Thursday, April 26, 2012

YAYYYYY...

BERBALOI...segala penat lelah, susah payah, sakit kepala dan berat bahu yang memikul, semua dah tak rasa. bermula dengan meeting pada selasa dan kemudian rabu dan kemudian mou signing pada hari khamis, kesemua tarikh penting tersebut sebenarnya adalah kemuncak atas segala kesibukan aku sejak beberapa bulan kebelakangan.  walau aku tahu apa yang akan menanti aku sementelah segala proposals yang macam nak jadi apa aku siapkan, tapi aku rasa sangat puas hati sebab cabaran pertama telah aku lalui dengan jayanya.

SEKARANG adalah masa untuk melakukan.  tempoh perancangan sudah aku laksanakan dengan beberapa plan yang jitu beserta timeline, sekarang fasa ke dua adalah cabaran dalam perlaksanaan...walau cemana cantik perancangan tapi kalau perlaksanaan hancur...kejayaan masih tidak dapat diukur.  aku harap aku tidak berseorangan, aku harap mereka sentiasa bersama aku, aku harap aku mampu laksanakan semua...aku tahu semua seolah-olah memandang aku dengan pelbagai pandangan...dapat aku rasakan pandangan yang menunggu masa kalau aku dalam alpa melakukan silap..maka ramai la yang bersorak gembira dan dengan senang hati mengata aku seolah-olah langsung tiada apa yang bagus pernah aku buat...biasa la, lumrah dunia ni, walau seribu menda bagus yang dibuat dan tetiba datang satu kecelakaan..maka yang satu tu jugakla yang akan dipanjangkan dan diperkatakan....langsung tak nampak yang seribu bagus tu....hmmm biasa la tu

NANTI saja la aku fikir dengan serius perlaksanaan itu..penat aku belum reda lagi maka masa yang sedikit ni aku nak rileks, lupakan sekejap pasal keje, minda perlu aku rehatkan...terbayang-bayang apa yang bakal aku nikmati...yayyyy bestnya...tak sabar :D

No comments: