Tuesday, April 18, 2006

IMAGINASI...

LUPA lak nak citer….rasanya semua yang baca blog aku ni dah tengok gubra kot..kan..kan..kan….so aku nak citer sket part yang last yang semua orang cakap surprise tu..ala..adegan yang lepas kredit title baru muncul yang tak semua panggung ada tayang sebab orang yang keje kat panggung tu makan gaji buta…asal dah sampai part kredit title je terus bukak lampu…bukak pintu panggung..asssume citer dah habis dan suh semua orang keluar cepat-cepat..ish ish ish

Part yang last tu memang seperti apa yang aku imejin…..dan aku rasa yasmin pun cam aku gak (kalau baca komen dia ler hehehehe…nak tau gi blog dia tau)…sebab bagi aku (ini bagi aku okke), part yang last tu adalah hasil dari imaginasi seseorang yang terlalu rindu akan seseorang yang mengharapkan agar orang itu ada disisi selalu dan buat selamanya, maka datang la angan dan selalu kalau kita berimaginasi, mesti kita imejin apa yang kita nak je kan…macam tu la orked yang berimaginasi dirinya dengan Jason kerana rindu yang mendalam pada Jason walaupun orked tahu, Jason dah mati tinggalkan dia…tapi betapa kuatnya perasaan orked terhadap Jason…sampai tahap itulah imaginasinya…mungkin juga antara sebabnya orked berimaginasi sebegitu kerana orked dah frust dengan kehidupannya…..ye lah…frust dengan asben dia yang curang..so untuk ubatkan frust dan kesedihan…hanya imaginasi itu sahaja yang boleh mengubat rasa dan perasaan….

Korang pernah macam tu tak?..imejin sesuatu yang boleh damai dan tenteramkan jiwa…apa-apa saja atau imejin sesuatu yang tidak pernah akan kita dapat atau nikmati…tapi hati begitu kuat ingin merasakan sesuatu itu…aku rasa aku selalu cam tu hehehe semenjak 2 menjak ni lagi menjadi jadi…macam-macam yang aku imejin dan tentunya perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan in reality..terukkan…berangan mengalahkan mat jenin dan yang teruknya aku tersangat lah suka sebab dalam imaginasi aku tu…semua aku dapat hahahaha…

*************************************************************************************

LARUT

Mungkin aku pernah juga
Merasakan cinta
Tapi tak pernah
Seindah ini

Mungkin aku pernah juga
Merasakan rindu
Tapi tak pernah
Sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah
Percaya
Bahwa sesungguhnya
Aku telah terjatuh

Kuakui
Aku
Telah larut
Larut
Kedalam
Kamu
Yang kucintai

No comments: