Monday, July 04, 2005

SOMETHING TO PONDER

lAST weekend was fun. saturday tuh lepas balik dari gym (ya..aku memang semangat pi gym tau) aku bersiap-siap nak pi dataran putrajaya, tempat berlangsung nya konsert af..aku taknak review pasal konsert tapi nak ucap tahniah kepada astro (walaupun aku tahu, astro nih macam tak ikhlas je nak buat tempat terbuka...ye lah aku dapat tau yang stadium melawati digunakan untuk satu function kerajaan, cara selamat kononnya nak ajak satu keluarga menonton konsert la), kerana berjaya dengan konsep berhibur bersama keluarga..ramai yang bawak anak, berkelah sambil makan dan tengok konsert..bagus la tu kan
aku pun seronok jugak dengan kawan-kawan virtual aku hehehe..makanan pun sedap, terima kasih pada yang bawak makanan yang sedap-sedap itu..len kali kita buat lagi ya..
ahad lak aku buat majlis kecil-kecilan untuk ammanda, dia sibuk nak her own birthday party..so aku ajak kerabat-kerabat aku (tu pun dah riuh rendah rumah aku ngan sore cousin ammanda hehehe)..seronok tengok ammanda sooooo happy..siap dia boleh cakap thank you kat aku sebab buatkan dia party..hmmmm yang paling jeles sekali tentulah izzad kan, sebabnya kakak dapat hadiah, dia tak dapat...aisey...aku dah boleh agak dah nanti bulan september nih kena la aku buat satu majlis lagi hehehe..nasib baik emmir tu kecik lagi kalau tak selang tiga bulan kena buat satu party untuk emmir lak..letih mama tau hehehe
last weekend gak aku jumpa sorang kawan aku..dah lama tak jumpa so kitorang borak sakan, kawan aku ni memang seorang penulis kreatif, so masa jumpa tu dia ada bawak koleksi cerpen-cerpen yang akan dibukukan...aku pun belek-belek la..ada satu cerpen nih memang menarik minat aku so aku baca citer tu sampai habis, lebihkurang cam ni la (takpe aku citer skit je and dah dapat kebenaran ngan kawan aku nak letak kat sini hehehe)
ada satu kumpulan remaja kat universiti la..dorang ni cam baik dalam satu group ..tapi walau pun baik...macam studi sesama, pas tuh keluar reramai..gi tengok wayang ke makan-makan ke sesama..tapi dalam group tu (lebih kurang 9-10 orang) yang rapat sangat-sangat ada dalam 5-6 orang, so yang group kecik ni lagi kerap jumpa..yang interesting nya dorang ni walaupun nampak baik tapi sebenarnya suka mengata yang 2-3 orang yang kurang rapat antara dorang tu, dimudahkan, sebenarnya dorang ni tak berapa ikhlas la nak berkawan dengan yang 2-3 orang tu..setakat-takat nak meramaikan majlis baru la ajak dorang yang lebih tu..yang 2-3 orang nih pulak walaupun macam terasa yang diorang nih tak mesra sangat..takde la nak benci ke apa ke..mengumpat pun tak de..kalau ada majlis..enjoy je nak sesama..
aku tak leh nak citer panjang-panjang tapi aku nak bagitau kat sini, moral of the story kawan aku nih..walapun sekadar cerpen tapi sarat dengan pengajaran (memang kawan aku nih penulis cerpen remaja ya) dan buat aku terfikir, mesti keadaan macam ni banyak berlaku dalam realiti. tak kira kat mana, kat ofis ke, kat universiti ke, kat sekolah ke...mesti ada watak-watak yang sebegini...aku pun terfikir jugak..kenapa dorang ni tak ikhlas bila nak berkawan, jangan la hipokrit...adakah dorang rasa yang dorang tu hebat sampai dorang lupa sifat-sifat berbaik sesama umat..jangan nak pilih kasih bila berkawan, lain la kalau tak kenal langsung kan, ini tak, nampak aje baik kat depan, tapi kat belakang lain lak ceritanya...
aku terfikir lagi, agaknya dalam politik pun cam ni lah, kat luar semua baik..tapi sebenarnya..dalam satu parti pun ada berpuak-puak...kalau direnung dan difikirkan, ini lah punca perpecahan kepada parti politik atau sesama kaum..apabila kebencian atau pemikiran hasad dengki dah tak terbendung lagi, mula la ada bibit-bibit perpecahan..ini juga yang membawa kepada runtuh nya sesatu empayar..kalau baca cerita sejarah dari dulu sampai sekarang, teori nya sama je sebenarnya...dan aku rasa semuanya terbit dari hati masing-masing, apa kah niat kita..kalau berkawan adakah ikhlas atau hanya kerana kita ada interest/agenda sendiri. aku tabik dengan kawan aku tuh..cara dia nak sedarkan pembacanya terutama remaja..adalah dalam bentuk yang senang difahami, buat cerpen yang ringan tapi ada pengajaran disebalik nya......aku pulak..balik dari jumpa dia, dalam fikiran aku dok terfikir-fikir....ada ke aku pernah jadi group yang 5-6 orang tuh atau pun aku nih dalam kalangan group yang 2-3 orang tu, adakah aku pernah nak berkawan semata-mata nak dapatkan ganjaran dari orang yang aku nak berkawan tu atau aku berkawan kerana sifat aku yang mudah mesra dan suka nak berkawan dengan semua orang....hmmmm

