yang tak gatal, tido berasingan untuk hindarkan jangkitan...adessss..aku lulus jadi misi tak bertauliah :p

TIMELINE kesibukan aku memang masih panjang, tapi fokus utama untuk hadapi sehingga hujung April...lepas tu aku sangat-sangat meruntunkan cuti...aku nak cuba lupakan walaupun kejap segala yang menyesakkan dada, kepala dan otak jadi sampai penat ni....aku nak rehatkan minda yang penat..sungguh tak sabar nak bercuti tambahan pula kalau ada elemen-elemen kejutan yang menyenangkan..sangat harap akan itu ye :D...tolong bantu aku jadikan cuti untuk aku rehatkan diriku dari segala masalah fizikal dan mental bermula dan berakhir dengan gembira...jangan la sedihkan lagi hatiku dengan tambahkan berita yang tak best atau apa-apa je yang mengarah kepada sedih hatiku...pleaseeeee :D

No comments: