Wednesday, May 31, 2006

MERIAH...

MINGGU lepas, aku balik ke selatan…biasa la kan, kalau dah cuti sekolah…start la semua kenduri kendara kan hehehe…so aku berkesempatan menghadiri kenduri keluarga terdekat dan kiranya dapat la pengalaman dari mula start keramaian sampai ler orang semua balik dari kenduri…tak la macam selalu aku jadi tetamu yang datang waktu tengahari, makan dan balik hehehe…..

Dari pengalaman, aku suka kenduri yang diadakan di selatan nih, kat bp la khasnya…bukan apa…meriah tu lain macam….ini aku nak citer dari apa yang aku alami la kan….meriahnya sesebuah majlis tu sebab ada acara-acara sampingan…meh aku citer kat sini satu-satu ok…

Memula tu biasala kan, majlis akan start dengan berinai kecil, yang ni aku rasa semua tempat sama je la..pengantin perempuan ambik gambar ngan tukar-tukar baju..dibuat pulak sebelah malam (sampai tak larat nak tunggu abis...aku tidur je hehehe)

Keesokan harinya baru la majlis kenduri diadakan, menu utama wajib la kat bp ni, nasi beriani gam atau beriani johor yang sungguh femes, lazat hingga menjilat jari hehehe..tambah pulak acar buah memang dibuat sendiri oleh pakar, jadi sangat la sedap sampai aku tapau bawak balik muahahaha…

Yang seronok dan ada kelainan bagi aku yang tak biasa ni, masa pengantin lelaki sampai untuk bersanding…pihak pengantin perempuan akan standby, dorang akan duduk kat depan pintu..kat depan pelamin dan ada sorang yang akan duduk kat pelamin tempat duduk pengantin lelaki..apsal dorang buat cam tu….kononnya nak dapatkan ‘tol’ dulu sebelum pengantin lelaki dapat bersanding hehehe lucu kan…adat Ni macam adat orang cina pun ada….so pengantin lelaki dan wakil kenala sediakan duit untuk merasuah dorang-dorang ni, kalau tak bawak duit ke tak cukup duit ke…lambat ler dapat bersanding…nasib baik pengantin lelaki tu pun orang bp jugak, so dah faham la adat yang begitu, tapi cuba korang pikIr kalau yang pengantin lelaki bukan dari tempat yang sama….jenuh jugak nak korek duit kan hehehe…selalunya yang duduk kat pelamin lelaki akan dapat 50 ringgit la paling mahal, yang lain-lain tu, 5 ringgit ke 10 ringgit ke….dah lepas merenjis bagai…pengantin akan baling/campak gula-gula dan duit kat tetamu yang hadir…so selalunya budak-budak akan standby dan berebut-rebut la nak dapatkan gula-gula dan duit…..tu la kelainan yang pada aku belum pernah experience kat mana-mana tempat yang aku pergi la kan….

