lAST weekend was fun. saturday tuh lepas balik dari gym (ya..aku memang semangat pi gym tau) aku bersiap-siap nak pi dataran putrajaya, tempat berlangsung nya konsert af..aku taknak review pasal konsert tapi nak ucap tahniah kepada astro (walaupun aku tahu, astro nih macam tak ikhlas je nak buat tempat terbuka...ye lah aku dapat tau yang stadium melawati digunakan untuk satu function kerajaan, cara selamat kononnya nak ajak satu keluarga menonton konsert la), kerana berjaya dengan konsep berhibur bersama keluarga..ramai yang bawak anak, berkelah sambil makan dan tengok konsert..bagus la tu kan
aku pun seronok jugak dengan kawan-kawan virtual aku hehehe..makanan pun sedap, terima kasih pada yang bawak makanan yang sedap-sedap itu..len kali kita buat lagi ya..
ahad lak aku buat majlis kecil-kecilan untuk ammanda, dia sibuk nak her own birthday party..so aku ajak kerabat-kerabat aku (tu pun dah riuh rendah rumah aku ngan sore cousin ammanda hehehe)..seronok tengok ammanda sooooo happy..siap dia boleh cakap thank you kat aku sebab buatkan dia party..hmmmm yang paling jeles sekali tentulah izzad kan, sebabnya kakak dapat hadiah, dia tak dapat...aisey...aku dah boleh agak dah nanti bulan september nih kena la aku buat satu majlis lagi hehehe..nasib baik emmir tu kecik lagi kalau tak selang tiga bulan kena buat satu party untuk emmir lak..letih mama tau hehehe
last weekend gak aku jumpa sorang kawan aku..dah lama tak jumpa so kitorang borak sakan, kawan aku ni memang seorang penulis kreatif, so masa jumpa tu dia ada bawak koleksi cerpen-cerpen yang akan dibukukan...aku pun belek-belek la..ada satu cerpen nih memang menarik minat aku so aku baca citer tu sampai habis, lebihkurang cam ni la (takpe aku citer skit je and dah dapat kebenaran ngan kawan aku nak letak kat sini hehehe)
ada satu kumpulan remaja kat universiti la..dorang ni cam baik dalam satu group ..tapi walau pun baik...macam studi sesama, pas tuh keluar reramai..gi tengok wayang ke makan-makan ke sesama..tapi dalam group tu (lebih kurang 9-10 orang) yang rapat sangat-sangat ada dalam 5-6 orang, so yang group kecik ni lagi kerap jumpa..yang interesting nya dorang ni walaupun nampak baik tapi sebenarnya suka mengata yang 2-3 orang yang kurang rapat antara dorang tu, dimudahkan, sebenarnya dorang ni tak berapa ikhlas la nak berkawan dengan yang 2-3 orang tu..setakat-takat nak meramaikan majlis baru la ajak dorang yang lebih tu..yang 2-3 orang nih pulak walaupun macam terasa yang diorang nih tak mesra sangat..takde la nak benci ke apa ke..mengumpat pun tak de..kalau ada majlis..enjoy je nak sesama..
aku tak leh nak citer panjang-panjang tapi aku nak bagitau kat sini, moral of the story kawan aku nih..walapun sekadar cerpen tapi sarat dengan pengajaran (memang kawan aku nih penulis cerpen remaja ya) dan buat aku terfikir, mesti keadaan macam ni banyak berlaku dalam realiti. tak kira kat mana, kat ofis ke, kat universiti ke, kat sekolah ke...mesti ada watak-watak yang sebegini...aku pun terfikir jugak..kenapa dorang ni tak ikhlas bila nak berkawan, jangan la hipokrit...adakah dorang rasa yang dorang tu hebat sampai dorang lupa sifat-sifat berbaik sesama umat..jangan nak pilih kasih bila berkawan, lain la kalau tak kenal langsung kan, ini tak, nampak aje baik kat depan, tapi kat belakang lain lak ceritanya...
aku terfikir lagi, agaknya dalam politik pun cam ni lah, kat luar semua baik..tapi sebenarnya..dalam satu parti pun ada berpuak-puak...kalau direnung dan difikirkan, ini lah punca perpecahan kepada parti politik atau sesama kaum..apabila kebencian atau pemikiran hasad dengki dah tak terbendung lagi, mula la ada bibit-bibit perpecahan..ini juga yang membawa kepada runtuh nya sesatu empayar..kalau baca cerita sejarah dari dulu sampai sekarang, teori nya sama je sebenarnya...dan aku rasa semuanya terbit dari hati masing-masing, apa kah niat kita..kalau berkawan adakah ikhlas atau hanya kerana kita ada interest/agenda sendiri. aku tabik dengan kawan aku tuh..cara dia nak sedarkan pembacanya terutama remaja..adalah dalam bentuk yang senang difahami, buat cerpen yang ringan tapi ada pengajaran disebalik nya......aku pulak..balik dari jumpa dia, dalam fikiran aku dok terfikir-fikir....ada ke aku pernah jadi group yang 5-6 orang tuh atau pun aku nih dalam kalangan group yang 2-3 orang tu, adakah aku pernah nak berkawan semata-mata nak dapatkan ganjaran dari orang yang aku nak berkawan tu atau aku berkawan kerana sifat aku yang mudah mesra dan suka nak berkawan dengan semua orang....hmmmm