Friday, April 14, 2006

BERCUTI - PART 2

PERJALANAN ke grand canyon dari vegas memakan masa selama 5 jam….hmmm jenuh gak la aku kat dalam bas tu, mata lak takmo pejam…kiri kanan hanyalah padang pasir ngan bukit bukau dan pokok kaktus cam dalam citer high chapparal tuh hehehe..
..bukit bukau dan padang pasir

Aku ingat lagi, 5 tahun yang lampau, aku kesini dalam suasana cuaca yang amat cantik sekali..nyaman dan panas..maklum la sekarang nih tengah peralihan dari musim sejuk kepada musim bunga..so pemandangan grand canyon sangat cantik..setiap lekukan dan alirannya dapat dilihat dengan jelas even sungai Colorado yang mengalir jauh kebawah pun aku dapat lihat dengan jelas. Kalau 5 tahun dulu aku takde kamera digital untuk merakamkam keindahan, tapi kali ni, aku dah berangan nak ambik setiap inci grand canyon tu….

Perjalanan selama 5 jam ada 2 stop, kitorang bermula jam 7 pagi so lepas 2 jam, bas berhenti di satu persinggahan…toilet stop katanya….kat sana takde rest and relax atau hentian cam kat sini, so bas berhenti kat satu stesen minyak yang ada kedai macam mesra tu. Lepas tu, bas pun sampai kat satu empangan yang besar dipanggil hoover dam..empangan yang membekalkan air kepada seluruh penduduk California..empangan yang banyak dibuat tempat penggambaran….kat sini sejak sept 11, kawalan sungguh ketat dimana kita mesti melalui check point, ada petugas yang akan naik dan check semua…sebab tu sebelum pegi, tour guide dah pesan takleh bawak beg selain dari carry beg atau handbag..tu je…check point dah lepas so bas berhenti kat satu kawasan hentian untuk beri peluang kita nikmati keindahan pembinaan….hoover dam terletak disempadan Nevada dan Arizona..berdiri di tengah-tengah hoover dam…kita tak tahu nak guna waktu mana sebab Arizona dan Nevada berbeza waktu selama 1 jam….
hoover dam
sempadan diantaranya...

Sepanjang perjalanan, cuaca sekejap panas sekejap mendung dan sekali sekala hujan gerimis…..dalam diam..aku berdoa agar cuaca lebih baik supaya persinggahan ke grand canyon jadi lebih bermakna…tour guide kata..cuaca kat situ tak menentu dan extreme sekali…kalau musim panas, menjadi teramat panas dan kalau musim sejuk…salji turun…kalau dah hujan aje..kawasan disitu akan berkabus dan meghadkan penglihatan…jadi pemandangan susah nak dinikmati…
ini lah saja...

Sebelum sampai ke destinasi, sekali lagi berhenti..ini pulak sebab nak alas perut..dah tengahari ler kan…perut dah berkeroncong mintak diisi…tapi tanpa disangka-sangka….turun je dari bas….salji turun dengan lebat sekali..adoiiiii ini bukan jenis salji lembut cam kapas tu tapi lebih pada cam hujan ais tu, ketul-ketul ais kecil yang cepat turun cepat pulak hilang dia…sejuk takyah cerita la…aku yang memang tak prepare sebab ingatkan cuaca elok, hanya bawak light jacket…memang takleh menampung kesejukan hawa salji yang turun..dalam hati…mati ler kalau kat grand canyon cam ni huhuhu..
..disini ada dijual cenderamata dan maklumat mengenai grand canyon
Dah habis makan summer…tour guide cakap, kemungkinan kat grand canyon juga akan turun salji melihat kan keadaan yang cam tu dan kitorang pun tak jauh dah dengan destinasi..adoi…takleh nak buat cemana dah…tengok je lah cemana..samada boleh ambik gambar ke tak…dan yang penting lagi boleh ke tak aku bertahan dalam keadaan cuaca kalau nak terus melihat grand canyon….ada 3 cara nak menikmati grand canyon, pertama guna helicopter, kedua menaiki keldai dan ketiga menapak ler….ada 2 jalan…south rim atau north rim…kedua-dua panjangnya beberapa kilometer (tak sure sangat) dan pemandangan cantik dan ada few points tajam yang ada platform yang kita boleh intai sampai ke bawah canyon tu, kalau hari cerah dapat ler tengok sungai Colorado..kalau tak..tengok gambar je la hehehe…dua-dua jalan telah aku rentasi dan pengalamannya…..sukar diceritakan melain kalau dinikmati sendiri….takjub dan kagum dengan kejadian ilahi….namanya one of the seven wonders….
untuk rose..sebab dia cakap gambar aku tak penah ada hahaha

Sungguh tepat bagai di duga….hujan salji menanti aku..sehingga sukar untuk aku menikmati pemandangan yang kelam diliputi kabus tebal…aku sungguh tak tahan sejuk sampai merah-merah muka….tapi dalam tak tahan tu jakun gak la kan dok sibuk main salji hahahaha….ada ler geng 5, 6 orang dari kl ni yang jakun ngan salji hahahaha…tengok balik video cam mengalahkan budak tadika..burok betul rupanya kalau orang-orang besar (bukan tua yach hahaha) dok terkejar-kejar hahahaha….

Bas bertolak balik lagi ke vegas….5 jam lagi terpaksa ditempuhi…..

No comments: