Sunday, June 12, 2005

DAN TERLALU CEPATNYA BERLALU......

ITU lah baris yang mawi lupa semalam..dan kesannya....korang baca lah kat @15 tuh..macam tu la manusia nih...walau 1000 kali kebaikan yang kita buat, tapi bila hanya sekali kita buat silap ke buat dosa ke..mana ada orang nak ingat 1000 kebaikan kita tu..yang diingat dan diungkitkan dan dicercakan adalah kesalahan yang satu itu....

aku bukan nak review konsert semalam..cuma nak luahkan my 2 cents worth of comment je...bila persembahan reza nak habis..aku cuba jeling gak kat mawi..nampak cam dia nervous, maklum la aku rasa dia ni sebelum nih mana pernah buat persembahan kat atas stage pas tuh dah mula dengar sorak-sorak penyokong...mana rasa tak kecut..aku rasa masa mawi mulakan persembahan, dia agak over confident ataupun cuba dengan keras untuk keluarkan apa yang ada, macam nak kasik impress sikit la kat penyokong dia...effect dia..aku rasa mula-mula lagi dia dah salah masuk key..yang mana aku rasa agak tinggi sikit..so bila masuk part yang sepatutnya tinggi...suara dia keluar cam orang rasa perit..tapi dia memang bijak kawal suara sampai takde sumbang...until.......bila dia lupa lirik tu..aku terus perasan, level of confidence dia menurun, dari suara yang padat dan nyaring.....terus suara dia mendatar..masa kat situ lah dah kacau..walaupun aku puji dia sebab dia pandai cover, nampak cam tak gabra..tapi dia tunjukkan dalam tone suara dan lenggok lagu dimana aku dengar masa tu dah out of tune....so the rest of the song aku rasa dia nyanyi cam hanya nak menghabiskan je which aku still respect, sebab dia still boleh nyanyi sampai habis dan cover lupa lirik dia dengan nyanyi balik seperti phrase pertama dia nyanyi.....
pada aku mawi perlu bertanya pada tenaga pengajar..macamana nak atasi rasa takut kat atas pentas tu, itu kelemahan utama dia..cuba atasi rasa malu, cuba bergaul dengan rakan pelajar dengan sejujurnya..be yourself, kalau malu, mawi...kamu takkan dapat belajar, tenaga pengajar tak tahu apa yang kamu tak tahu..luahkan perasaan sebenar kamu mawi sebab aku tahu kamu boleh belajar all the technical parts of how to become a good singer kerana mawi punya suara yang baik..bila digilap dengan sentuhan dan teknik yang betul..dia akan maju...sekarang ni yang perlu mawi belajar lagi adalah memperbaiki kelemahan diri sendiri..buang rasa malu...kamu sepatutnya dah pertimbangkan semua ni semasa kamu decided nak join uji bakat af hari tu....so to mawi........good luck...jangan sampai nanti jadi macam seperti lyrics yang kamu lupa tu.....dan terlalu cepatnya berlalu.............

13 comments:

Anonymous said...

ermmm (*sambil gosok2 dagu pastu pandang ke langit*)

;)

Orgkampung said...

hehehehe...nart..apa yang ko pandang tuh...nak dapatkan hidayah ke hehehe...

alia said...

ekekekkeek nak carik ilham ker nart weii.....

paperpun memang betuiler.. Mawi nampak nerves mlm tuh.. sian dier.. yelah kalau stiap patah perkataan org dok sorak mau x nyer.. hope this week dier dpt mengatasinya..

Anonymous said...

Kepada tenaga pengajar AF3...

`mawi budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan'

saya bukan peminat fanatik mawi tapi rasa terkilan dgn komen m.nasir selepas konsert tuh...dia kata pelajar yang paling mengecewakan dia ialah mawi, dan pelajar yg sepatutnya keluar malam tu ialah mawi...adake patut seorang pengetua sebuah akademi pelajaran cakap cam tu? dia sepatutnya ambik kelemahan budak2 tu dan cuba utk baiki kelemahan, barulah pendidik/pengajar namanya. kalau budak2 tu dah pandai, dah tentu tak masuk akademi tu. Nama pun pelajar yg tugasnya kena belajar dan pengajar tugasnya kena ajar, bukannya condemn pelajar. He's been there for only a week + cultural shock, give him sometime.

Anonymous said...

orgkg,
tgh tunggu bas kaler biru, pandang ke langit kut2 la nak hujan di tengahari..hehe
masih Lost la dgn bas ittew, kalau kaler pink tau la bas mini..
so nak kene naik bas srijaya ke tongfong ek? atau bukan keduanya? ;)

Anonymous said...

setuju dgn lopaktike..apa punya pengetua daaaa..

Orgkampung said...

betul tu bat..memang dia ada cam nampak ketaq sikit malam tuh..tu yang aku kasik lagi can kat dia tu hehehe

ya betulllll sekali lopaktike wehhh...so sebagai tenaga pengajar lihat lah kelemahan anak murid dan dari situ ajarlah segala ilmu yang perlu untuk lengkapkan dorang nih sebagai penyanyi/penghibur..kepada pelajar lak..rajin2 la belajar dan banyakkan lah bertanya betul tak..

nart...hehehe..ha tang part bas tu salah satu memang betul so ko teka sendirik la ya lalalala *humming lagu dari kekasih untuk kekasih*

onde-onde...hi-fi :-)

Anonymous said...

mawi....

eh salah..

org kampung....

merah mata nanti meesua. hikshiks. by the way, nanti nak kena tgk ah apa meesua cakap pasal performance encik mawi.

hopefully i have time to watch mawi in astro *hint hint*

btw, kat sana dah tunjuk qaisy and laila?? i semalam tgk tayangan perdana dan jumpa jehan and fazura. khekhe. umi aida kena balik awal.

Orgkampung said...

raudha....hehehe...takpe takpe..kat sini nak pangge mawi pun tak pe hehehe

wah qaisy and laila...dah tengok ke?..best ke si fazura yang kontroversi ituh..jehan lak..tak tergoda ke hehehe

ohhhhh dah pasang astro ke? kalau cam tuh bagusssss..jom join tengok konsert sama-sama :-)

Anonymous said...

orgkg..

fazura jambu..

jehan, ok lar...

hullo!! mana sg boleh pasang astro. *tepuk tangan pat dahi* aiyoh. takpe nanti i kasi butiran lanjut..

Anonymous said...

buku cerita yang dibayar 500,000 pound tu namanya "The Harmony Silk Factory by Tash Aw" Sekarang ni ada jual kat Kinokuniya, tapi kalau you gunting coupun kat star tu dapat 15% off. Dateline dia end of June.

Orgkampung said...

hahahahaha....aku buat kelako bodoh hahahaha....ha ah ekk spore takleh pasang astro .....oh ni kira commute ke jb la nih ya..wei best tak crite tuh...kalau berbaloi bole tengok kalau tak hmmmm

onde2...ye ke..okke nanti nak beli lah thanks..BTW....awak cam banyak je buku..bleh pinjam..hehehhe *buat muka seposen kat onde)

Anonymous said...

orgkg..

sila refer to my blog utk qaisy & laila..

heh.

kat sg ada scv ala2 astro tapi BUKAN astro. heh.