13 comments:

Anonymous said...

*tengah tunggu bas sambil fikir2* .. aku ni dalam kumpulan mana ek dodulu, kini atau akan datang?

oops, 107 dah sampai..masih dengan kaler birunya.. ;)

Orgkampung said...

nartttttt....nostalgianya itu bas hehehe akhirnya dapat juga ko ye...aku pun terasa nak gi sana ngan bas kaler biru tu la ahaksss

p.s. tak kira dalam group mana, berkawan mesti ikhlas okay... :-)

alia said...

aku pun tengah dok pikir aku dlm group mana nih....

hahaha jeles aku korang dpt beramas mesra ngan elkapitan..ekekek

*sapalah lagi*

Orgkampung said...

hehehe...bat..fikir jangan tak fikir...berita selanjutnya..ko check la ngan budak bcb tuh hehehe

elkapitan memang jantan terhebat ahaksss....

alia said...

weii skang dier dah tukar MB ler..
ekekekekkekekekke

aku dah dah dpt berita terkini.. hahhahahha gelak bargas aku..*jaatnyer molots mak*

paperpun..sabo ajerler..

Anonymous said...

OO banyok kali keno doh keno hok member2 jenih 'tikam belakang' ni..bagi OO kalu doh ssaing, OO mesti all-out..ikhlas tok kigho la oghe besar ko oghe kecik..berada atau tidak..OO memey sedih kalu ado member hok suko kutuk2 belakey nih..

Orgkampung said...

hahaha..bat ko nih memang tau hehehe..

OO..tu la..sebab tu masa dapat baca manuskrip tu, terus mata tuh dok baca hok ni sebab memang menimbulkan kesedaran dan memang banyak terjadi dizaman ini..betul tak..

Anonymous said...

LT pernoh ssaing denga oghe hok belong to group 2-3 nih..memey tension. Lepah pado tu LT sentiaso beringak dan berhati2 kalu nok bersaing gak. Mace OO katolah, kito ni gak ikhlah kalu besaing, tapi bila ado oghe tikae belakae, pedih dio Tuhan jah hok tahu....

Orgkampung said...

tu lah LT wei..kito pahe bennar la mugo kito pung ghajing la orghe tikae belakae..oghe lagu nih biar dio keno baru molek..baru tahu guano..

Anonymous said...

orgkg, bas kaler biru tu ada lagi ker? rasa2 kompeni bas tu pun dah takde.. sbb masa nak apply jadi dreba bas kaler biru tu, tokey dia baru je resign..
pergi la jalan2 ke sana itu..tak macam yg ko pernah berada di sana suatu tika dulu..percayalahhhhhhhhh

Anonymous said...

menarik la moral of entry nie :)

Orgkampung said...

nartttt....tu la..jom kita sesama mgembalikan kenangan hehehe *nyanyi lagu kenanganku -jeffridin hehehe*

x-men..haiiiii...kalau tak menarik aku takde buat posting nih...kiranya..cam sumer pernah rasa dok group mana..ye tak hehehe

Anonymous said...

orgkg, bile?
masa pergi konsert kat putrajaya, takde singgah ke?