Selain dari tu, yang buat meriah lagi majlis kahwin kat sini, haaaaa…acara ni memang ditunggu-tunggu….malam tu kalau aku kutip duit tiket memang dapat la belanja kawan-kawan kat tempat best punya muahahahaha…apa lagi acara kuda kepang dan satu lagi acara yang aku rasa kat johor je la yang ada kut…barongan namanya….fuhhh…memula dorang start ngan tarian kuda kepang, sebelum dimulakan, ketua dorang cam tok bomoh ler..akan duduk bersila kat tengah…baca jampi mentera agaknya sambil ‘memagar kawasan’….ini penting sebab kalau tak dipagar….kuda-kuda yang mabuk akan berkeliaran pegi ntah kemana-mana..takleh nak control…..lepas tu kumpulan pemain alat bunyian akan memulakan muzik, alat muzik tradisional digunakan…jap aku nak ingat apa alat muzik tu…ada alat cam angklung tapi bukan angklung..pas tu gendang…dan yang paling penting gong…sebab orang kata gong ni la yang akan panggil ‘benda’ yang akan meresap dalam penari-penari tu nanti…tok bomoh tu dah siapkan satu plastik bunga kenanga putih untuk diberi makan kat kuda mabuk nanti…..penari ada 8 orang dan seorang ketua penari , si ketua ni cam tukang control step tarian anak buah dia la….kumpulan dibahagi dua baris, yang bestnya masa dorang mula..step dorang sama je..dorang tak naik lagi atas kuda tu tapi lebih kepada gerakan-gerakan kaki dan lenggok badan…sampai pada pertengahan baru la dorang akan naik atas kuda tu..muzik kat sini sangat penting (kat sini jugak aku rasa cam muzik tu melalaikan je hehehe…) sekejap muzik tu perlahan…..kejap laju je dorang mainkan alat muzik tu…kalau kita yang menonton pun boleh jadi asyik tau….kat sini la, bila dah satu masa tu, seorang demi seorang penari akan mabuk…mabuk kat sini macam dah diresapi dengan spirit dari tarian tu la, dan tak semestinya juga penari je yang mabuk, malam tu…pemain muzik pun boleh tetiba bersilat, tempat nya akan digantikan dan dia akan dibawa ketengah gelanggang..even penonton pun ada yang terkena jugak, dorang ni dari kalangan yang biasa menjadi penari kuda kepang la…..fuh malam tu penuh dengan dorang yang dah mabuk…diresapi semangat kuda kepang, ada yang makan bunga..macam-macam gelagat la boleh ditonton…yang dah mabuk ni memang tak ingat apa pun la masa tu, sampai la tok bomoh pulihkan balik semangat dorang….

Dah lepas abis kuda kepang, dorang start pulak dengan satu lagi persembahan iaitu barongan…mungkin tarian ni ada kaitan dengan kepulauan jawa punya tarian, sebab kat situ pun ramai yang berketurunan jawa hehehe…beza tarian ni dengan kuda kepang….tentunya takde kuda kepang la kan, tapi penari-penari akan memakai topeng….yang bermacam-macam rupa ala-ala watak wayang kulit atau topeng patung yang banyak tedapat di kepulauan jawa atau bali….ada gak sorang tu pakai topeng orang pompuan siap selendang lagi hehehe…pas tu gaya pun dah macam pompuan siap dok atas riba penonton lelaki lagi hahaha….gelak semua penonton…tarian ni lebih berupa kepada hiburan atau lawak jenaka dari penari-penari la, alat muzik pun lain skit dari tarian kuda kepang sebab dorang ada alat muzik gamelan tu (aku pun tak tahu apa nama alat muzik tu hehehe)…sama jugak lama-lama dorang akan diresapi semangat tarian dan macam-macam gaya la kalau orang dah mabuk ni, yang kelakarnya dorang pantang nampak pengantin….dorang akan mintak pengantin duduk besanding ditengah gelanggang, kalau pengantin tak nak dorang akan mengamuk, so tok bomoh tu akan slow talk la ngan pengantin supaya dorang jangan takut dan dapat beri kerjasama….mau tak takut…tengok dorang tu semua lain macam je, aku pun tengok dari jauh sebab takut hehehe….tapi semua berakhir dengan selamat la, takde la adegan-adegan yang tak ingin dilihat berlaku, semuanya dapat dikawal oleh tok bomoh dan kumpulannya walaupun ada gak tukang yang nak memulihkan orang mabuk tu pun ada yang termasuk kat dia gak n last-last dia pulak yang mabuk hehehe….

Se, kesimpulannya memang meriah la majlis perkahwinan orang-orang kat johor ni, tapi aku tak sure la samada kat semua tempat dibuat seperti ini sebab kalau kat area bp ni, kalau tuan rumah tu berkemampuan, memang acara-acara ini seperti wajib bagi dorang adakan…..Selamat pengantin baru kepada mereka yang baru memasuki alam rumahtangga, selamat ulangtahun perkahwinan bagi mereka yang meraikan dan kepada yang single mingle tu….bila lagi nak makan nasik minyak hehehe…

No comments: